BIla sebab nak bercuti kat Shah Alam, rasa pelik. Apalah yang nak dibuat kat Shah Alam tu. Tetapi bila Team Ai Media ajak saya bercuti bersama mereka ke Hotel De ART Shah Alam, tanpa fikir patplohpat kali, saya setuju. Terus susun jadual supaya suami juga dapat balik bercuti pada waktu tersebut dan kami dapat bercuti bersama-sama.
Biasanya kalau nak bercuti, urusan menempah bilik hotel adalah tugas saya. Perkara pertama adalah membuat carian online hotel di Shah Alam. Sangat teruja melihat laman web Hotel De Art. Korang mesti cuba klik dan lihat….ralit sungguh membelek setiap bilik yang terdapat di hotel ini kerana kesemua 58 bilik dengan tema berbeza setiap satunya. Maksudnya kena klik 58 bilik untuk melihat kesemua hiasan tersendiri bilik tersebut.
Tak percaya, cuba korang klik sini – Hotel De ART Shah Alam.
Kami sampai ke Hotel De Art lebih kurang jam 7 malam. Senang saja nak cari hotel ini, lokasinya berdekatan pintu masuk kedua UITM Shah Alam ( Seksyen 7 )
Kalau dari Kuala Lumpur melalui Federal Highway, keluar di susur Padang Jawa dan ambil arah ke UiTM atau I-city. Selepas Hospital Shah Alam ( dalam pembinaan ), ambil simpang ke kiri dan dari situ dah boleh nampak bangunan hotel di sebelah kanan. Kalau terus kita akan sampai ke I-city.
Masuk saja ruang lobi hotel, terpampang hiasan cantik bak hotel 5 bintang. Ruang lobi ini biarpun kecil tetapi sangat comel dan menepati keseluruhan pengaruh seni Eropah. Cuma satu komen saya – tolong ganti bakul sampah plastik biru yang diletakkan di ruang lobi dengan bakul sampah yang menepati tema. Benda kecil ini menganggu setiap kali saya mengambil gambar dari sudut luas arah pintu masuk.
Terpaksa crop supaya tak masuk dalam frame.
Ini bilik saya dengan tema Life is Like A Dream. Sangat sesuai untuk gaya hidup dan umur veteran macam saya suami isteri.
Seluruh bilik tidaklah terlalu luas tetapi bersih dan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti WiFi percuma, TV LCD 32″ dengan saluran Astro terpilih , Telefon Dial Terus, Sistem Kad Kunci Elektronik dan bilik mandi dengan pancuran air panas.
Yang paling paling best, pancuran air mandi tu besar. Puas nak mandi di musim air kena catu. Sekali air turun, basah keseluruhan badan yang saiz XXL. Balik dari hotel, saya terus minta suami tukar pancuran bilik air kami dengan jenis air pancuran macam ni.
Walaupun hotel bajet, pengering rambut juga disediakan. Penting untuk wanita yang bertudung , perlu keringkan rambut sebelum bertudung untuk keluar semula.
Ini adalah ruang diluar bilik di tingkat 3. Di ruang ini disediakan seterika.
Bukan saja bilik, ruang tangga pun menerima sentuhan yang memukau, kemas dan mempersona.
Terdapat sembilan jenis bilik untuk dipilih, sesuai untuk pelancong solo atau untuk lawatan keluarga.
Hotel de Art mempunyai 58 bilik dengan setiap satu dihiasi dalam gaya yang berbeza. Biliknya mempunyai pengaruh estetika seperti Mesir Purba, Eropah dan gaya 1950-an Amerika termasuk juga tema popular yang diinspirasi dari bintang popular semasa seperti Elvis, Hello Kitty , Micheal Jackson, Hey Mickey atau Lady Gaga.
Untuk setiap penginapan di De Art Hotel, tetamu akan diberikan sarapan percuma di Hailam Kopitiam yang terletak bersebelahan dengan hotel. Sarapan pagi dengan pilihan dari roti bakar, telur separuh masak & set kopi , tuna & set kopi, nasi lemak & set kopi atau set sarapan barat.
Bagi penginap hotel, kita boleh dapat diskaun 10% setiap kali menjamu selera di Hailam Kopitiam sekiranya ditunjukkan kunci bilik sebagai pengesahan.
Lokasi Hotel De Art ini sangat strategik kerana pelawat dengan mudah boleh mengatur percutian di beberapa tempat pelancongan seperti I-City, Masjid Biru ( Masjid Shah Alam ), Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Pertanian Bukit Cahaya.
