Rumahtangga

Sisa mimpi dari masa lalu

Petang semalam mak mertua telefon. Jadual penerbangan haji dicepatkan dari 17hb kepada tarikh baru 14hb. Ikut perancangan 14hb itu sepatutnya kami adik beradik berkumpul di rumah abang yang sulong dengan sedikit kenduri doa selamat. Sekarang semua rancangan terpaksa dirombak semula.

Ini adalah kesempatan ke-3 emak mertua saya mengerjakan Rukun Islam ke-5 . Kali pertama tahun 1974 ( pelayaran haji terakhir dengan kapal laut ‘ Malaysia Raya’ yang kemudiannya terbakar.) , tahun 1998 bersama arwah bapa dan tahun ini bersama anak lelaki sulungnya suami isteri .

Pada tahun 1998, saya sedang awal mengandung, baru sebulan lebih. Memandangkan saya telah mempunyai 2 anak lelaki, saya berpesan supaya emak mendoakan saya melahirkan anak perempuan pula.

Emak selamat saja menaiki kapalterbang, saya keguguran.  Waktu itu saya masih di kampung dengan embah ( emak kepada bapa mertua ). Dua bulan selepas itu saya mengandung lagi dan Ogos  1999 saya lahirkan seorang anak perempuan  .

Ramai orang ada sejarah tentang asal nama waktu dilahirkan. Safura adalah nama kedua Intan mengambil sempena nama embah suami iaitu moyang Intan.

info tambahan :
Sebuah lagi kapal laut yang dinamakan “Malaysia Raya” telah terbakar pada bulan Ogos, 1976. Jemaah-jemaah Haji yang telah dijadualkan bertolak dengan kapal “Malaysia Raya” telah berlepas dengan kapal “Eastern Queen” (Ratu Timur) . Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang.

” Jie balik ye , esok… ”

Tanpa tunggu persetujuan suami, saya jawap ya. Pagi ini baru dapat lesen.

annsetif

– gambar awek skrin kecil tu kena blurkan lah :lol:.. !

– macam entri muda mudi myspace pula, letak gambar dan cerita my loving hubby, my suwetheart , my busyuk cayang .. apa lagi ye bahasa geli geleman tu…owhh…bee

– direct to the point, nak bagitahu saya balik kampung, itu saja.  Jumpa hari Isnin.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Sisa mimpi dari masa lalu

  1. ish jelesnya tengok dia berwebcam2 ngan hubby.. haha, tau tak banyak post kakjie yang buat kita rasa nak kahwen cepat.. haha! :mrgreen:
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Aku masih sayang ManUtd =-.

  2. Semoga selamat pergi dan balik kampung.

    Seronok juga baca pasal ‘Cinta antara benua’ .
    Cinta jarak jauh memang mengujakan.

    Alahai,
    Kak Long pun nak tengok gak gambar awek cun pukul 4 pagi tu…
    .-= Kak Long´s last blog ..Dairi hati seorang guru =-.

    1. @Kak Long, alhamdulillah kak long..dah balik malam tadi
      agak penat sebab tak sempat nak rehat…kemas2 lepas kenduri terus balik
      dari pagi kat dapur masak itu ini…..tetamu datang…. tetamu bali….kemas, cuci itu ini.. tak rehat terus balik.

      tapi gembira 😆 semuanya selamat.

      Jumaat nanti jumpa mak lagi sebelum dia bertolak pagi Sabtu.

      p/s – tu awek seksi kul 4 pagi, mana boleh tengok 😆

  3. hehe cayalah kakjie…
    lain kali kakjie leh wat entri bertajuk : Tips untuk kekal romantik!
    hehehe..

    1. @milsum, tak pandai nak buat entri direct , tulis tip2 satu hingga 10
      selalu tiap entri kak jie mmg ada tips2 ringkas…

      kena ikuti blog tiap hari le..hehehe :mrgreen:

    1. @msanissyahirah, terimakasih
      memandu 2jam setengah bukan sesuatu yang pelik
      kalau dengan suami pun, saya yang memandu.. 😀

  4. Salam,ibubapa sya tak layak gi haji tahun ni. 🙁
    Terima kasih ya atas perkongsian Puan tentang haji ni. 🙂
    .-= Ummu Masyitah´s last blog ..Alahai…..Abahku sayang =-.

  5. makin lama semakin sayang.. mudah2an kekal utuh kebahagiaan bersama suami tersayang. :mrgreen:
    .-= aidilx´s last blog ..Minda Kelas Pertama =-.

  6. zaman skrg jejauh pon cam dekat..cuma takleh sentuh/pegang je..cool tengok orang2 ala-ala veteran berjarak jauh berskype, berYM bagai..
    take care kak jie..

    1. @arin, sentuh skrin ..tapi berskype ni mudah..berejam2 boleh sembang..segalanya boleh cakap..

      pagi2 anak2 sebelum pergi sekolah memang bersarapan depan pc sambil sembang dengan abah dia

    1. @cheryna, selalu baca blog muda mudi yg posing gambar dan cerita pakwe2 …kehkeh..seram sejuk baca tu..papi mami…. 😆

  7. sweet couple betul la akak ngn hubby…mmg mcm muda mudi..mcm nie lah baru boleh jadik contoh..hehehhe..
    cik abg akak tu senyum sakan dapat cakap dengan shayang dia yer…

    untuk mak mertua akak..semoga perjalanan dia di permudahkan…selamat menuanikan ibadah haji..

    1. @izzah, kami biasa bersembang..hari2 sembang..dah jauh2 ni pun sembang berejam2 juga hari2…bukan apa..temankan dia kat sana

      terimakasih…

  8. aisyeh diblurkan pulak gambar gadis comel tu (ha3). pasti lebih bucuk-bucuk sayang dari muda mudi (he3).

    selamat pergi dan pulang kak 😉

    1. @mrs azmi, huhu..semlm kak jie sms ingat ke blm sampai sg. besar
      sbb tu le bgtau.

      sibuk sgt , nk wat kenduri, tak sempat nk reply sms :mrgreen:

  9. 4 tahun lepas emak dan abah saya pergi Haji. Ketika itu saya sedang kesusahan ekonomi yang amat sangat sehingga terpaksa pinjam duit daripada emak tanpa pengetahuan isteri. beberapa bulan selapas emak dan abah saya kembali daripada Haji saya dilimpahkan rezeki yang diluar jangkaan pemikiran. Apalah agaknya yang emak dan abah saya doakan??? Allah Maha berkuasa dan boleh memberi apa sahaja diluar pemkiran kita kerana itu yakin ni Alllah jangan sesekali meyakin ni bantuan daripada manusia.
    .-= denaihati´s last blog ..Syukur Dapat Wang Ehsan =-.

    1. @denaihati, Alhamdulillah…. kena yakin betul-betul yakin..tak boleh goyang walau sedikit pun bahawa rezeki itu rahmat dari Allah

  10. comot sungguh awek gambar kecik tu yer hehehe :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..AlFarabi Band – Ngetop Di Facebook =-.

Comments are closed.