Turun dari gunung kami ke laut…
Pulau Manukan, salah sebuah pulau yang terdapat di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park selain dari Pulau Memutik, Pulau Safi dan Pulau Sulug.
Untuk ke pulau kita perlu menaiki feri lebih kurang 20 minit dengan tambang RM 17 ( termasuk insuran ) dan dikenakan cukai sebanyak RM 6. Sampai di pulau sekali lagi kita akan di kenakan ‘island tax’ sebanyak rm 3 untuk dewasa dan rm 0.50 untuk yang berumur 18 tahun kebawah.
Bot kami bukan yang besar itu… he he he….
Waktu percutian kami bukanlah waktu cuti umum di Malaysia, jadi kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara. Bersama kami adalah pelancong dari London dan Rep. Czech. Perkhidmatan feri yang memuaskan sekali. Kita cuma berjanji bila dan waktu untuk pulang semula ke tanah besar dan mereka akan datang mengambil mengikut masa yang kita ingini selewat²nya jam 5 petang.
Angah sedang merenung masa depan… Jeti Pulau Manukan…. Kami dapat melihat beribu² ekor ikan yang manja dan gedik berkeliaran di bawah jeti…. rasa macam nak terjun menyertainya. Sepanjang laluan di jeti, kami juga dapat melihat batu karang yang berbagai jenis dan bentuk kerana airnya yang jernih dan tenang.
Aktiviti snorkling hanya beberapa meter dari pantai dan memang terdapat banyak batu karang berbagai jenis dan ikan yang berenang² mengelilingi kita. . Intan pun boleh… he he he.
Saya pernah bersnorkling di Pulau Kapas sewaktu
berhoneymoon 16 tahun dulu…. Rasanya
corals di sana lebih baik kalau dibandingkan di Pulau Manukan.
Semua entri tentang percutian di Sabah…
Huk3..sedih..pengalaman kami pergi bulan lepas tidak menggembirakan seperti kak jie..sudah kotor akibat pencemaran/sampah….
Pulau Manukan adalah satu daripada pulau di KK yang saya suka pergi. Setiap kali saya ke KK, saya akan lawati pulau ini dengan Pulau Sapi.
Kujie… kat jeti Pulau Manukan tu boleh mancing tak?
lagi 1 yg kau kata tambang bot RM17 + RM6 tu untuk sekali jalan ke pegi balik?
@mayong, rasanya tk boleh kot..sbb kat situ mcm tempat feri berlepas dan ada kedai2 makan…kawasan komersial .
Tiket tu utk pergi balik…bukan sehala
kasawari – ikan sumer lagi nengok dugong…yg dtg…hahahaha
perghhh cantiknya.. siap snorkeling lagi tu.. dapat tak ikan.. he he
jiji – yeahhh..kakjie sokong..kalau tak cukup tips dan gedik..email je kakjie….boleh kakjie turunkan segala ilmu memikat..memujuk..ha ha ha
neeza – kakjie tak lepas peluang tak…hehehe..tp gambar utk peribadi je la..:p
kena cari kamera canggih tu..
lily – erk..awk tu pun bile nk terbang…
maksu mmg best…!
mama ranggie – tunggu anak2 besar ..baru dia org pandai menikmati dah rasa bercuti…kongsi bersama2…
ita.itu – geram tgok ikan..manja2..tak takut org..dia boleh dtg keliling kita …
umi mia – skrg ni tak mahal sgt ..guna air asia …tak mcm dulu
arin – tunggu anak tu besar sikit..baru best….senang utk kita senang juga utk dia..
kakjie masa anak kecik2 jarang jln jejauh…
pB – cuti mmg sonok..hehehe
ziana – tgok dpn mata lagi terpegun…rasa damai..rasa lapang tgok perkampungan di lereng2 bukit..
muadz – mestilah…dgn tapak itik dgn swimming suit..hahaha…tu arr…..gambo utk koleksi peribadi je…takut korang pengsan ade dugong tepi pantai..hahahaha
cendawanintim – kalau dgn family..tempat bkn alasan…masa2 kita bersama tu yg lebih bermakna..
mz – ye lah…budak2 mcm Intan pun boleh nengok ikan nengok corals… lawa2…gamat pun byk…
combi – tu la… dekat dgn tanah besar..tp oklah..puas ati gak..aku tgh plan nk p Pulau Kapas lak ni…adoilah…. thn ni anak2 tak de yg peksa…ok lah…Thn dpn kena cuti setahun..:p
besssssssssssssss nya kak jieee …. gi pulau manukan ..
syioknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!
😀
geram lak tgk …
Kak Jie tak snorkeling ke?
cantiknya ikan2 tu..
kalau ambik gambar dalam air, mesti lagi cantik kan…
Seriously, today gonna bug hubby to plan our holiday there@!~
seronoknya…ni dah dua blogger cerita pasal trip kat sabah ni…saya ni dari last year plan..tak jugak dapat pergi..bilalah rezeki aku pulak yer…
kak jie, bestnye tgk air ikan jernih tuh..cantik kan kak
happy tgk kak jie bercuti…
seronok sungguh…
tah bilo lah mama lak dpt ke sana…
cantiknyerrr
syokkknye tgk view tuh
🙂
seronok nyer
wah..bila lak turn saya nak sampai sini ye..hehhehehe…cantik view nye!
coral yg cantek kat pulau sipadan..kat sini dah tercemar sbb dekat ngn kg air..setakat nak tgk ikan bole laa.
16 tahun??ntah coral pun dah takde :p
adeh … anak bujang dah pandai termenung ek? 😀
sonok nya aktiviti snorkelling tu ..
Sangat enjoy tengok gambo2 K. Jie cuti2 mesia sepertimana K. Jie enjoy percutian ngan famili nih…
kakjie snorkling tak?..huhuu indahnyaaa permandangan..:)