Dinner bersama Azman Ishak dan isteri ditemani Noktahhitam
Blogger

Dinner bersama Azman Ishak dan isteri ditemani Noktahhitam

Seperti dirancang, akhirnya saya dapat bertemu Mr & Mrs Kreuger dan makan malam bersama mereka di Teratak Tok Penghulu.

Di depan Istana Budaya, saya hantar sms ( bukan saya sebenarnya, tetapi pembantu2 saya yang sms – jangan sms sambil memandu ye kawan-kawan ) bagitahu kami masih di Jalan Tun Razak.

2@3 minit, kami dah sampai di tempat yang dijanjikan , berdekatan Transnasional Keramat. Terkejut dia , sepantas naik Ferrari!

Mungkin dia tidak tahu, saya pernah tinggal di Ampang, belajar memandu di Jalan Ampang, Jalan Cheras hingga ke Tasik Permaisuri dan saya lulus lesen memandu di JPJ Wangsa Maju.

Dasar blogger tegar, siakap tergolek depan mata pun tak dilayan, mesti nak snap gambar dulu.

Encik Azman Ishak dan isterinya yang masih merah inai di jari  bawa kami dinner di tempat mereka becintan cintu sebelum berkahwin dulu. Istimewanya blogger, walau kali pertama bertemu, mesranya macam bertahun kenal. Tak perlu bertanya soalan asas, semua infomasi penting sudah terakam dalam memori.

Sempatlah juga menurunkan beberapa tips dan petua rumahtangga ibu mengandung untuk isteri beliau yang bunting atas pelamin.

” Kak Jie dah mula keluar ayat blog le tu….” hahahaha….

azmanishak dan noktahhitam

Siakap sebesar pinggan dah tinggal tulang, barulah Noktahhitam a.k.a Eddie sampai. Dalam dunia blogger, dia bukanlah seorang yang mesra alam tetapi sangat berlainan di alam nyata. Mudah mesra dan pandai juga rupanya budak ni bergurau senda….hiks!   Satu lagi yang mungkin ada persamaan dengan peribadi di blog, beliau jenis berterus terang dan berani luahkan apa difikiran.

azmanishak & noktahhitam

” Kak Jie post gambar ni kat blog tau … saya nak cari isteri . Syarat utama seorang doktor!  Eddie yang cakap, bukan Azman.  Jangan salah pilih ye…yang baju merah tu inai masih merah di jari – Not Single Not Available!

Doktor perempuan yang masih single,  jodoh anda mungkin bermula di blog ini.

Part paling kelakar bila Eddie yang terasa terlebih inci beria-ia nak ukur ketinggian dengan Angah. Tercabar dia dengan budak 15 tahun! Sampai berdiri atas tangga tu nak pastikan dia boleh menang.

Suweeeeeeet sangat!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

79 thoughts on “Dinner bersama Azman Ishak dan isteri ditemani Noktahhitam

  1. yang nak cari doktor tu ramai tapi yg nak paham kerjaya seorang dktor tu yg payah. buatla research dgn suami2 doktor diluar sana. berapa banyak quality time yg drg spend sesama, berapa byk meal yg bini drg masak,berapa byk kain yg pending nak dicuci.

    nevertheless, many have survived.so i say gd luck to you mr noktahitam

    -doktor muda-

    1. @hajarmarlina, btul tue.. diorg tak tau betapa sibuknye seorg doktor.. sy pnh jumpa ngn lelaki yg mahukan istri doktor… dgn terang2an.. sy tnya dia.. sanggup ker ada istri yg sibuk yg takde masa untuk keluarga secara berlebihan.. yer mcm oncall ker hape ker.. lebih2 lg kalu baru masuk housemanship.. part takleh blah dia tanya sy.. so tak byk masa ke teman dia malam2.. haishhhh.. itu susah kalu nk istri doktor tapi takde komitmen yg betul2 untuk sedia dgn rela hati ditinggal istri tuk bekerja… maunyer dia suruh berenti kiije.. kan susahhh tue..

      -medical student-

  2. senyap2 je kak ji buat tweet up..ahhaaha…

    baju sama merah tu pengantin baru…
    kalau ada sedara mara kerja doktor, dah tawarkan ke eddie dah…tapi masalahnya xde…haha
    .-= syin´s last blog ..Awal tahun 1431H =-.

    1. @chokilala, betullah..tak rasaa kekok
      sesiapa yang masih gugup dan rasa malu bertemu secara realiti
      kalau dah kita ikuti blog tu dari dulu, kita boleh baca peribadi dan sikit2 info
      jumpa je tak perlu stat engine dah………..terus jalan :mrgreen:

      sambil makan tu, dia dok tweet
      sempat buat 2 live blogging 😆
      sambil dok balas sms kawan2 lain..saje je nk menjeleskan org 😆

  3. Salam Kak Jie.

    Wah meriah benar nampak pertemuan tu. Bagus lah kongsi dengan kami. Seperti biasa, dua blog tu memang juga diintip oleh Incik RestNrileks. Tapi cam biasa lah Kak Jie, intip-intip dari jauh je. Macam Blog Kak Jie ni jugak, intip2 dari jauh juga. Aha-aha.

