Debu Tayammum
Pengetahuan Am

Debu Tayammum

innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});

image

Terus terang saya pun tak pernah ambil peduli tentang debu tayammum sebelum ini sehinggalah apabila menjaga emak mertua yang bersimen kakinya akibat kemalangan.

Debu tayammum sebenarnya boleh saja menggunakan tanah atau pasir yang telah diayak halus sehingga berdebu.

Untuk memudahkan berwuduk, saya beli Debu Syifa’ Tayammum.  Debu tayammum ini boleh di beli di kedai yang menjual peralatan haji atau umrah.  Boleh juga beli online.

image

Dalam sekotak debu tayammum berharga RM 12 ini ada 5 pek. Tiap kali nak bertayammum, tabur debu atas kertas atau dulang.

Pek debu tayammum juga disertakan panduan cara bertayammum tetapi nasihat saya belajarlah secara praktikel untuk bertayammum.  Kalau baca keterangan dan gambar, keadaan tak cukup jelas.  Cara betul pergerakkan tangan berdebu ada aturan dan tertibnya.

Dulu saya belajar bertayamum secara praktikal menggunakan serbuk bedak.

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Debu Tayammum

  1. assalamualaikum
    tertarik saya bila baca artikel ni
    kami dihospital mmg ada bekalkan debu tayamum untuk kemudahan pesakit. malangnya kesedaran dan pengetahuan dikalangan pesakit amat kurang. masih ramai yang meremehkan soal ibadah bila sakit. mungkin kerana tak tahu.

    sekarang, kami dalam proses memberi pemahaman dan pendidikan kepada staff dahulu dengan harapan, staff dapat membantu pesakit.

    terima kasih

  2. Bila ada debu tayamum macam ni sangat memudahkan pesakit semasa di hospital. Jarang nak jumpa debu sebegini, tapi di hospital tempat saya bekerja dulu ada bahagian incharge yang jual.

  3. sebenarnya dah beberapa tahun sudah debu tayammum ada di pasaran. tp pnh lihat seorang anak kenalan tlantar sakit di hospital, dia tepuk2 dinding dan cadar utk dapatkan debu…

  4. dulu zaman belajar balik cuti sem naik bas ekspress selalu ada masalah kalau subuh driver tak berhenti. solat hormat waktu dalam bas. debu ni sangat bergun kalau ada

  5. betul tu kena sedia, akak pun mengalami perkara yang sama, masa menjalani pembedahan, ketika itu akak dalam keadaan “haid”, selepas beberapa hari kena lah mandi hadas besar, so persediaan kena ada untuk perkara2 sebegini, alhamdulillah banyak dapat informasi dari google dan terus ke jabatan2 tertentu

  6. Ada jual rupanya debu taymmum ni. Tidak pernah tahu sebelum ni ada oang jual debu untuk tayammum ni.
    Boleh di sediakan awal. Mana tahu kot2 ada kecemasan tak de air ke apa…

  7. kat sekolah dulu…memang pakai debu yang diayak. ustaz yang sediakan.

    so far..memang kena tahu gak la benda ni. kot-kot ada hal emergency atau tetiba takde air lama ke..

Comments are closed.