Saya dan blogger lain menghabiskan cuti hujung minggu kami dengan berkonvoi ke Kuala Selangor. Melawat Bukit Malawati, Taman Alam atau merasai keenakkan makanan laut yang segar dan melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Kalau mencari hotel berdekatan UiTM Shah Alam, Hotel De Art ini memang pilihan yang sempurna. Lokasi hanya beberapa meter dari pintu masuk ke dua ( Seksyen 7 ) dan harganya yang berpatutan. Pada masa akan datang , Hospital Shah Alam akan dibuka berdekaran dengan hotel ini dan sudah tentu ianya boleh menjadi tempat persinggahan kepada keluarga pesakit.
Harga Hotel De ART
- Standard – 1 Katil bujang ( tiada tingkap) RM 88.00 . Ahli RM 78.00.
- Superior – 1 Katil Queen ( tiada tingkap) RM 138.00. Ahli RM 128.00.
- Superior Deluxe/ Twin Superior – 1Katil Queen / 2 Katil Bujang (bertingkap) RM 158.00. Ahli RM 148.00.
- Superior Deluxe Partial Lake View – 1 Katil Queen Partial Lake View RM 168.00. Ahli RM 158.00.
- Twin Superior Partial Lake View – 2 Katil Bujang (Partial Lake View) RM 168.00. Ahli RM 158.00.
- Triple Room – 1 Katil Queen + 1 katil bujang ( tiada tingkap) RM 188.00. Ahli RM 178.00.
- Family/ Vip – 2 Katil Queen ( bertingkap) RM 218.00 . Ahli RM 208.00.
* Semua harga di atas termasuk cukai dan caj perhidmatan.
* Tambahan RM 10.00 ketika hujung minggu ( Jumaat & Sabtu) dan cuti sekolah.
* Tambahan RM 20.00 waktu sibuk ( malam perayaan dan cuti umum, UiTM Konvokesyen).
* Harga AHLI hanya diberikan kepada tetamu yang pernah menginap. (hari biasa sahaja).
View Hotel De Art Shah Alam in a larger map
Telefon No : 03-5518 0975
Facebook – Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel
Laman Web – Hotel de ART Boutique Hotel
Nota Pengunjung : Bawa pakaian yang sesuai untuk bersukan. Di hadapan Hotel De ART terletak Tasik Seksyen 7 yang sesuai untuk berjogging atau beriadah aktiviti sukan di waktu pagi atau petang. Atau sekadar merehatkan diri menikmati saat tak terduga seperti di dalam gambar di atas!
Wah. Seronoknya kalau setiap bilik ada lain lain tema. Mungkin akan dicuba ni kalau saya ke sana.
Hotel ni memang terbaik. Kebetulan ofis kami hanya selang satu kedai je dari hotel ni. Setiap hari ramai je orang keluar masuk hotel.
Teringin nak duduk hotel ni tapi dekat sangat lak dengan rumah. Huhuhuhu
Oh menarik .. memang lama nak cari hotel budget sebegini di Shah Alam, cuma tak tahu mana satu. Ok2, akan check it out kalau nak duduk di Shah Alam nanti. Thank you 🙂
keren banget desain kamarnya
keren banget dekorasinya
wahhh.. selalu p shah alam, tp tak pernah plak stay sini.. bleh try nih
Pernah menginap beberapa kali kat hotel ni. Tema pertama, tema Star Wars. Huhu. Memang menarik, sampai katil pun ikut tema alam semesta. Dan ada potret Star Wars.
Hari lain dah lupa pilih tema apa. Tapi memang convenient. Lagi satu, hotel ni bawah tu ada dobi Clear Pro, sesuai untuk long distance traveller macam saya yang nak cepat basuh baju.
Dan ada my media in case ada nak beli brg keperluan seperti berus gigi dan ubat gigi
Saya plan nak pergi I-City minggu depan. dah search lokasi hotel ni, memang dekat sangat!, terima kasih memperkenalkan hotel ni pada saya.
Suasana bilik hotel yang bermacam tema adalah satu keunikkan.
Pada saya sangat sesuai dan berpatutan 🙂
dekat taman ada tasik, memang boleh lepak pagi2
tak adalah nak memerap bilik sampai tenghati..awal pagi dah boleh beriadah walaupun bercuti
Dari luar nampak biasa je hotel ni tapi dalam memang kelass la. Macam hotel mewah je tapi harga berpatutan.