    Pusing sana-sini, nama2 pengomel (kata denaihati pengomel = pengomen yang chomel – Oho!! 😀 ) yang sama jugak berputar. Hehe.

    Tgk gambar, memang tertarik, memang tertarik habis kat SIAKAP. Haha.

    Selamat Berblogging Kak Jie : )

    1. @Incik RestNrilekS, kami jumpa kejap je
      makan-makan – mana boleh sembang sambil makan, kan?
      sebab isteri azman masih mabuk2..tak elok pula keluar lewat malam
      lagi pun pagi Isnin dia orang nak kerja
      lainlah Kak Jie… mmg bercuti 😆

      itulah komuniti – around the world 😉

  4. Wah, akhirnya betemu mata jugak eh.
    Caiyolah korang seme.
    .-= Eriyza´s last blog ..Penghias Skrin Dari Drama Dyesebel =-.

  5. Perjumpaan blogger lagi. Jelesnya … Seronok dp jumpa kawan2 blogger. Dapat kenal lebih dekat!
    .-= Precious´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dengan Nuffnang Malaysia Pula =-.

  6. wah! cerita Reunion disini rupanya.. huhuhu

    bagus lah tu..cuma maza aje tak sempat nak gi sana.. jam teruklah.. lain kali boleh join kot…

    paling tidak pun, ikan siakap stim atau ayam golek nara.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Yang Jauh Didekat-dekatkan =-.

    1. @Fahmishah, he he he…. jangan serius, dia belum kena panah cinta tu
      kalau dah kena, doktor ke tukang sapu, makcik cleaner ke…tolak tepi dah… 😆

      1. @Kujie, sebab pernah kene panah laa jadi mcm ni kak jie. Sekarang lebih fokus dan dah decide. Tp doktor tu hanyalah preference, tak semestinye pon. Kalau ustaz-ustaz sebut, sunat mu’akat.
        .-= NoktahHitam´s last blog ..Home Alone =-.

    1. @Dak Wan, kebetulan bercuti, dia orang pun free
      tapi itulah kalau blogger, walau pertama kali jumpa macam dah kenal bertahun

  7. Seronok baca kisah pertemuan ni. Mesti meriah tu….
    Memang kacak-kacak blogger-blogger kita tu ya…
    .-= Kak Long´s last blog ..Di manakah anak anda? =-.

  8. Wah bestla kak jie gathering ngan blogger..
    Kalau sampai melaka kita gathering plak ek
    .-= zool´s last blog ..Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia =-.

  9. wah, ini lah rupa sebenar Azman Ishak dan NoktahHitam~
    jarang saya jenguk blog noktahhitam nih~ nantilah saya usha-usha blog dia~
    macam best jer jumpa kak jie. Ini yang rasa macam nak jumpa gak nih~ huhu~ 😀
    .-= Akuro San´s last blog ..Menyelami Personaliti Diri Dengan Moon Sign =-.

          1. @NoktahHitam, – eddie… pecah perot plak aku bace kak jie kate
            nko nak kne mandi punye.. aku banyak bunge telur.. balen
            majlis kawin hari tuh.. dalam pelbagai bentuk lagi tuh.
            nko cakap jer nak kaler ape.. nak jenis macam mane
            semua boleh buat mandi.. hahaha
            .-= Kreuger´s last blog ..Segment: Tahukah anda mengenai F4 Meteor Garden? =-.

          2. @NoktahHitam, dah kutip bunga kena mandi bawah jambatan pulak eddie. (kah3)
            .-= megat´s last blog ..Cinta Pandang Pertama, Berani Untuk Mengharunginya? =-.

      1. @Kujie, hangat dipasaran pun, tak leh nak nguratlah kak jie~ dah dia nak cari doktor~ biarlah doktor yang datang ngurat dia. huhu~ :mrgreen:
        .-= Akuro San´s last blog ..Menyelami Personaliti Diri Dengan Moon Sign =-.

  10. adeh, terbakar hangus rasanya. masih takde rezeki nak jumpa rakan-rakan semua. kemesraan di dunia nyata tergambar di kotak memori seperti ada chemistry dan dejavu (hu3).

    bilalah agaknya boleh jumpa lagi (he3)

      1. @Kujie, sms, tweet (hu3) kalau dekat senang, jauh? blogger kat jajahan sini mindanya tidak seperti blogger yang berada di jajahan sana.

        tak apalah belum ada rezeki lagi nak jumpa (he3)
        .-= megat´s last blog ..Cinta Pandang Pertama, Berani Untuk Mengharunginya? =-.

