Bila mendaftar sebagai Ahli KWSP? Saya tak ingat secara tepat, mungkin tahun 1988. Lama dah dan saya pun lupa macam mana cara mendaftar sebagai ahli.
Rasanya kena isi borang yang disediakan di tempat kerja.
Hari ini saya temankan Angah ke KWSP untuk mendaftar sebagai ahli. Dia dah kerja sekarang sebagai cashier sementara cuti semester sampai bulan September.
Tak sampai 5 minit pun proses mendaftar ini selesai.
Bawa kad pengenalan yang cipnya tidak rosak ( boleh dibaca ). Ambil nombor dan tunggu angka giliran di panggil. Kalau cip Kad Pengenalan boleh dibaca, tak perlu isi borang. Kakitangan KWSP scan Kad Pengenalan dan disahkan dengan imbasan ibu jari. Kalau tak ada masalah, sekejap saja dah selesai.
Mengikut maklmuat di laman web KWSP, anda boleh menjadi ahli melalui kaedah-kaedah berikut:
Mendaftar Secara Automatik
Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan anda. Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran adalah sempurna setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pendaftaran Melalui Kaunter/Mel
Anda atau majikan anda boleh mengemukakan Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel untuk didaftarkan sebagai ahli KWSP. Anda perlu memastikan semua maklumat peribadi yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan adalah lengkap dan betul serta cap ibu jari yang diturunkan adalah jelas.
Nampaknya tadi kami menggunakan kaedah yang belum dinyatakan di laman web.
Nota : KWSP nak buka cawangan di Rawang One berdekatan Hospital KPJ Rawang.
Semoga bermanfaat untuk yang membutuhkan.
Teknologi semakin canggih, urusan semakin mudah
KWSP memang penting untuk masa depan, dan informasi ini adalah langkah pertama yang perlu dilakukan. Tak gitu 🙂
Perkongsian yang bagus untuk sesapa yang memerlukan…
Kena buat acct kwsp ni kalu x kena report dgn pejabat buruh kan2.
Saya baru je bercerai dgn KWSP 2 tahun lepas.Sape2 yg ada duit berkepok dalam KWSP bole lah buat pelaburan amanah saham utk akaun 1 KWSP.berbaloi2
ingatkan kwsp untuk org yg bekerja ttp saja..tq utk info ini
Thanks info Kak Jie…dan tahniah untuk Angah sebab dah mula bekerja sendiri..
Tak tahu banyak sangat info pasal kwsp ni..dulu ada akaun dia tapi skrg dah tak dak..
Pernah guna khidmat kwsp ni setahun dua je..lepas masuk ke skim berpencen, tak terlibat dengan kwsp dah..
Assalamualaikum,
Bila tukar ke skim pencem, saya dah tak berurusan dengan KWSP lagi. Tapi perkhidmatan KWSP kajang memang terbaiklah! cepat dan mesra pelanggan.
saya pun dulu pihak tempat kerja yang buatkan rasanya
Sy sendiri belum pernah lagi daftar KWSP, banyak yg kena hadam sebelum daftar atau melabur dengan KWSP. 🙂
terima kasih sbb kongsi pasal kwsp nie..ramai peniaga online yg xde kwsp nie
fyna guna duit kwsp untuk clearkan payment PTPTN. ^_^
Kalau ada majikan kwsp ni memang otomatik kena register. Tapi untuk mereka yang buat perniagaan sendiri kena beringat untuk melabur dalam kwsp… Salah satu cara nak kawal perbelanjaan dan simpanan hari tua inshaallah…
Bagi pekerja swasta ini adalah salah satu simpanan untuk persaraan mereka.
hehe kakjie… dah berjinak-jinak dengan kwsp pulak ye
Apa maksud berjinak jinak? Kak jie mmg ada akaun lebih 20thn… pernah beli rumah guna caruman kwsp dan pernah keluarkan akaun 2 utk selesaikan baki pinjaman… tu kira jinak ke liar… hihi
Wow banyak duit kak jie. Kak jie keje apa dulu?
Senang kalau dah nak buka di Rawang. Jauh la di kepong dari tanjung malim.
Dah pasang papan tanda lot premis tp belum buka… kalau dr trafik light tepi mydin tu dah boleh nampak… nnt senanglah nak berurusan. Nak pi kwsp kat Selayang tu nak parking kereta pun payah