Tepus Tanah Baling
Pengetahuan Am

Tepus Tanah Baling

Balik kampung raya baru ni sempatlah juga ke kebun. Untuk makluman, kebun kami bukan di belakang rumah, jaraknya dalam 5 KM. Kena masuk melepasi kebun-kebun orang lain. Kena menyeberang anak sungai yang sejuk dan dingin.

pokok buluh

Selepas menyeberang anak sungai, kena melalui denai jalan seperti ini.  Redup dan sejuk.

pokok dokong

Inilah pokok  “tagan”  iaitu pokok pertama yang di tanam  pada hari pertama tanah yang kami beli ini bertukar tangan.  Balik dari pejabat tanah selepas selesaikan urusan geran, suami singgah beli 2 pokok dokong dan salah satunya Along yang tanam.

Secara rasminya pokok ini menjadi tanda aras dan rujukan bila bercerita mengenai musim buah.  “Pokok Along” tu dah berbunga, “Pokok Along” tu dah masak….

Secara ringkasnya itulah kebun kami – ada getah yang berumur 5 tahun, ada rambutan, ada langsat, ada dokong, ada manggis, ada petai, ada cempedak, ada pokok kelubi, ada pokok salak, ada pokok buluh madu, ada pokok limau nipis, limau purut, pokok putat, pokok kantan, pokok labu, daun kesum daun salam dan pelbagai lagi tanaman yang mak dan ayah saya usahakan.

Tapi, kali ini saya nak cerita mengenai Tepus Tanah.

bunga tepus

Inilah bunga Tepus Tanah. Bunganya berwarna merah yang menarik. Tepus tanah adalah dalam keluarga halia ( zingiber spectabile ) dan paling hampir seperti pokok kantan. Batangnya, daunnya atau ketinggiannya pun hampir sama seperti pokok bunga kantan.

Kalau di bandar, bunga tepus ( alpinia purpurata ) biasanya dijual sebagai bunga keratan untuk hiasan. Tepus ( alpinia purpurata ) dan tepus tanah dari keluarga halia ( zingiber spectabile ) adalah berbeza.

Mengikut Pusat Racun Negara,  Tepus (Alpinia purpurata ) mengandungi asid sinamik dan termasuk di dalam kumpulan tumbuh-tumbuhan  yang boleh menyebabkan dermatitis. Dermatitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada kulit. Kesan alahan yang dialami adalah  jenis alergen seperti debu, debunga atau bahan kimia tertentu di dalam tumbuh-tumbuhan. Kesan ini dikenali melalui kewujudan tompokan merah, gatal, keras dan melepuh pada kulit. Biasanya kesan ini timbul setelah lima hingga tujuh hari dari hari sentuhan berlaku.

Rujukan : National Poison Centre – klik untuk melihat tumbuh-tumbuhan lain yang boleh menyebabkan dermatitis.

Emak saya biasanya ambil umbut tepus untuk dibuat ulam.  Bahagian luar batang tepus dibuang dan ambil bahagian dalam yang dipanggil umbut.  Rebus sebelum dimakan.

Trivia – Tepus

  • Mukim Wang Tepus merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Kedah

NOta : Sebelum sampai ke cerita bunga tepus tanah, kita tengok pokok buluh pokok dokong dulu… hihihi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Tepus Tanah Baling

    1. kadang yang kita tak tanam, hidup subur walau celah celah simen merkah…kehkeh
      pokok cili selalu hidup mcm tu

    1. terima kasih untuk ayah…hehehe
      kalau nak harap kami, setahun 2-3 kali balik tu, semak samun dah sama tinggi dgn pokok durian :p

  1. Aaah. Baru tau ni. Terima kasih sebab sharing. Seronoknya ada kebun sendiri. Boleh tanam buah2an tu yang best tu. 😀

    1. Selalu nampak pokok ni tapi masa tu dia tak berbunga.
      Kali ni lalu ada beberapa kuntum..cantik

      Kebun tu asal beli niatnya supaya anak2 nanti tak putus hubungan dgn keluarga di Kedah, biar dia akan ada satu tanggungjawap untuk balik ke sana sebab suami orang sini anak2 pun membesar kat sini..

  2. Alhamdulillah! berbakti pada tanah memang amat berbaloi. Seronok Kak Jie memiliki sebidang tanah kebun. Boleh buat kenduri buah bila datang musimnya.

    1. Kami dah tebang 95% pokok rambutan baru tanam getah. Tinggal sepokok je untuk di makan. Itu pun tak habis.
      Kebun ni kami beli bukan harta pusaka keluarga, sentimental value dia lain
      jiwa kita dengan kebun tu pun lain.

        1. tiap org ada kemahiran masing² , tak semua kita boleh masuk
          kak jie ada tanam kelapa sawit dgn bantuan mpob
          ada getah bantuan Risda
          dan InsyaAllah sekarang tengah nak mulakan tanam kelapa matag

Comments are closed.