Beberapa siri entri yang terdahulu saya telah pun menerangkan serba sedikit panduan memilih jubin. Baca – Panduan Memilih Jubin Semoga penerangan ringkas itu dapat membantu kawan-kawan dan pembaca membuat persediaan awal mendapatkan pandangan sebelum membeli jubin . Maklumlah pemilihan dan proses memasang jubin bukan mudah.
Untuk entri ini, pihak MML iaitu pengeluar jenama jubin terkenal dunia sekali lagi sudi untuk berkongsi beberapa lagi panduan yang boleh kita ambil sebagai langkah persediaan bagi mendapatkan kekemasan jubin yang memuaskan.
Adalah penting untuk mempertimbangkan saiz jubin yang digunakan, bentuk kawasan itu selepas siap dipasang jubin dan keperluan spesifikasi kawasan tersebut. Secara amnya, kedudukan harus dirancang dari kawasan tengah. Adalah disyorkan untuk membina unit contoh untuk kelulusan tuan rumah sebelum menjalankan kerja-kerja memasang jubin sebenar untuk memastikan pemilik faham sepenuhnya mengenai keputusan akhir yang terhasil.
Cutter tile digunakan untuk mendapatkan jubin yang lurus apabila diperlukan untuk memotong. Jubin yang dipotong seeloknya diletakkan di bahagian ruang yang kurang kelihatan. Contoh di bahagian paling tepi atau sudut.
Satu campuran adunan simen dan agregat halus digaul secara untuk mendapatkan permukaan simen yang sekata sebelum diletakkan jubin.
Contoh bahan pelekat yang sesuai untuk digunakan.
Ruang antara jubin perlulah selari dan sama rata. Untuk mendapatkan lebar seragam bagi sendi yang konsisten antara jubin dan dinding, boleh diletakkan ‘plastic spacers’.
Ada satu tips ringkat untuk mempastikan jubin yang telah dipasang itu berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Caranya, keluarkan salah satu jubin dan lihat permukaan bawahnya sama ada simen yang digunakan sebagai pelekat itu sekata dan lurus.
Sebaik sahaja jubin lantai diletakkan, adalah penting untuk memastikan kawasan tersebut tidak dipijak.
Apabila jubin kelihatan cukup pejal, biasanya selepas 3 jam, jubin perlu dibersihkan dengan teliti menggunakan span basah. Ini adalah untuk mengelakkan bahan buangan dan sisa kotoran melekat bersama.
Selepas selesai proses pemasangan, kemasan permukaan harus dibersihkan untuk menghilangkan debu pelekat. Mana-mana serpihan dan kotoran termasuk plaster, debu, cat juga perlu dikeluarkan dari kawasan tersebut.
Selepas itu jubin perlu dilindungi dengan menutupnya sama ada dengan kanvas, papan lapis atau kepingan kadbod. Letakkan papantanda untuk menghalang kawasan tersebut dimasuki. Aktiviti yang boleh menghasilkan gegaran seperti mengetuk dinding di kawasan sekitar juga dilarang.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu meminimumkan kerosakan dan mengelakkan kesilapan berlaku.
Kak buat sendiri ke?
Jom terjah post menarik dari Eddy ..Selamat Hari Lahir Jun 2014
kesabaran dan ketelitian amat diperlukan ni untuk menghasilkan permukaan jubin yang rata, bersih dan cantik..mak saya punya rumah ni macam mana la gayanya orang yang memasang jubin nanti..harap² ada pengalaman jugak la..kalau tak susah nak repair balik..
Jom terjah post menarik dari sharafie ..Menjual Dan Mengedar E-Rokok Salah Di Malaysia
Trima kasih bebanyak2….asalnya nak upah orang pasang tiles kat porch tapi upahnya saja RM1800 mak ooi belum masuk belanja beli barang …. mahu tak mahu kena berabih 3 atau 4 ribu….. berbekal semangat dan tip yg diberikan …. buat sendiri …. lambat dan berhati2 las las siap gak… puas hati….jadikan momento dan kenangan sepanjang hayat….. hari hari tengok hari hari berbangga dgn pencapaian diri……pasni nak teruskan mengetile kolam ikan lak……terima kasih bebanyak untuk ilmu yg bermenafaat……. once u crossed yr own mind block ..u can possibly do anything…. tqvm once again..
emm amat susah juga kalau tiada kemahiran dalam proses pembikinan jubin ni..tak kena buat jubin senget sebelah..tak sama luas..huhu..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik Jer
Assalamualaikum,
Rumah mak kat kampung bertakung air kat tengah kawasan dek pemasangan jubin yang tak sama rata…jubin ni kekal kat situ, kalau pasang tak elok, memanjang je sakit hati
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Bas Di Rusia
bagus jugak ada panduan camni..rumah mertua saya pun masih sedang dalam pembinaan..boleh la bagitau sikit2 pasal tips pasang jubin ni..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Syukur Alhamdulillah
entri yang sangat bagus untuk dikongsi, terimakasih
Dekat bilik air rumah saya ada beberapa jubin yang dah rosak. Mak saya suruh tolong gantikan, sampai sekarang tak dapat nak buat sebab memang tangan tak cukup berseni nak pasang jubin ni haha
Jom terjah post menarik dari topo ..Pengalaman Mengeluarkan Wang Adsense Menggunakan Western Union
Memang bagus dapat tips macam ni .. susah nak cari kontraktor melayu yg mahir pasang jubin ni
Jom terjah post menarik dari Geng Kembara ..Vienna, Austria City of Music
suka tengok orang pasang Jubin.. Macam nak cuba sendiri jer..
wahhh.. ini pasang kat umah kak jie ker?
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Sorang ramadan sorang Merdeka
dulu time keje dengan syarikat kontraktor, adala jugak menuntut ilmu sket dgn pekerja2 yang pasang tiles nih…
nmpk mudah, tapi rumit gak sebenarnya…klu x de pengalaman, memang susah gak 🙂
tapi tips ni memang baik
Jom terjah post menarik dari belalang ..Hanif Idrus Segmen Menerjah
Tidak semua orang bisa memasang jubin dengan baik dan biasanya yang paling ahli adalah kaum pria
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Ciri Webspam Dalam Algoritma Google Penguin 2
pasang jubin ni kena teliti dan teratur kalau tak memang senang tanggal
Jom terjah post menarik dari beckhr00y ..Pemain Terbaik Eropah 2012 Andres Iniesta
betul tu aku ne rasa tiror dah tapi bila aku tengok kat youtube rupa2nya aku masih banyak lagi tambah ilmu pasang jubin kalu x caya cubalah baru taw
Memasang jubin ini perlu kemahiran dan kreativiti. Macam pakcik saya tukang pasang jubin pernah berkata adalah mencabar mendapat jubin yang tidak sama saiz tetapi bagaimana hendak memastikan ia kelihatan cantik selepas dipasang seperti jubin mahal.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sungai Chiling tempat membidik solo dengan kamera DSLR