Cerita-cerita tengang outing tak dirancang bersama blogger dan keluarga mereka baru-baru ini, adalah yang bertanya tentang Mee Kari. Baca entri kisahnya di sini – Mangkuk Sia Blogger di Tasik Perdana
Komen yang diterima dari anak-anak sendiri, sedap katanya.
Apa resepi mee kari sedap tu? Jom kita memasak hari ni.
Bahan Mee Kari
- 2 peket mee kuning di rebus. ( kalau jemputan ramai, lebihkan )
Bahan Kuah Mee Kari
- 1 kg ayam dipotong kecil
- 1- 2 kg kerang direbus dan ambil isinya
- 200gm udang ( saya guna udang kulit keras ) – dibersihkan dan kulitnya direbus. Simpan air rebusan untuk kuah
- 4 keping fish cake dipotong sederhana nipis
- 1 peket fish ball dibelah dua.
- 1/2 cawan serbuk kari daging
- 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar
- Garam secukup rasa
Bahan Menumis
- 3 bawang merah hiris nipis
- 2 bawang putih hiris nipis
- halia dihiris nipis
- bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
- Daun kari ( kalau tak ada, jangan risau….mee kari tetap sedap )
- Minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
- Telur direbus
- Sawi dipotong dan direbus
- Taugeh
- Bawang goreng
- Cili merah dipotong nipis
- Daun sup & daun bawang
Cara Masak Mee Kari
- Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
- Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
- Masukkan air rebusan udang.
- Bila mendidih, masukkan kerang, udang , fish cake dan fish ball
- Masukkan ubi keledek yang telah dikisar
- Masukkan garam secukup rasa.
Bab-bab kuah mee kari ni, kena agak-agaknya banyak mana. Kalau mee 2 peket, kuah tu dalam 4 – 5 liter dah cukup kot.
Apa rahsia Mee Kari Mak Long sedap?
Sedap tu subjektif. Rasa sedap setiap orang berbeza. Rahsia mee kari sedap adalah kerana saya letakkan ubi keledek sebagai pemanis dan air rebusan udang. Saya suka gunakan udang yang berkulit keras bukan udang isi putih. Udang kulit keras lebih kuat rasa dan bau udangnya.
Satu lagi rahsia mee kari yang sedap , kena makan bersama kawan-kawan blogger atau saudara mara atau jiran tetangga. Kalau makan seorang tak berapa nak sedap. Cubalah, mesti ada bezanya.
Lokasi kita makan juga menentukan level kesedapan mee kari tersebut.
Dah tau dah rahsia mee kari yang sedap? Kalau dah… apa tunggu lagi, pi la masak….!
Nak buat mi kari ni tak pakai santan ke?
Sy tak pernah buat mee kari guna keledek..nt nk cuba lahh… thanks
saya sendiri adalah peminat mee kari, yang saya suka sudah tentu buatan mak saya sendiri
sedap tu
Pergh…terliur tengok mee kari. my feberet ni. Udang kulit keras ni udang kecik yang orang biasa letak dalam mee goreng tu ke? resepi mee bandung ada tak kak? hehehe
Wawwww! Sungguh menyelerakan…
Kita kat sini telan air liur je,hehehe
kecur air liur tgk gmbr..ptg esok nk kene cari mee kari..hehe
Mee kari kegemaran saya juga
Howdy! I just would like to offer you a huge thumbs up
for the great info you’ve got right here on this post. I am returning to your site for more
soon.
nampak pun dah sedap kak jie…nyummmm
thanks for this recepi..ptg ni nk cuba lahh..hehe
Mee kari pak long takde ker kak G?
Wife saya rajin jgk buatkan saya mee kari..yg penting kena belikan bahan2nya..
kena try ni…tq kak kujie
kalau ada ubi keledek, kuah dia pekatkan…selalunya kita makan mee bandung yang dia orang campurkan ubi keledek…sedap..rasa dia manis..
is is is….mak long ni…..puji diri sendiri…..nak hadiah bakul…he he he
Biasa mama saya buat tak letak ubi keledek kalau saya tak silap.
Dah lama tak makan mee kari.. Lepas ni balik umah, suh mak masak..
wahh sedapnya kak jie..tak ajak pun :'(
wahh…best nyer kak jie…
Kak, bagi resipi mee bandung.. hehe
registerlah gravatar.com
supaya bila komen akan keluar gambar profile macam orang lain
Thanks kak jie berkongsi resepi dari dapur kak jie =)
betul kate kak jie..makan berjemaah biasanya kesedapannya berganda2…
Mee Kari memang faveret dari dulu lagi, suka yang pedas dan kerang banyak
Sampai kat sini bau mee kari hari tu.. hehe
Ya betul makan berjemaah lebih menyelerakan.
mengancam betul mee kari nie..kaler die pun dh nmpk sedap..huhu
Fuh kecur air liur melihat mee kari.
Mee Kari my feberet ni
cuba buat lagi dan kali ini saya ada, mesti kali ni rasanya lebih sedap dan berbeza 🙂
Kalau mee kari saya suka kuah yang pekat sedikit dan telur rebus sebijik
Aina kalau masak mee kari tak ada seafood sebab suami pantang makan seafood, biasanya ayam, fish ball dan fish cake sahaja. Lain kali boleh try letak keledek pulak.
Jun… kak jie syorkan register kat gravatar.com
jadi tiap kali komen ada gambar profile macam orang lain
sedapnya kak jiee…nanti tolong buat kat FA sekali.hehehe
Assalamualaikum,
Bila buat mi udang sedap ni, apa kata kak jie tampal kat blog tarikh dan masa…sesedap rasa kami boleh serbu 😉
tak yah buh asam dg santan ke?