Hujung minggu lepas saya hadiri jemputan pihak Sony Malaysia ke majlis perlancaran kamera terbaru mereka iaitu Sony Alpha5000.
Bertempat di Carcosa Seri Negara, majlis dimulai tepat jam 2.30 petang Sabtu 15 Februari 2014.
Buat pertama kalinya pihak Sony memilih untuk memperkenalkan produk keluaran terbaru mereka bersama blogger Malaysia. Saya sangat bertuah kerana terpilih untuk berada bersama pasukan Sony dan diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan kamera terbaru yang masih belum berada dipasaran.
Inilah kamera yang diberi pengenalan identiti sebagai Sony Alpha5000 yang akan berada dipasaran Malaysia mulai esok 21 Februari 2014.
Kemunculan Sony Alpha5000 dimulai dengan penerangan daripada Mr. Ishida Masahiko selaku Head of Digital Imaging Sony.
Turut sama dimajlis petang tersebut ialah Sony Manager Director , Mr Kikuo Okura yang memperkenalkan secara rasminya kamera ringan yang membolehkan lensa ditukar dengan mudah iaitu Sony Alpha5000.
Sony Alpha5000 boleh didapati dipasaran dengan pilihan warna hitan, pink dan putih.
Saiz yang comel dengan berat 210g tanpa lensa memberi keselesaan untuk dipegang terutamanya bagi blogger yang sering bergerak samaada sewaktu hadiri majlis di dalam dewan atau acara luar dewan yang aktif.
Ramai rakan-rakan blogger saya yang mempunyai DSLR tetapi akhirnya tersimpan berhabuk di rumah kerana kesukaran membawa kamera bersaiz besar dan berat ke majlis-majlis bersama blogger. Ini kenyataan kerana saya pun seperti itu… ๐
Salah satu fungsi menarik yang memang memikat anak remaja saya ialah kemampuannya untuk bergambar self – portrait atau kata orang muda zaman sekarang “selfie”.
Skrin LCD yang boleh diselaras sehingga 180ยฐ membolehkan kamera mengambil gambar gaya “selfie” dengan mudah. Dibantu oleh saiz mudah genggam dan lebih ringan, ianya cukup selesa walaupun menggunakan sebelah tangan.
Kami “wefie” dengan mudah kerana fungsi self-potrait secara automatik menhidupkan ‘timer’ tanpa perlu sentuh kawalan dengan kiraan 3.
Letak kamera pada kedudukan yang stabil dan terhasillah gambar dengan kualiti gaya profesional hanya dengan kamera bersaiz kecil dan ringan.
Saya bukan blogger fotografi, tetapi dengan Sony Alpha5000 ini dapatlah juga menikmati hasil bidikan taraf amatur dengan puashati.
Korang mesti baca info lengkap di Sony Alpha5000 untuk lebih mengenali kamera ini secara specifik dan sokongan PlayMemories Apps.
Sokongan NFC dan Wi-Fi juga satu kelebihan bagi gadjet zaman sekarang yang membolehkan perkongsian di laman sosial melalui telefon pintar atau tablet dengan lebih mudah.
Ini adalah kami pertama saya berkenalan dengan kamera Sony dan sudah jatuh cinta. Perbezaan yang paling jelas adalah butang mode yang diselaras dengan pilihan sentuhan berada didalam skrin bukan butang yang digerakkan dibahagian atas badan kamera secara fizikal.
Pop-up flash juga berada pada kedudukan yang sesuai dalam binaan yang bijak. Sensor Exmor APS-C HD CMOS 20.1 megapixel cukup sempurna untuk menghasilkan gambar yang cantik bagi amatur blogger seperti saya.
Tak sabar untuk terus bersama Sony Alpha5000 twin lens SEL 1650 hujung minggu ini !ย Untuk maklumat yang lebih lengkap termasuk harga yang ditawarkan, boleh tengok specification di sini –ย Sony Alpha5000
Live Blogging From GT-i9300
Nampaknya, Sony mmg tak mengecewakan peminat fotografi!
“wefie”….istilah baru ni…
Assalamualaikum,
20.1 megapixel?? wow!
Teknologi sangat cepat berkembang…hanya sediakan RM je ๐
macam minat dengan camera ni . tp harga dia mcm boleh beat dengan yg lain ni .
ada idea camera jenis mana yg ok ye ?
dah ade dlm market blom? sy nk beli utk hantaran ๐
Woww bestnya!!
macam nak beli tapi takde ongkos la pula
rasa teringin pulak nak memiliki camera nie…
Menarik.. bkn saja warna dan bentuj tetapi features dia bagus dan mudah
agak-agak..berapakah harganya ye?
Ada kaler pink tak? hehe..
ha ha ha…coloer pink…macam intan,suka pink.
Bagus juga ni cam
Bagus lha tu cam
hoho..nak tunggu kak jie review dulu tengok..oho..mirrorless ke ni camne?nak tengok focusingnya lagi laju ke tak…:D
Dulu2 teringin juga nak beli kamera gedabak tu tapi bila banyak kamera berteknologi moden di pasaran hasrat tu semakin melupus.
Kalau saya dapat peluang akan guna kamera Sony ditahap yang maksima untuk menguji keupayaannya.
Belum guna..tu tak sampai sejam pegang kamera..blm review lagi ni. Ni baru rntri majlis pelancaran blm review produk
harga kamera ni berapa kak jie, saya suka kamera mcm ni yg kompak tetapi kemampuan hampir macam gaya dslr
boleh wifi…pergh..meme boleh terus update instagram dengan gambar yang lebih cun lah.. mcm best je
Rasa alpha5000 dengan Sony QX mana baloi beli bagi kakjie? Janji boleh wefie kan ๐ , Teringin nak ada satu, snap2 post dalam blog, lawa sikit gambar
Ringan tu memang okaylah, tapi harap harganya pun sama
Body sama macam DSLR, susah jugak nak usung sana-sini.
Lebih kecil dan ringan 210gram body dia. Kak jie ada dslr biasa .. yg ni lebih kecil dn ringan.. built in wifi tu sesuai utk live blogging
Sorry kak.. kurang umph gambarnya..
Dah bagitau… kak jie bukan blogger fotografi…amatur tu.
dapat satu ni mmg bestlah !
berapa la harga dia ek kak jie?hehehe.insyaAllah ada rezeki lebih,bole la beli ๐
Klik link ke laman web ada harga dan spec lengkap
terbaiklah gambar dia…
saiz macam nih senang sikit nak usung ke mana sahaja…=)
Mmg… biasa DSLR kita gedabak..nak usung pergi event pun berat. Alih2 keluarkan smartphones je masing2