Kami mendarat di Kota Kinabalu 20 minit lebih awal dari jadual penerbangan dan menaiki teksi ke Sri Borneo Hotel. Selepas makan lewat malam, tiada aktiviti selain melayan bantal…he hehe…
Tips pertama : makanan di sini semua dalam size XL ( rm 5 keatas). Mula² kami masing² order sorang satu, tapi semua tak habis di makan. Agaknya orang Sabah memang makan banyak kot.. jangan marah tau orang Sabah…tapi itulah kenyataannya kerana di Semenanjung makanan dalam size L lingkungan harga RM 3.50 – 4.00.
Ini gambar hari pertama sewaktu pusing² KK dalam perjalanan ke Kundasang dan singgah di Tuaran rumah Combi.
Pemandangan sepanjang jalan di KK dan Kampung Air berdekatan masjid terapung.
Di tepi pantai berhampiran Pasar Filipine
” Hang tengok ni… Ok tak arr…kaler ni…rasa mcm nk pergi lagi la..mcm ade je yg belum beli”
Makcik² ni kalau bersembang sampai ke ceruk dapur non stop! pok pek gelang…kristal..terubukmasin…bla..bla…mutiara…bla…bla…pasar pilipin…. bla..bla.. pasar pilipin …pasar pilipin…hahahaha
Kami tak dapat singgah lama di rumah Combi kerana akan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan melalui Tamparuli dalam suasana kabus dibasahi hujan.
Terimakasih Combi, atas layanan mesra dan makan tengahari yang sangat sedap. Mai nak cop ISO & SIRIM….
Semua entri tentang percutian di Sabah…
lain kali kak jie datang ng sabah inform yer..boleh ngak kita bertemu…
mz – mmg nk p cari tempat sejuk pun..hahahaha
ziana – hahaha..mmg tak henti2…dari mula sampai….dok sembang je..mcm tak abis2..
neeza – tu la, kena bawa surat beranak dan ic…
Kak Jie, kenapa kena bawak surat beranak pulak?
kena guna pasport jugak ke?
amboi…
sakan borak..
rancak!
🙂
berjalan sakan no … mcm sonok jek tp tak sejuk ke jln2 dlm ujan d negeri bawah bayu ?
muadz -maksudnya..kat sana bila kita order nasi lemak ke, mee goreng ke…yg dtg dlm pinggan mcm nk makan 2 org….kat sini satu pinggan tu sorang je makan abis…kat sana banyak…tp harga pun bnyak lah juga.
lily – nnt kakjie wat lawatan ke Kl, kita jumpa erk..hahaha
biasa arr lily..yg dekat2 tu susah nk jumpa..
pertamanya alhamdullilah dah selamat pulang…
amboi conoknyerrrr….. musti mcm2 yang menarik di pasar filipin tuh…
size XL?.. makanan nya macm kat semenanjung?..apa makanan yg kakjie rekomen??…