Rumahtangga

Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

sayang abang

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 18 ( 18-09-2009 ).

Semoga Allah menulismu sebagai penghuni syurga abadi kerana engkaulah yang disebutkan baginda nabi sebagai sebaik² mukmin (yang paling baik terhadap isterinya).

Abang jangan telefon teledera ye… ada 5 lagi kipas belum berkilat..:lol:

Itulah ‘workstation’ saya sebagai seorang Domestic Engineer , tempat saya adunkan segala resepi kasih sayang untuk keluarga. Sebelah kiri itulah meja komputer, beberapa langkah saja dengan peti sejuk, microwave, meja makan dan dapur.    Sambil menumis sempat lagi tengok resepi online.  Sambil online sambil mengembangkan saiz badan.

Sebelah kanan dapur dan pintu ke luar tempat mesin basuh, ampaian….ada stor sebelah batang mop..ha ha ha…. ‘workstation’ lengkap seorang blogger suri rumahtangga .

p/s – abaikan dapur macam tongkang pecah tu ye

p/s – entri awal sehari

p/s – tahun lepas kami sambut ulangtahun perkahwinan bercuti ke Bandung, tahun ini saya yang akan ‘ditinggalkan’..

p/s – selama 18 tahun ini, kuku kaki saya masih dipotong oleh suami dan dia masih sabar menggosok belakang setiap kali mahu tidur – siang @ malam.

********************************************************************
Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada semua – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

Yang jauh dah tibo
Yang dokek menyusur langkah
Pagi syawal hari mulio
Berkumpul semuo

Ohhh…
Anak mudo di rantauan
Pulanglah kito bersamo
Berhari rayo…

Jom kito kelik kapong…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

77 thoughts on “Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

  1. salam kerinduan embunmalam utk mama yg jauh dimata dekat dihati selalu..hnya doa dan ingatan menjadi penghubung telepati kita

  2. Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..

    Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

    Selamat ulang tahun perkahwinan.. semoga bahagia hingga ke Syurga..

  3. Tahniah kak Jie semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya….
    .-= jäzmanië´s last blog ..Mat Rempit : Satu Kajian =-.

  4. Salam ulang tahun ke 18. Jika suami ingin menjadikan isteri apa yang dia suka begitu juga isteri kepada suami maka itulah titik permulaan kegagalan sebuah rumahtangga … isteri dan suami di besarkan dalam susana keluarga dan latar belakang berbeza JADI untuk terus bahagia sehingga akhir hayat carilah titik persamaan bukan perbezaan … Allah jodohkan suami isteri untuk melengkapi satu sama lain .. apa yang kurangnya isteri pasti ada lebih pada suami … apa yang lemahnya suami pasti ada lebihnya pada isteri … TAK GITU!!!!

    salam aidul fitri jumpa di Sg Apong untuk kak jie sekeluarga… maaf zahir batin.
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  5. Salam Silaturrahim dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Kak Jie sekeluarga. Maaf Dzahir dan Batin.

  6. selamat ulang tahun perkahwinan untuk my abang n my kakak…
    semoga berkekalan hendaknya…

    p/s : balik kang jangan terlupa baju n jeans orang ek… hehehe 😀

    p/s : utk abang An, semoga cepat sembuh tau…

    1. @, ler… x prasan plak tgh guna laptop orang…

      mesej di atas dari adikmu, Cik Kaseh esmiralda…

      jumpa raya kang…

      p/s : dah nak gerak balik kampung tp sempat gak usha blog kak jie kejap…

  7. huh
    kat rumah man power mmg tgh kurang sekarang ini 😆
    baru lepas abes cat rumah
    petang ini nak mesin rumput pulak 😉
    .-= Berita Semasa´s last blog ..Suspek “Asia Tenggara”, Noordin Mat Top Akhirnya Terbunuh =-.

  8. happy anniversary kak jie…selamat hari raya..maap zahir n batin…wahh.. 2 dlm 1 nie.. 😆
    .-= kriesz´s last blog ..Cepatlah..cepatlah.. =-.

    1. @Blowie, dia boleh ingat semua kejadian 3-4 thn…10 thn…tapi kejadian dia kemalangan, di mana , macam mana…itu saja yang dia tak ingat

      itu saja yang tak save…mgkn save tapi simpan kat folder mana…cari tak jumpa kot..hehehe 😆

      misteri nusantara 😆

  9. waa… suami mithali.. hehehee.. ni nak kene belajaq ni.
    atau. kak jie buat paksaan ni.. hehehe

    sempena hari raya yang bakal tiba.. aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.. mintak ampon dan maap jika ada terkasar bahasa, tersalah komen.. termiss entri dan sebagainya. kalau balik kampung sampaikan salam pada kedua ayah dan bonda serta keluarga. selamat menghabiskan ibadah puasa dan salam mesra.
    semoga perjalanan hidup diberkati Allah.. amin~
    .-= Kreuger´s last blog ..Balik Kampung Check Of List. =-.