  11. Kak Jie silap ni. Dorg tgh2 seronok ukur tinggi. Lepas tu, budak paling cilik kt situ ckp, berdiri atas tangga, baru tinggi skit. Jadi, saye berdiri laa atas tangge tu. Tapi takpe, bukan ukuran badan jadi sandaran nanti 😉

    Lain sangat dari dunia maya dgn blog? Memang! Semua orang cakap macam tu. Tapi disebalik senyum tawa riang, sapalah tahu ape yg kendong ke sana ke mari.
    .-= NoktahHitam´s last blog ..Some of Us Die Young, Pondar (1983-2009) =-.

    1. @NoktahHitam, masa tu kak jie dok sembang dgn wife azman, bila perasan tengok orang dok ukur2….suweeet sgt…mcm tak sangka eddie boleh juga layan anak2 , budak2 kecik tu… dia org pun selamber je dok jerit2…seronok betul

      betul..mmg lain, sebelum dtg, azman ckp eddie tu badan besar, tinggi – kak jie mcm tak percaya sbb rasanya dgn adik ( yg baru jadi pengantin tu ) eddie lagi kecik 😆

      Rahsia hati tak siapa mengerti – kadang2 tak semua yg tersimpan jauh di dasar hati boleh dibaca – kalau pun boleh ditelek, kadang2 bukan keperluan untuk dibicarakan di depan public 😉

      1. @Kujie, lagi kecik? mmg slim pon. Jauh lagi kurus dari dulu.

        Tang mane plak suwet? Saye mmg suke main dgn budak2 pon. Senang paham ape yg dorg pikirkan. Org dewase dah tak transparent utk dibace.
        .-= NoktahHitam´s last blog ..Home Alone =-.

  12. kalau umur panjang n ada rezeki, leh jumpa kak jie.tapi terkilan skt psl dh siap apply cuti sbb nk jumpa kak jie ni..hehe..

    ari tuh si eddie ckp ada nak jumpa azman jer..dia tak sebut kak jie ada skali..time tuh naik moto jer pegi tahlil arwah kawan ngan eddie…malas la nak merempit smp sana nun..kalau tahu kak jie ada..saya redah jugak.. 👿
    .-= Life For Hire´s last blog ..Kesibukan di KLCC =-.

    1. @Life For Hire, aik kecewa bunyinya yam? aku lagi lah, cemburu tak hilang ni (hu3). nak jumpa kak jie punya pasal, sakit pun boleh terbius seketika (kah3)

      1. @megat, ko tunggu kak jie pegi johor la..ni tanah jajahan aku ni..muakkakaka
        .-= Life For Hire´s last blog ..Kesibukan di KLCC =-.

    2. @Life For Hire, belum ada jodoh le tu
      nak kena berinai merah jari2 tu agak nya kot 😆
      eddie pun kejap je…dia dtg kami dah siap makan

  13. bunting atas pelamin? wakakkakaka
    abg azman kita mmg power root! 😛

    takkan eddie makan tulang je kakjie? haha
    wahai dokte2 diluar sana, bro eddie menanti di sini hahaha 😀
    .-= blowie´s last blog ..Gambar : Perdana Menteri Itali Ditumbuk =-.

    1. @blowie, he he he…. eddie dtg dgn jubah hitam
      dia minum je..kita sembang kejap je
      sbb wife azman kan baru….uwekkk..uweekk
      tak elok kena angin malam
      kata org embun jantan 😆

  14. hadoi ai… entri paling best dan klakar pernah aku baca kat sini.
    apa apa pon sekali lagi aku dan cik adik ucapkan terima kasih kat kak
    jie dan famaly sebab sudi jumpa kami. memang seronok bersembang
    tak putus-putus idea dari kak jie. ade jer mende nak soal jawab.

    P/S: ikut kire nak panjang lagi.. tapi keadaan “cuaca” yang kurang mengizinkan.
    hehehe
    .-= Kreuger´s last blog ..Memulakan tugas dengan bersarapan terlebih dahulu. =-.

    1. @Kreuger, risau gak, jgn bagi dia telan semua jeruk tu…. 😆
      tak pa lah… awal2 mengandung mmg mcm tu..mabuk2
      perubahan hormon kata org

    2. @Kreuger, tak larat nak komen bawah2 .. komen kt atas ni pon jadi la.. kak jie dapat tgk pengantin yg tinggal merah kat jari, tapi sy dpt pg majlis kwin si azman tu haritu.. hahhaha

      apa2 pon , nt kalau dpt ketemu dengan semua blogger3 mantap ni mmg best kan..

      huhu

Comments are closed.