Fakta Mengenai Kucing Betina Berbulu Oren
Kucing

Fakta Mengenai Kucing Betina Berbulu Oren

kucing betina comel

 

Ini kucing oren saya, namanya Carrot atau nama penuhnya Carrot Caroline.  Umur Carrot  hampir 9 bulan.

Carrot ni jantan ke betina….? Cuba teka?

Dari muka ketat tu, mesti ramai yang anggap Carrot ni seekor kucing jantan.  Badan tu pun dah macam abam sado.

kucing comel

Sebenarnya Carrot adalah seekor kucing betina, 100% pasti tanpa keraguan.  Apa yang menariknya mengenai kucing betina yang berbulu oren?

Sebenarnya, kucing oren kebanyakkannya adalah jantan. Untuk kucing betina mempunyai bulu berwarna oren, dia mesti mewarisi dua gen oren – satu daripada ibunya dan satu daripada bapanya. Kucing jantan hanya memerlukan satu gen oren , yang diwarisi daripada ibunya yang berwarna oren, calico atau pun tortoiseshell. Bulu oren pada kucing dihasilkan daripada kromosom X , dan seperti manusia , perempuan mempunyai 2 kromosom X ( XX ) dan lelaki adalah XY.

Sebab itulah kucing betina berwarna oren agak sukar ditemui.

kucing comel

Carrot betina ( XX ) dan berwarna oren, ini bermaksud bapa Carrot wajib berwarna oren. Menurut kajian, 20% kucing oren adalah betina berbanding 80% lagi jantan.

Fakta menarik lain mengenai kucing – sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti kucing tersebut adalah betina! Itu kucing saya yang seekor lagi bernama Alice!

 

kucing kudung kaki tiga

Alice yang genap setahun saya jumpa dan bawa balik. Alice yang berkaki tiga!

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Fakta Mengenai Kucing Betina Berbulu Oren

  1. oh, patut lah jiran saya tua2 pon sanggup panjat pagar semata2 nak ambil kucing saya.

  2. Amboiii kak..comey sangat kucing ni..bleh di jodoh kan dengan’hero’ saya ni..tp kaler kelabu asap sikit..hehehe

    1. masa tu dia belum kenal….mabuk perjalanan jauh tu..hehe
      tapi semua kucing kak jie tak bising…nak dengar bunyi pun payah

  3. Terima kasih atas makluman, Kak Ji.Macam mana pula dengan kucing ekor bengkok dan tak bengkok? Kenapa ada kucing yg ekor lurus je dan yg lain pulak bengkok ekornya.

Comments are closed.