Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul. Sering kali kecenderungan individu membesar-besarkan sesuatu perkara dengan kenyataan-kenyataan yang aneh dan ganjil untuk memenangkan pendapatnya.
Bersikap sederhana dalam memberi pandangan dan katakanlah sesuatu yang tidak melampaui saranan al-Quran dan sunah.
Meskipun individu tersebut tidak menerima pandangan anda, sekurang-kurangnya tindakan anda berkata benar akan menimbulkan rasa hormat dan akan membuatnya berfikir kelak.
©Kujie – Salam subuh Jumaat yang dingin
Katakanlah kebenaran walaupun pahit. Mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu kemungkaran di dalam hati adalah selemah-lemah iman.
.-= samdaddycool´s last blog ..Senarai Iklan Hari Raya Petronas Sepanjang Zaman =-.
kebenaran itu pahit
.-= haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report =-.
Asalamualaikum
Terima kaseh kerana sudi menggunjungi halaman blog pakcik, sesungguhnya anakanda kujie kita bukan sibuk tetapi dilahirkan dizaman kesibukan, semuanya nak cepat kecuali mati. Diantara ciri yang menarik pakcik pada halaman blog anakanda kujie dan kak Long adalah ejaan, perkataan dan bahasanya yang maseh tersusun walaupun sibuk. Bahasa jiwa kita, pakcik mendekati kujie menerusi bahasanya dan saya suka mencuit rasa untuk mendalami keperibadiannya.
Maafkan pakcik kesilapan menaip alamat URL itu, Insyaalah pakcik akan perbaiki mungkin sebab untuk menurut gaya kak Long 111 persen. Sebenarnya pakcik ada membuat pemilihan calon sahabat Indonesia yang menyertai penulisan hari kemerdekaan negaranya, cuma perlu memberi komentar dikotak halaman blog untuk mendokonginya, pakcik ingat yang ini pun sama rupanya berbeza. Terima kaseh salam hormat.
.-= pakcikli00´s last blog ..terapi urutan semulajadi =-.
Ada waktunya teguran kita ibarat mencurah
air ke daun keladi apatah lg jika yg ditegur
itu org yg lebeh tua walhal mrk maklum teguran
itu ada kebenarannya tetapi pandangan yg muda tak
patut menegur yg tua dijadikan prinsip kehidupannya. 🙄
.-= Eriyza´s last blog ..Ulat Bulat =-.
Yang menegur perlulah berhikmah, yang ditegur pula perlu pujuk hati untuk terima dengan senang hati dan cuba bermuhasabah. Berkata benarlah walau kadangkala ianya pahit.
.-= nuaeman´s last blog ..Buat benda betul biar betul betul! =-.
erm…
kene pikir dlm2 kata2 kakjie…
pagi ni selow sket pulak…
ape kaitan serbuk tidur dgn isi entry?
erm…
.-= ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ´s last blog ..Ramadhan’s Special: Blog Buddy di Belog Anda! =-.
Asalamualaikum
Izinkanlah Pakcik singgah dihalaman ini untuk menghayati keindahannya. Buat pengetahuaan anakanda Ku Jie (Ku=tengku ? minta maaf) Pakcik hanyalah orang kampong yang berkerja sebagai dukun asmara. Sifat kekampongan Pakcik jelas pada nama dan macam orang dulu dulu sentiasa mengucapkan salam bila menziarahi, mungkin Ku Jie merasa jengkel dengan kehadiran Pakcik ni, maafkan pakcik sekali lagi. Izinkan Pakcik menitipkan serangkap pantun dihalaman ini untuk menunaikan keinginan hajat selama ini dihati,
Yang benar itu hanya tuhan
maka dinyata oleh alQuraan
sifat pertama nabi pilihan
jadi ikutan manusia beriman
ombak tentu merasa malu
jika pantai diam membisu
Terima Kaseh Salam Hormat.
.-= pakcikli00´s last blog ..Dukun Asmara =-.
huhuhu… Tuhan tak suka orang berdebat, tetapi Tuhan suka orang bermuzakarah dan mencari kebenaran.. huhuhu..
.-= maza´s last blog ..Aku dan Ramadhan =-.
Kita harus merendah diri tidak kira apa jua keadaan kita kan? Kadang-kala berdiam diri juga boleh menjadi satu hujah yang baik! 😛
.-= tekkaus´s last blog ..So It Was Your Fault~lar! =-.
Diam lebih baik!!
@imanshah, btol.. diam lebih baik..
tp ade masa tertentu, kite kena bercakap jugak..
time tu, kalo berdiam diri jugak, mungkin lg memburukkan keadaan..
.-= Anarm´s last blog ..Majlis berbuka puasa Negaraku.Net =-.
Cakap mesti berapi. Betul atau tidak tu perkara lain. (Law)yer memang kerja mempertahankan ‘idea’ yang disarankan undang-undang manusia, tanpa mengira undang-undang yang telah lama ada. Human right is more important than any other right. Perghhh…. 👿
(Hujan-hujan ni memang best. Siap minum kopi masa sahur tadi)
.-= kruel74´s last blog ..This 3-days weekend will be a busy one =-.
berkatalah yg benar, walaupun pahit. tp bila nk menegur biarlah berhemat. ibarat menuang gula dlm teh o. tk terlalu manis dn tk terlalu tawar. ngam2 aje. hehe
meru sdg ujan lebat pagi. rasa mcm ditarik2 aje mata nih. hehe
betul tu kak, ramai yang lupakan diri demi mempertahankan kenyataan yang salah atau tidak benar. malah lupa akan diri sendiri dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. sedangkan kebaikan menanti dihadapan. selamat pagi. 🙂
.-= mohdisa´s last blog ..Entri Pantas: Diet Seimbang Bulan Puasa =-.
Salam…pertama kali saya berkunjung ke sini.
Kalau saya tegur orang, saya tegur dalam forum…akibatnya saya dimarah dan dimaki..hahaha…tapi saya rasa teguran tu perlu.
Tapi in real life, saya sukar nak tegur orang…
Masa saya type je boleh tegur…macam mana tu?
.-= Az´s last blog ..Bahtera.. =-.
lepas sahur, rasa nak tidur balik jek.. tapi, bila bangun, mesti rasa tak sedap badan.. 🙁
salam pagi Jumaat di bulan Ramadhan~~
.-= beliamuda´s last blog ..Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2009 =-.
betul2, nak tegur manusia nie kena ada seni dan gayanya tersendiri 😮
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..URL WWW Dan Tiada WWW =-.