Kan…. kita boleh nak bilik tema macam mana
Wahhhh..menariknya,siap boleh pilih tema…berbaloi2…
ada pilihan mengikut keselesaan memasing
alamak! Semenjak tahun lepas lagi aktiviti tidur hotel belum dibuat lagi.. hmmm
tengah mencari dan merancang masa yang sesuai ni..
kat mana pula holiday kali ini ek?
hehhehe
Shah Alam tu kita nampak biasa biasa sebab dah selalu pergi, tapi bila pilih untuk tido di hotel
tak payah pergi mana……duduk je dalam bilik yang bertema tema tu…hihihi
Wahh! Cantiknya hotel ni. Berbaloi sangat macam bukan hotel bajet 🙂
boleh tahan juga harga dia…tetapi berbaloilah juga ya..
ish biar betul kak jie, bangunan kedai biasa jer tuh, tp hiasan dalaman memang macam 5 bintang, terbaik
Agaknya, tong sampah warna biru, nak lebih menonjolkan, menyedarkan orang ramai, adanya tong sampah kat situ.
he he he…. mungkin benda terakhir yang difikirkan
bila dah siap semua dekorasi, baru teringat tong sapah tak masuk dalam planning design
tu yg pakai letak je tak ikut tema
Akak.. kalau ke Shah Alam mesti tidur kt hotel Uitm.. skrg dh ada pilihan yg menarik… Uitm dihatiku
betullah tu…memang tak jauh pun dengan Uitm Shah Alam
bolehlah cuba lain kali, pilih tema yang diingini
saya pun baru je menginap kat hotel de art baru baru ni… anak anak memang teruja…best katanya walau pun tak jauh dari rumah..
oooo ye ke. Seronoklah anak-anak
dia orang pilih bilik tema apa
Menarik sungguh penampilan hotel ini. Saya pertama kali dengar semasa tonton satu rancangan di TV3 … yang ada menyebut nama hotel ini. Ada potensi nampaknya walaupun dari luar tak nampak serupa sebuah hotel yang ada taste tersendiri.
Terima kasih kak kujie .. lepas ni leh jadi pakar review hotel la pulak .. memang best entri ni.
Kalau dari luar memang kita akan nampak macam hotel bajet biasa
cuba tengok lobi……………….WOW! tak sangka
bilik pun luas mcm hotel bajet yang biasa kita pergi tetapi tema yang ditampilkan cukup membuatkan hotel ini lain daripada yang hotel lain.
Kita ada banyak pilihan , sudah tentu kita cari yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan
Kak, ni hotel orang melayu ke? Jika ya saya nak tolong promote juga. Hehe
Awat, hang ada masalah dengan orang cina kaa?. Rasa tercabar kalau orang cina jadi kaya?
Tak semestinya cina. Aku nak tolong bangsa aku, tak boleh ke? aii sensitif nampak
Ada 58 bilik dengan tema yang berlainan?menarik tu…tak pernah lagi datang ke hotel yang macam ni..
Haa itulah, saya pun macam teruja nak mencuba. Mungkin kalau pergi ke kawasan berdkatan boleh mencuba menginap di hotel macam ni. Err ada diskaun kot untuk blogger Malaysia .. hehehee
menarik kak…
tentang pancuran air tu kami beli yang lebih kurang sama..ada 2 pancuran..yg kecil di bawah dan besar di atas.. dan ada 3 option boleh guna.. sama ada guna yg kecil je (utk anak2), atau guna yg besar dan atau guna dua2 sekali..jenama alpha di senheng tengah ada promosi kak..
harap membantu.. 🙂
terima kasih ye atas infonya… kena tunggu abg balik hujung bulan nanti
aikkk kenapa saya x dpt view entry ni….terus keluar wedget apesal tu kak jie…
ada je ni….tak pasti kenapa sebab orang lain boleh
Menarik ni. Konsepnya lain dari hotel-hotel biasa.
Dulu tak siap lagi
bila dah siap cantik woo.
Rasanya susr keluar Padang Jawa bukan Kampung Jawa
Seksyen 7 dah dekat sangat dengan rumah saya tu hehe
Seksyen 7 Shah Alam tau… bukan Hamilton, Ontario Canada
Dan dan tu cakap dekat dengan rumah….. hihihi
Kalau sesiap ke Shah Alam, pilihlah hotel ni, sebab lokasi strategik, bilik cantik, puas hati menginap di sini.
Betul betul..sebelum ini tak ada landmark hotel bajet yang ada di shah alam
bila sebut Shah Alam, tak dapat nak masuk dalam map mana satu hotel yang sesuai
harapnya Hotel De ART ini dapat menjadi icon yang sesuai..bila sebut hotel di Shah Alam orang dah boleh gambarkan hotel ini
Team kami pun berpeluang menginap di hotel ini. Simple tapi sangat menarik jangan lepaskan peluang kepada yg singgah Shah Alam.
Memang menarik…lobi tu sangat bertema.