Kucing Kujie Kaki Kudung
Kucing

Kucing Kujie Kaki Kudung

kucing-comel;

Comelkan anak kucing ni. Anak kucing betina ni, umur lebih kurang 3 bulan. Saya tak sampai hati….dan bawa dia balik ke rumah.

kucing kudung

Bukan disebabkan dia comel… tetapi disebabkan kaki anak kucing ni kudung disebelah kaki kanan.  Luka tu walau dah baik tapi nampak macam masih baru.  Dia pun agak sensitif bila disentuh dibahagian kaki yang kudung.

Anak kucing ni tiada pemilik, hanya hidup di kaki lima kawasan rumah adik saya. Tak sampai hatilah nak tengok saja.  Moga dia hidup sihat bersama Julie dan Camo.

Kejap lagi nak bawa pergi klinik buat pemeriksaan.  Lawatan kali pertama biasanya doktor cek kutu, cacing atau kurap.  Kalau sihat biasanya doktor terus buat suntikkan vaksin kucing.  Dekat Rawang ada 2 klinik haiwan yang biasa saya pergi

 

 

NOTAKAKIKUJIE : Belum ada nama ni….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Kucing Kujie Kaki Kudung

  1. bukan setakat kucing kalau tengok anjing kudung pun timbul rasa simpati .. mereka masih boleh hidup dalam keadaan yg begitu itulah kekuasaan ALLAH.

    1. memula nampak kucing ni..terus buat keputusan nak bawa balik, tak teragak-agak
      dah bawa balik baru nak minta izin dgn suami…nasiblah suami ok

  2. Alahai kesiannya. Insya Allah boleh baik tu. Baik hati Kak Kujie bawak balik anak kucing. Semoga Allah sentiasa merahmati akak.

Comments are closed.