Seperti yang diwar-war seminggu lepas, akhirnya sampai juga ke Prince Court Medical Centre petang Ahad 08/07/2012 . Hari Ahad yang sibuk dan berpeluh sejak pagi dengan jadual yang agak ketat.
Selepas jemput Intan dari sekolah kerana ada Hari Sukan, bersiap sepantas mungkin dan keluar dari rumah hampir jam 1 petang. Agak risau kalau tak sempat sampai dalam waktu yang tepat memandangkan trafik di Kuala Lumpur tak dapat dijangka.
Saya pula hanya tau lokasi dari carian Google Maps tetapi belum pernah sampai ke Prince Court Medical Centre.
Kami disambut dengan ramah oleh Cik Nabila Rahim dan Nazry Hisham dari Prince Court Medical Centre.
Seminar bermula jam 2.30 petang. Teruja betul nak kurus masing-saming tekun memberi perhatian. Barisan depan dari kiri – Mejah, Rubi, Diana, Kak LOng, Shila, Fatiyahh dan Nadot.
Kami barisan blogger yang tiap hari ‘menternak lemak’ cuba untuk mengubah penampilan diri. Dari kanan tu Nurul, Mia, Zana, tuan tanah kedawong, Intan, Kue Cu ( adik bongsu saya ) dan Puan Bee
Siapa sangka pergi seminar Jom Kurus memerlukan kami belajar macam kelas mathemarik. Seminar kami banyak memerlukan kiraan dan angka.
Kami diajar untuk mengira hubungan kalori dan berat badan. Untuk berjaya mencapai sasaran menurunkan berat badan, kita perlu tahu keperluan kalori masing-masing . Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza bergantung kepada umur, berat, tinggi, cara hidup ataupun jantina.
Untuk mengurangkan 1 kilogram, kita perlu menghilangkan 7700 kalori.
Nadot adalah study case kami dalam Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri. Subjek penting yang perlu diberi perhatian adalah mengawal pengambilan kalori.
DCR adalah keperluan kalori seharian badan dan untuk kurangkan berat badan, anda harus makan KURANG dari nilai DCR anda. DCR adalah bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian ( LOA )
Bagaimana untuk mendapatkan nilai DCR ?
Mula-mula kira dulu BMR (Basal Metabolic Rate ). Formula kiraan BMR adalah :
BMR wanita = 655 + ( 9.6 x berat(kg) ) + ( 1.8 x tinggi (cm) ) – ( 4.7 x umur (tahun) )
BMR lelaki = 66 + (13.7 x berat(kg) ) + (5 x tinggi (cm) ) – (6.8 x umur (tahun))
Contoh seorang wanita beratnya 80kg , tingginya 160cm dan berumur 40 tahun.
655 + 768 + 288 – 188 = 1523. BMR wanita ini adalah sebanyak 1523 iaitu jumlah kalori zero tanpa buat apa-apa tanpa aktiviti .
Sebagai manusia yang hidup, kita biasanya bergerak , bekerja, menyapu rumah, mengemas rumah, berjalan, tidur, dan beberapa aktiviti yang juga memerlukan kalori. Untuk itu kita perlu mendapatkan keperluan kalori seharian ( DCR) :
DCR = BMR x LOA
DCR = 1523 x 1.2 = 1827.6
LOA adalah tahap aktiviti setiap orang yang berbeza. Orang biasa adalah dalam kiraan 1.2 sehingga seorang yang aktif 1.9. Bagi seseroang yang aktif bersenam , LOA dia mungkin 1.5. Kita kena kenalpasti LOA masing-masing. Contohnya :
- Aktif bersukan 1-3 hari se minggu = BMR x 1.3
- Aktif bersukan 3-5 hari se minggu = BMR x 1.5
- Aktif bersukan dua kali sehari = BMR x 1.9
Bila dah tahu keperluan kalori diri, mulalah mengawal pengambilan kalori harian untuk mendapatkan penurunan berat badan dan dalam masa yang sama mula bersenam secara betul bagi mendapatkan LOA yang lebih baik.
Lebih tinggi nilai LOA, lebih banyak kalori yang dikurangkan.
Salah satu cara penting untuk mengawal pengambilan kalori adalah, senaraikan makanan dan minuman yang biasa kita makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Mungkin nampak remeh pada permulaannya, tetapi perkara ini akan menjadi satu rutin sekiranya diamalkan selalu.
Silalah guna formula di atas untuk mengira DCA masing-masing.
Begitu banyak info dan maklumat penting telah disampaikan oleh Kevin. Sedar tak sedar 3 jam berlalu terlalu pantas sekali. Masing-masin bersemangat untuk mempraktikkan segala ilmu yang disampaikan.
Kepada peserta lain yang ingin menyertai seminar ini, bolehlah rujuk web rasmi Kevin Zahri di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri.
Terimakasih Kevin yang membuka minda mengenai satu konsep betul untuk menurunkan berat badan. Terimakasih Prince Court Medical Centre yang menaja lokasi juga Terimakasih Puan Bee yang menganjurkan seminar ini.
semoga berjaya turunkan berat badan yer admin….
wah..terbaek..nak kurus la ni…esok start diet!!huhu
wah siap ada detail pengiraan semua.. memang terbaik.. ingatkan tadi motif ada penerangan jual produk kurus ke apa ke huhu.. si kevin ni mesti ada background science sport, takpun dietician hehe.. saja ja agak
Kalau beli ebook Kevin “Turun 5kg dalam 5 minggu” akan diberikan pengiraan automatik mengunakan Excel. Cuma tinggal masuk data sahaja.
er .. andai kata ada kursus untuk naikkan berat badan, pasti saya pergi. Masalah saya pula bera badan susah mahu dinaikkan, mungkin sebab terlalu aktif bersukan dan terlalu sibuk.
