Saya jarang menghubungi TNB kalau bekalan elektrik terputus. Mengharap orang lain yang buat. Kalau semua orang bersikap macam saya, memasing dok menyalahkan TNB padahal TNB tak tau pun elektrik terputus….kan kan kan.
Tetapi semalam saya tergerak hati nak hubungi TNB membuat aduan mengenai bekalan elektrik yang terputus. Saya pernah baca mengenai perkhidmatan SMS TNB Careline ni tetapi tak pernah cuba. Tahu nombornya iaitu 15454.
Cara Nak SMS buat aduan TNB Careline.
Pertama kali SMS, saya hentam saja taip Tiada Bekalan Elektrik dan alamat rumah dan SMS ke 15454. Sekali dapat jawapan suruh taip BD untuk bekalan elektrik , L – untuk aduan kerosakkan lampu jalan dan REG untuk mendaftar. Saya taip BD.
Taip BD dan hantar ke 15454
Sistem akan menghantar alamat mengikut rekod pihak TNB terima aduan sebelumnya. Mungkin kita dari kawasan yang sama. Kalau sama, taip Y dan hantar ke 14545.
Kalau alamat yang diberikan adalah berlainan, taip N , alamat , negeri dan hantar ke 14545.
Selepas menghantar SMS ini, saya ke dapur dan buat kerja-kerja lain. Rupa-rupanya pihak TNB ada membuat pangilan ke telefon saya. Panggilan ke-3 barulah saya dengar dan jawap.
Terkejutlah juga kalau-kalau saya perlu tulis alamat lengkap. Dia cakap tak perlu kerana memang mereka akan membuat panggilan selepas menerima SMS untuk pengesahan.
Lepas buat aduan SMS ke TNB, saya keluar ke kelas.
Sebelum pukul 11 pagi, bekalan elektrik dah ada.
Terima kasih TNB kerana khidmat yang cemerlang ini. Mula-mula tu agak was-was sama ada SMS yang dihantar diambil tindakan atau tidak, tetapi apabila mendengar suara lemak merdu sopan santun dari kakitangan yang menghubungi, rasa tenang dan lega juga walaupun tiada elektrik.
Kalau tak ada bekalan elektrik taip BD , kalau laporan kerosakkan lampu jalan taip L , kalau nak semak status adauan taip SBD, kalau nak mendaftar taip REG,
Saya tak mendaftar, agaknya sebab itu kakitangan TNB buat panggilan untuk pengesahan. Saya nak daftarlah kejap lagi kerana semua SMS ini adalah percuma.
Selain menghantar SMS, kita juga boleh membuat aduan dengan menelefon nombor 15454 tersebut.
Memang saya mempercayai sistem SMS TNB ini.
Bolehla try nanti..kot2 nanti ada catuan elektrik pula…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Ephyra – Semakin Ramai Yang Jatuh Cinta
Assalamualaikum,
Tak pernah pula sms atau telefon…macam orang ramai yang lain jugak kot, dok tunggu orang lain yang mengadu
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Jejaka X5 Itu Kekurangan Zat Anmum
Saya selalu call je, tak pernah SMS.
Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015
Terbaik. Ini antara yang positif saya dengar mengenai tnb 🙂
Jom terjah post menarik dari profhariz ..Aku Usaha Kenapa Perlu Doa Untuk Kurus?
Hehe…tak tau pulak ada khidmat aduan melalui sms ni. Kat Sabah, kita panggil SESB. Kami direct kol SESB bila letrik putus. Memang servis cepat, kalau masalah kecil tapi di KK ni mmg selalu ‘mati karan’. 😀
Jom terjah post menarik dari Ismail N ..SANDAKAN, The Nature City of Malaysia: Land of Diversity and Conservation Part II
mak saudara saya salah seorang daripada pegawai dalam “khidmat pelanggan TNB” tu.
komplen di FB, telefon dan pelbagai lagi medium memang menarik katanya, macam-macam ragam pelanggan…boleh jadi gelak dan boleh jadi marah pun ada.
Jom terjah post menarik dari ejam ..Kepentingan Fungsi Next dan Previous Post Dalam Blog.
pernah juga call 15454 ni cepat juga mereka datang
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Pemain import terkini JDT
Kawasan kami baru je tak de bekalan letrik selama 2 jam tapi telah dimaklumkan lebih awal jadi tak perlu nak buat report.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia