Ada beberapa blogger yang bertanya, keadaan jubin macam manakah yang perlu kalau ingin menyertai MML’s Home Makeover Contes .
Ini adalah contoh gambar keadaan bilik air dan garaj yang dihantar untuk menyertai peraduan tersebut. Sekiranya bilik mandi/ruang tamu atau garaj di rumah dalam keadaan sewaktu dengannya, bolehlah hantar.
Kalau boleh, tinggalkan komen dengan link supaya saya dapat turut sama mengundi.
Keadaan jubin di bilik mandi yang perlu ditukar baru.
Anjung bahagian garaj kereta.
Jubin yang retak dan pecah.
Apa tunggu lagi, tarikh akhir untuk menghantar penyertaan ialah pada 8 Julai 2012 tepat jam 12:00 tengahmalam waktu Malaysia.
Hadiah menarik yang ditawarkan
- Tukar dan pasang jubin MML secara PERCUMA untuk Garaj ATAU Bilik Mandi ATAU Ruang Tamu rumah anda, termasuk kos buruh untuk mengeluarkan jubin lama dan mengantikan jubin MML yang baru. Kawasan untuk pengubahsuaian tidak lebih daripada 300 kaki persegi (lantai dan dinding).
- Perundingan Rekabentuk PERCUMA
- Rekabentuk Lukisan PERCUMA dan semua perundingan teknikal
Pemenang akan diumumkan pada 13 Julai 2012 melalui www.curiouscat.my dan pengubahsuaiannya perlu dilakukan antara 14 July hingga 23 September 2012.
Pemilihan pemenang berdasarkan undi daripada online melalui www.curiouscat.my (50%) dan panel hakim MML (50%). Jadi selepas hantar penyertaan, boleh ajak kawan-kawan untuk mengundi.
Ini adalah cara untuk mengundi.
- Pergi ke laman web The Curious Cat, klik Vote for entries.
- Pilih kategori – Porch, Bathroom atau Living Room
- Pilih gambar yang dikehendaki dan klik butang vote .
Sekiranya anda pemenang yang bertuah, bolehlah bergaya dengan lantai baru cantik berkilat pada hari raya akan datang!
tak keluar pun butang vote. Cuma ada gambar dan submit by je
klik butang X kt page tu, dia akan bawa he HOME, klik Vote For Entries
ntah la. dah sampai step 4. Cuma tak de butang vote je mcm gambar kat atas tu. Dah tak blh vote kot
untung dapat hadiah jubin , siap ada sponsor buruh sekali..
Assalamualaikum,
Kak Jie, andai kata penyertaan itu menang, adakah diWAJIBkan muka pemenang bergaya dengan tile baru untuk promosi yang kemudiannya disebarkan serata alam? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dalam T&C ada tulis mcm ni
MML owns full rights on all images, media and written material uploaded onto http://www.curiouscat.my and its affiliated websites. By taking part in the MML Makeover contest, you agree to allow MML to use any part of your entry/ies for advertising and publicity purposes, and as content on its affiliated websites and/or publications.
All winners must agree to be interviewed/attend any interviews for the purposes of the MML Makeover.
wah, menarik ni.. tapi sempat ke… hihi.. try dulu kan.. tapi raya kat kg.. tak pe ke? hihi
Semoga yang ikut mendapat keberuntungan…
Mohon tanya Kak Jie..
Ini yang boleh ikut khusus untuk Malaysia ya ??
Ya, terbuka untuk rakyat Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
semoga kak jie menang. nak join jugak, tp mostly rumah ni kayu. yang mozek pun, masih xda yang pecah, rekah..
ada sesiapa yang join tak…untung la kalau menang
ape lagi sape2 yang berkenan, cepat la hantar penyertaan bleh bergaya di hari raya
alamak.. ini mcm kena selongkar ke rumah kengkawan ni.. tak pun rumah family..
sbb rumah sendiri tak ada.. hehehehe
sapa yag menang tu mmg untung ler… leh save duit wat raya ! hehehe
free….300 kaki persegi tu besar tau…. dapat pilih tile yang kita suka ….seronokkkknya
wah bertuah la yer pada siapo yang menang nanti…dah jimat kos-kos utk menukar sendiri…
masuklah…………kot2 ada peluang
fuyohh.. kalo menang macam mak kayo tuu.. ehhhee
hadiah tile percuma, boleh pilih sendiri, boleh reka design sendiri….wow!
Jubin yang merekah boleh perangkap bakteria dan tidak bagus untuk kesihatan. Rasanya elok tukar jubin baru.
wah….nak kena balik intai betul2 ni..tang mana yg ada potensi =)
bab nak meraih undi tu macam harapan tipis je.. 🙂
Kalau menang boleh la tukar jubin kat porch yang dah kusam…. 🙂
hantarlah penyertaan….tak perlu bukti pembelian
ambil gambar, hantar