Petang tadi dalam sibuk dan tak cukup tangan nak buat semua perkara, saya TERmerayau² kat Site Admin. Macam² yang saya buat. Salah satunya untuk pertama kali saya boleh upload thema sendiri dan tahu bagaiman untuk plugin. Blog saya sudah 2 bulan tetapi memang saya tidak mahir lagi mengenai beberapa funtion yang terdapat dalam Site Admin.
Sebelum ini, blog saya disenggara oleh Am. Mungkin saya ingin bertindak bijak dengan mencuba dan mengusik beberapa perkara yang disetting, akibatnya saya TERDELETE semua komen² di entri terbaru ( di bawah ini ) dan beberapa komen petang tadi. Akismet saya ‘hilang’ dan semua komen selepas itu menjadi spam.
Kecewa!
Tetapi ini adalah pelajaran untuk saya setelah 2 bulan mempunyai hosting dan domain sendiri. Saya terlalu ghairah belajar dan ingin mengetahui seberapa banyak mengenai WordPress sehingga saya cuai.
Saya telah mendaftar di negara.net . Lihat icon tepi posting ini. Anda boleh klik untuk mengundi entri saya. Coolll…! Kawan² semua, marilah kita mendaftar.
Saya menyokong Buatan Malaysia seperti juga Msjbox.com
Kepada mereka yang komennya terdelete, maafkan kecuaian saya.
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik sajaBila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah– Dewa- Hadapi dengan senyuman
EDIT 13/08/08 : alhamdulillah…kesemua komen² yang hilang semalam, masih ada…
mana satu paling sakit…?
n mana satu yg harus TIDAK di pilih…?
penyesalan or penyeksaan?
@hurt girl, dua-dua sakit
tapi rasa sakit itu subjektif- bergantung kepada kekuatan kita menahan
mana satu TIDAK harus dipilih
PENYESALAN – seperti nasi menjadi bubur. Menangis keluar darah sekali pun keadaan sudah berlaku.
tetapi jika memilih PENYEKSAAN
Berusaha dan berdoa adalah ubat yang mujarab untuk menukar penyeksaan itu menjadi sebaliknya.
Masih ada peluang…
wuhuhu…saya pernah jd mcm tu. tapi saya bukan terdelete komen. tapi saya terjahanamkan database die terus. abis entri permulaan di wordpress ilang. terpakse lah buat balik. penat woo
sekarang dah sedikit pandai. nak pandaikan lagi tentang wordpress ni..
erm… bila dah makin tua ni, diya mcm tak mudah melatah. mudah tersenyum jugak kot. hadapi dgn senyuman. smile always mama! sbb senyum ni boleh jd awet muda jugak tau. mcm mama. ahaks 😀
hamboi kakjie panjang yerk komen… tu la kaedahnya… trial n error… bila salah… publish kat blog… orang populer cam kakjie ramai nak nolong punya… tengok brapa banyak response..
Jie, saya tak reti apa2, dan terlampau bizibodi nak belajar macam2, maklumlah… kerja sebagai penchachai mmg sibuk… huhuhuh
okaylah tue… nanti lama2 pandailah… saya nie tak sempat2 nak explore benda baru..
stress? bacalah Quran dan http://abahfateh.blogspot.com/2008/08/meletakkan-arus-positif-dalam-menangani.html
salam kakjie 🙂
knowledge gained from experience is better than theory 😉
wp gunakan mysql jadi kakjie boleh backup database melalui cpanel 🙂 atau mysql admin 🙂
*nota*
– backup database before add/modified plugins
– backup data structure or file before edited.
– make a sql backup as routine 1 perday 1 perweek or 1 permonth 😉
salam 🙂
Kali pertama hilang, kali kedua tak cukup sifat, insyaAllah kali ketiga sempurna sesempurnanya.
Hai K.Jie…saja nak say hai kat sini 😛
K.Jie mmg rajin cari ilmu, pas tu share dgn kwn2. Moga K.jie dimurahkan rezeki selalu! 😀
stenderd la tu… mana ada orang dalam dunia ni blajar sekali terus pandai… tgk perkembangan baby pun dah cukup. mula2 merangkak pastu duduk pastu baru leh bangun pastu baru leh menapak… memang tuhan jadikan perkara dalam dunia ni berperingkat-peringkat… tapi sekarang dah ada pengalaman kan? maksudnya dah cerdik la tu! kalau tak buat salah tak dapat pengalaman. bila dah dapat pengalaman kite jadi cerdik
cakap pasal nanges.. pagi am ter emosi plak dalam keta dengar kat hot.fm.. pasal mamat yang nak kawin jumaat ni.. tapi gf dia yang lagi satu tak tau cite pun..
last hotfm callkan gf dia.. mrasa la live pengakuan dalam radio.. dua2 dihubungkan.. yang paling nanges bile pompuan tu cakap..
“lepas ni takde lelaki lain dah yang akan masuk dalam hidup saya dan.. awak buat saya macam ni, saya akan terus kuat!!! <– masalahnya boleh ke kita nak hadapi dengan senyuman kakjie.. dalam time2 gini..
tak pe…cuba dan terus cuba…caya lah
uuwwwaaa!!! sampai hati kak jie delete comment neeza.. nak merajuk laaa.. hehehe.. takdelah.. nama pun ter.. tak sengaja.. kalau sengaja pun takpe.. yang penting kak Jie tahu neeza ada datang jenguk kak jie.. sihat ke, tak sihat ke.. busy ke.. memang kak jie busy kan.. rajin sungguh kak jie menggodey godey domain.. cayalah kak Jie..
am dah activatekan balik akismet awak tue..
pasni boleh cuba upgrade wp pulak.. yang komen ilang tu tak dapek nak nolong eh.. suruh la diorang komen balik.. aha!!
xpe kak jie..belajar dari pengalaman.. 😆 ..kak jie wat ape ek..yg gambar2 graf kt entry bwh nie..