Blogger

Kenal tak blog dan pengunjung blog?

tepat 2 tahun

Huh! saya siap on alarm kat handphone  untuk dapatkan masa yang tepat . Hari tersebut  3 Ogos 2009 jam 18:35 genap 2 tahun saya gunakan exTReme Tracking. Antara generasi pertama kerana sekarang telah di tutup pendaftarannya untuk pengguna Malaysia.

Apa yang menarik sepanjang 732 hari tersebut? Mari kita selidik

data 2 tahun

Jumlah keywords – 11693
3 keywords yang popular :
7331 –  -gambar
5484 – mpv
5308 –  proton

Hari paling ramai pelawat – 2645 / 27hb  July  2009
Mingg paling ramai pelawat – 10876 / Minggu ke- 31
Bulan paling ramai pelawat – 34176 /   July
Hari paling ramai pelawat – Rabu – 16.29%
Masa paling ramai pelawat – 14:00 – 14:59 – 6.85%

Daripada jumlah pelawat …….
Unique Visitors adalah seramai 230697 ( 58.05% )
Browser Firefox 3 – 28.44%
Operating System Windows XP – 81.30%
Searchengine Google – 36.81%

Ini adalah catatan peribadi untuk diri saya dan blog saya.  Setahun dulu ada seorang ‘Blogger Popular’ tanya saya waktu bersembang di telefon, ( waktu itu pelawat dia 1000-1500 sehari)

” Kak… berapa pelawat sehari”
” Tak sampai 100 ”

Moral of the story – saya juga bermula dari zero!

Setakat mana anda kenal blog dan pengunjung anda?

©Kujie – bila saya siapkan draft untuk entri ini, baru saya perasan… saya sangat addicted dengan angka dan peristiwa-peristiwa kecil dalam hidup , saya boleh hafal 12 digit nombor akaun maybank diri sendiri dan suami.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Kenal tak blog dan pengunjung blog?

  1. mama.dulu time kita berblog doulu2,takde sape pun dtg blog kite kan T__T sumpah mcm dalam hutan la. tapi kita tak pernah kisah, malah lagi aman dr skarang kan?

    but nowadays, bloggers selalu guna mcm2 helah nak tambah visitors. heh, lagi ah kalau nak tambah earning.

    “aku dah click adv ko.nnt masuk blog aku ko click adv aku,”

    WTH???????????????????????????????????????

    ok.ni komen lepas geram.

    blog mama mmg 1 Malaysia la 😀
    .-= yonna´s last blog ..Y529 : Pusat Kaunseling Yonna =-.

    1. @yonna, owh…sangat2 benci ayat tu…lagi satu…pls dtg blog kita and add as ur follower…kehkehkeh..giler meroyan sungguh 😆

    1. @samdaddycool, Kak Jie suka baca entri lama-lama..sgt addicted dgn blog sendiri. Baca entri dulu tu mcm merasai semula kejadian dan perasaan waktu tu 😆

    1. @topo, jgn ler sedih..aku dulu pun slalu jengok blog ko…cuma sejak 2 mjak ni asyik cbuk jer
      .-= kita´s last blog ..Spam Duit Raya Dah Mula =-.

    2. @topo, Kak Jie pun sama topo, ada masa2 down…kemalasan ..ada masa2 tu kencang…kita ni manusia..blog kita jiwa kita.. 😆

  2. Blog saya pula semakin hari semakin kebelakang rankingnya.. sebab lama tak update hari tu.. sekarang cuba untuk mendaki semulabalik.. nampak macam jauh sangat.. apapun tak kisahlah tentang statistik.. yang penting pengisian tu sampai kepada pembaca.. cuma nombor-nombor tu boleh memberi semangat untuk kita terus memberi yang terbaik kepada blog..

    1. @nuaeman, berundur sekejap tak apa sebab dah ada tapak dan fokur, sekarang masanya untuk kembali berlari…dengan lebih kencang dan bersemangat.

      Kak Jie tetap akan menyokong 😆 memperkenalkan diri , penjenamaan semula… :mrgreen:

  3. wahh…kak jie minat nombor eh..sure byk no tepon da da kak jie hafal kan..aheheh
    .-= chii´s last blog ..Busy =-.

  4. wah ramainya. apa rahsia akak!? he3

    memang semuanya bermula dari zero. hanya orang yang tidak mudah putus asa dan kesanggupan menilai diri selalu bakal mendapat ganjaran yang terbaik.

    saya juga akan bermula kembali. he3
    .-= megat´s last blog ..Musyawarah, Sejauh Mana Kita Menghayatinya!? =-.

  5. perghhh blog kak jie tak lama lagi leh jadi most visited blog..harap2 boleh la blog kak jie ni cecah 5k user sehari..insyaallah..tumpang bangga bila ada orang yang bersungguh2 dalm sesuatu :mrgreen: :mrgreen:
    .-= pjan´s last blog ..Cinta SMS =-.

    1. @pjan, 5K sehari..semput Kak Jie…setahun dua lagi mungkin la kot..skrg ni..sejak kesihatan sedikit terganggu, kak jie slow down sikit…sebenarnya ada domain baru ingat nak buat projek komersial pun ditangguhkan…

  6. Suka nombor yer. Kalau dalam buku Personality Plus by Florence Littaeur, kak jie dikategorikan sebagai Melancholy. Very organize person, suka analyze and many more. Kalau ada masa baca la buku ini. Such a good book.
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Roses of Mine =-.

  7. 😉 peristiwa kecil pun kadang2 meninggalkan kesan yang besar dlm hidup..
    .-= yati´s last blog ..I”m OFF =-.

  8. kakjie, same lah saya suka nombor jugak. bile dah suke nombor, senang nk hafal details, acc. etc :mrgreen:

    btw tahniah kakjie. dari zero ke hero! 😉

Comments are closed.