Kalau hari tu kak Nadot jadi study case, skang my Mr. Gendut jadi study case lak..ahaksss… *kejam tak?
Tapi kalau asyik terima invitation makan free, boleh ke menahan?? hmm…
menurunkan berat badan tu sangat sulit tapi pabila di bantu ahlinya saya yakin kita pasti bisa..
tp nampak kebanyakkan yg datang semua dah ala2 slim river =p
Mereka mahu lebih slim mungkin 😛
wah penuh manfaat yer pergi seminar tuh…bertuah sgt pada mereka yg pergi…nak try la formula Kevin nih…PM sampai la nih nak diet2 tapi ke laut la…huhu
Tengok macam ni. Berminat betul nak beli ebook kurangkan berat badan 5kg
Best! Lepas ni lehla kira2 sendiri…
Mmg baru tau pasal kira2 DCR ni…thanks kak jie =)
DCR = 1829.28
BMR = 1524.4
pengsan
Alamak..takut lak tgk bab2 berat bdn nie haha
Tahu tak pe kan? Terkadang gemuk sangat terasa macam keyakinan diri pun kurang
bagusnya ada kira2 macam tu.. nanti boleh try kira..
serius info diatas sangat berguna, nanti kat rumah sana nak kira lah benda benda nih
yup…cepat2 kita dan rancang plan diet diri sendiri.
Pstt.. Dah ada perubahan? 🙂
amboiii soklan
membunuh tu….bunuh semangat…hihihi
kus semangat 🙂
Baru bermula. Kita tengok lepas raya macam mana ye tak kak jie 🙂
InsyaAllah, masa puasa nanti Kak Jie kuruslah… kan, kak Jie.. hehe
nampak majoriti kaum wanita je yg join seminar kurus tu.. kaum lelaki sikit benor. semua rasa dah berbadan taff ke? huhu..
hehehe…lelaki sibuk cari nafkah
tak ada masa
patut la laki lepas kawin semua gumok gumok.. haha..
jangan jadi alasan tak moh kawen pulak…
mesti la nak kawin.. ada sebulan lebih je lagi untuk hidup bujang.. lepas tu saya kena “ikat” dah.. hehe..
Wow, selamat Pengantin Baru, in advance.. hehe ^_^
3 jam tu memang lama. Tapi berbaloikan! at least hari-hari dah boleh kira sendiri kalori yang diambil. Kalau shopping pun kat label-label tin makanan dah ada bilangan kalori, mudah la sikit.
mula -mula tu susah jugak nak ajak… dah terbiasa
skrg ni kena catit sehari makan berapa kalori
mgkn bukan kesan jangka pendek….
nak tambah berat badan pun kita kena kira macam nih jugak. berjaya tambah berat badan 3kg je, xsmpai 5kg. misi tak tercapai. lepas raya nanti mula balik.
yup…sama saja konsep dia…
kak kujie, kenapa lelaki hanya dua kerat jer? seminar ni utk kaum hawa je ker?
seminar ni untuk blogger
lelaki tak ada masa kot
wow sungguh berinformatif..
bila part mau mengira sendiri kadar kalori dan berat badan itu, ahaks.. tetiba ngeri sendiri.. lalalalla
lari dari kenyataan ye…hihi
Kujie, memang bersemangat nak mempraktikkan ilmu yang diajar. Seronok juga kitabuat ulangkaji matematik di seminar tu. Ebook daripada Kevin pun dah dapat.
sehari dua ni agak perit kak long…godaan tu..hihi
lepas ni pasti ramai yang punyai ksihatan yang baik
moga-moga…
Kak Jie, rajinyaa update. 🙂 hehehehe. Terima Kasih info !! Ye, lepas ni tak nak ternak lemak lagi. Salam perkenalan. 🙂
masalahnya dok depan pc berejam ternak lemak..hihi
mungkin nak kena duduk depan pc sambil selubung sauna 🙂
Salam Kak Jie! 😉
KAlau saye lupe nak kire2, boleh la tengok balik entry Kak Jie ni.. Tqvm!
Segan sy dijadikan case study (padan muke sape suruh gemuk..hoho)
Jumpe lg insyaAllah.. =)
Salam Nadot
sebab tu lah catit kat sini, takut terlupa juga
bolehlah search cari info
Ternyata seminar yang kemarin diupdate juga info2nya, postingan anda pastinya akan sangat bermanfaat
terimakasih
Kak Jie… berupdate suda…. 🙂 Best kan ilmu yang kita dapat dari Kelvin? Lagi best kalo dapat menpraktikkannya…
Akak,kagum btol saya dengan blogger cilik, Intan…kim salam eh… 🙂
I follow you….
hehehe…semalam agak sihat , cepat-cepat update
sebab hujung minggu nanti ada banyak event nak pergi
semenjak dua menjak ni terasa semakin memberat pulak..
memang bila dalam urusan nak mengurangkan berat badan ni, pengurusan pemakanan tu yang selalu terkantoi..
makan 6 kali , kurang kuantiti – jangan tak makan
hoho..terlepas..
ada kerja pada tarikh tu. kalau tak..memang nak pergi. hehe..
kelapangan masing-masing, kan…
wow ada belajar kira2 memang berbaloi pergi kursus untuk kurus ni.hehe
Seminar ni adalah percuma untuk blogger…