Rumahtangga

Sayangkan isteri

…………… tinggal-tinggalkan.metro

Mungkin lelaki ini menggunakan peribahasa popular tersebut untuk membuktikan kasih sayang dan keperihatinan beliau.

Tindakan nekad seorang lelaki melarikan diri bersama sebuah beg dengan meninggalkan isteri serta dua anaknya yang berusia 16 dan 13 tahun dalam kereta yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Atas Tol di Kuala Terengganu awal pagi semalam, menimbulkan tanda tanya.

Sebelum kejadian, lelaki itu yang menaiki Proton Perdana putih sanggup mempertaruhkan nyawa ahli keluarga dengan memboloskan diri dari sekatan jalan raya di Kampung Bukit, Chendering di sini, sebelum dikejar kereta peronda polis selama kira-kira 20 minit. Berita penuh – metro

Suami atau bapa jenis apa , entahlah. Walaupun rasa hairan atas tindakan lelaki tersebut,  tetapi sejak akhir-akhir ini telah  banyak berita tak terduga yang kita baca contohnya kisah ‘haruan makan anak’ atau penderaan seksual kanak-kanak kerana peratusan kes seperti ini  adalah dari orang yang dikenali.

Kalaulah suami saya buat macam gini…….nangis guling² tepi jalan tu!:cry: how dare you!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Sayangkan isteri

  1. alahai ciannya orang yang kene H!N! nie ini boleh menyebabkn kesemuan orang yang mati kan???.

  2. sampainya ati dia buat isteri dan anak dia macam tu…
    .-= shay´s last blog ..Seronoknya semalam.. =-.

    1. @samdaddycool, tak boleh nak lari jauh…anak dan isteri tu bukti dan saksi yang tak boleh disangkal..tak perlu ujian DNA

  3. Suami Jie tak akan buat macam tu. Yang BD risau Jie yang buat… tinggalkan dia tenggelam dalam kiolam air….

  4. banyak r kemusykilan kat sini??
    nape die lari ngan beg isteri 2??..
    sekatan polis, pun nak cabut???.xwat salah rilek je r… ❓
    apa2 pun laki macam ney, aku rase ckit jew kat malaysia..huhuhu
    so untuk sume girlz, harap2 jangan baca post ney..(jangan marah Kujie)
    klu tdak, habis r saye…xdapt nak KAHWIN 😥
    .-= kentank91´s last blog ..sape nak Apple iPhone percuma? =-.

    1. @kentank91, huhuhuhu…..ini salah satu bukti dari beratus bukti bahawa……… senang sama-sama..susah biarlah awak seorang…:p

      tapi mcm mana pun dia lari..anak dan isteri tu dah jadi bukti pihak polih utk mengenali dia…adoilah..sedoh atau…..suami yg dijadikan tempat bergantung..dahan berpaut sanggup lari tinggalkan isteri dan anak mcm gitu je…

  5. Tak paham. Dunia sudah gila. Ops .. penghuni dunia sudah ramai yg mereng.
    .-= Precious´s last blog ..Jom Buat Duit Raya =-.

  6. walaupun tindakan beliau menimbulkan banyak kemusyilan dan soalan, tetapi maza yakin tentu dia ada sebab musabab yang munasabah …

    hmm .. mungkin juga sebba tersebut ada kaitannya dgn kasih sayang dgn isteri dan anak2 tersebut!

    saper tau kanzzz?!

    maza; i just trying to think positive gitew.. huhuhu
    .-= maza´s last blog ..Selamat Tinggal Kawan! =-.

    1. @maza, ayat di atas pun suruh berfikir positif le….sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..

      hahaha…kena jari atlet marathon ke….selalu lari tinggalkan isteri..

  7. Banyak perkara di luar duga kita boleh berlaku di akhir-akhir zaman nih.. cinta n kasih dah semakin hilang pada sebahagian manusia.. mereka balik kepada apa yang berlaku semasa zaman jahiliah dulu.. dunia akan ranap bila-bila masa sahaja..
    .-= nuaeman´s last blog ..Ku Cari Damai… =-.

    1. @nuaeman, tindakan lelaki ini adalah bukti nyata..boleh dinilai tetapi ada banyak lagi perlakuan yang boleh ditakrifkan sebagai penderaan emosi isteri kerap dilakukan oleh suami…cuma itu tak de bukti fizikal…kebanyakkan ” makan dalam “

  8. sungguh aku sememangnya tak paham tentang perkara ni.
    ape kes yang dia lari macam tuh jer? pergi mintak tolong ke ape?
    .-= Kreuger´s last blog ..Nak pergi Selayang. =-.

  9. Lelaki nih seswai sgt tuk jadik stunt.
    Kengkurang dapat gak pitih. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Belasungkawa Ustaz Asri Rabbani =-.

  10. Kak Jie….

    Cepat tahan lelaki tu. Kak Jie tunggu kat sana, sy tunggu kat sebelah sini. Hihihihi……..
    Huhhhh, siap lari dgn beg gituuuuu.
    Macam2 ado.
    .-= Zymazara´s last blog ..Perubahan Je, Bukan Perpindahan (Sticky Mode n3) =-.

    1. @Zymazara, org dlm keadaan terdesak mcm ni….takut arr….dia tak leh guna otak utk berfikir….tak leh dekat

      takuttttttttt

    1. @MyDailyBlog.Info, tak perlu pengakuan ….walaupun bersumpah..skrg ni org tak caya lagi pengakuan2 sumpah2 mcm tu…hahaha

  11. erk…sayang sungguh jantan tu kat family dia yer… spesis apa pun susah nak agak.
    nauzubillah janganlah muncul makhluk camni dalam hidup kita semua 🙁

  12. adeh tak tahulah apa masalah lelaki tersebut. apa masalahnya hingga sanggup menggadaikan nyawa anak bini?

  13. letihkan dengar, kalau kat mahkamah tak de cerita lain dah. ada satu kes bapa hantar anak serah ke jant#n utk buat projek terkutuk & ada pula yang ngintai ramai-ramai, hah gila ke apa. kes di klang. kdg terfikir jugak, ni di zaman jahilliah lagi ke apa?????. Nauzubillah, jauhilah kita & anak2 cucu cicit.
    .-= zany´s last blog ..Salah Pilih =-.

    1. @zany, betul puan mahkamah…awak hari2 kat mahkamah mesti dah lali dgn berbagai2 kisah pelik manusia skrg ni, kan…

  14. pertama dia langgar sekatan jalanraya…kenapa tu???? kemudian accident bawa lari anak dengan beg tapi tinggal bini…mungkinkah bininya tersepit sehingga tak sempat nak bawa sama-sama…..aku ni lelaki tapi tulah kaum lelaki ni selalu buat benda-benda yg bini tak tahu kemudian yg sama-sama menanggung bini juga…..tapi aku sayang bini beb!!!!
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

    1. @zaryl, anak2 dia tu dah remaja….malu dgn kawan2..ada bapa mcm ni..owh..

      kesiannya penderaan emosi juga ni 😥

Comments are closed.