    1. @Kreuger, bila suami free, gunakan segala kesempatan yang ada…. kalau dia tak de…mmg boleh buat sendiri pun…tapi apa salahnya mengada2 sesekali…kehkeh 😆

  10. waaa… romantiknye, nie yang tak sabar nak kawen nie.. hihihihi
    .-= samanosuke_04´s last blog ..A Dwelling Revolution ~~ =-.

    1. @samanosuke_04, kena dptkan pasangan yg punya fokus yg serupa…hehehe..sbb dlm rumahtangga perlu ada hala tuju yg serupa… 😆

  11. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 18 kak! semoga bahtera yang dilayarkan atas dasar cinta dan kasih sayang yang tiada tandingan ini terus gah dan dirahmati.

    ulangtahun perkahwinan kita beza 9 hari. saya 09.09.09, akak 18.09.09 he3.

    selamat hari raya aidilfitri. kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf jika ada penulisan dan komen yang menyakitkan atau mengguris hati sama ada di blog, twitter dan facebook saya 😉
    .-= megat´s last blog ..Silaturrahim Antara Blogger, Penangan Internet Dan Blog =-.

  12. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan untuk kak jie dan suami. Moga apa yang dibina itu akan kekal utuh sampai bila-bila

    Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidilfitri untuk kak Jie Sekeluarga. Maaf andai sepanjang perkenalan ada tulisan-tulisan yang melukakan hati.

    Jumpa lagi lepas hari raya insya_Allah.. ada benda nak mintak tolong kak jie.. heheheh.
    .-= nuaeman´s last blog ..Utusan dari John Connor =-.

    1. @nuaeman, terimakasih atas ucapan dan doa. Selamat Aidilfitri juga.

      uik…. awal lagi dah claim…skrg mood nak bercuti je 😆

  13. selamat ulang tahun kak jie.tak tahu pun.baru je singgah sini.
    .-= safar´s last blog ..Hello world! =-.

  14. Selamat Ulang Tahun Perkhawinan untuk Kak Jie dan Abang. Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga ke alam sana. Sungguh cinta yang menginspirasikan ramai yang membaca, moga dianugerahkan kebahagiaan serupa.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Kak Jie sekeluarga. Iza mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan tersalah kata. Moga perjalann Kak Jie kelik kapong nanti selamat 🙂
    .-= iza´s last blog ..Salam Sesuci Lebaran… =-.

    1. @iza, terimakasih… kak jie harap semua org pun akan mengecapi kebahagiaan dlm hidup ttp bahagia adalah subjektif bergantung pada keperluan masing2

  15. 😉
    semoga bahagia slalu Kujie slamat ulang tahun + selamat menyambut raya puasa..
    .-= syukran´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Raya Puasa-Salam Aidilfitri =-.

  16. wahhhh bestnya dapur kak jie…ceria dan bercahayeeee. baguslah saling bantu membantu gitu, tu yg makin syg tu 😛

    double celebration this year…slmt hari raya aidil fitri and happy 18th anniversary…maaf segala salah silap
    .-= kenari´s last blog ..Terima kad raya lagi =-.

  17. selamat ulang tahun ya k jie

    – – – – –

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin. hehe 🙂

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
    .-= KNizam´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H, Maaf Zahir Batin – Ikhlas Daripada KNizam.com, MakanMalaya.com & TreasureHuntMalaya.com ! Dam Dam Dummm Hehe 🙂 =-.

  18. 18 tahun yang tentunya memantap,mengerat kasih sayang k.jie & suami.semoga k.jie sekeluarga sentiasa di dalam dakapan kesejahteraan dan keberkatanNya. Happy Anniversary.
    .-= rumah kuning´s last blog ..Tajuk?? =-.

  19. Wah, kak Jie pun kongsi raya gak nih.
    2 in 1, sambutan raya dan anniversary.
    Salamt aildilfitri dan selamat ulangtahun
    pernikahan yang ke lapan belas.
    Ampun maaf dipinta atas segala
    kekhilafan yang ada.
    .-= Eriyza´s last blog ..Zakat Fitrah Satu Ibadah =-.

Comments are closed.