Hari yang penuh terisi dengan segala macam peristiwa,
Awal pagi tadi, selepas hantar Intan ke sekolah, saya ambil ruang sedikit untuk balik menjenguk mak mertua di kampung. Selepas perjalanan 2 jam setengah, saya dan suami selamat tiba disambut wajah ceria emak yang hari sebelumnya tidak berapa sihat.
Selepas habiskan masa memasak untuk mak dan makan bersama, saya kembali ke ibukota melalui Lebuhraya Latar untuk ke Selayang jumpa seorang kawan lama dan terus ke Gombak menjemput Angah.
Waktu melalui Lebuhraya Latar, kereta bergegar lain macam. Saya cuma cakap ” selalu kereta ini off road, hari ni lalu highway jalan cantik, dia tak biasa nak sesuaikan diri”
Ha ha ha… lawak hambar.
Selepas Lebuhraya Latar dan menghampiri Taman Amansiara, Selayang terasa pergerakan kereta yang tidak stabil. Memang ada masalah pada tayar. Kalau rasa pemanduan tidak stabil dan lain macam saja tu, cara paling selamat adalah berhenti dan buat pemeriksaan kenderaan.
Memang tayar dah pancit dan kempis.
Berhenti di tepi jalan yang rata dan selamat, keluarkan ‘jack’ dan naikkan tayar. Buka ‘wheel cover’ dan buka nut tayar yang pancit tersebut. Simpan nut di tempat yang selamat, jangan campak merata-rata, nanti nak pasang semula.
Jangan lupa pasang lampu kecemasan ( hazard lights ) apalagi bila waktu malam. Memandangkan kawasan ini gelap, saya pasang juga lampu dalam kereta.
Ambil tayar simpanan ( spare tyre ) . Kalau kereta four wheel drive, spare tyre berada di bawah bahagian carrier kereta.
Keluarkan tayar yang pancit dan gantikan dengan tayar simpanan. Cara mudah nak gerakkan tayar yang berat adalah dengan mengolek tayar tersebut.
Kalau saya memang tak terdaya nak angkat tayar sebesar dan seberat ni.
Bila dah pasang tayar baru, pasang semula semua nut yang dikeluarkan tadi. Turunkan semula tayar dan ketatkan semua nut tersebut.
Senang aje nak tukar tayar yang pancit. Lagi senang kalau hanya memerhati macam saya..hihi. Sambil ambil gambar gunakan kamera baru Sony Alpha5000 .
Saya bukan pandai gunakan kamera, tak ada asas pun. Tau petik saja. Tetapi dengan fungsi Superior Auto Low Light, gambar yang terhasil sangat berpuashati.
Ada yang bertanya, berapa harganya? Kalau nak tau baca info rasmi di laman web Sony di sini – Sony α5000
gambarnya jelas walaupun suasananya malam hari.
memang cantik gambar menggunakan camera Sony Alpha5000….clear dan terang pada waktu malam…..
info yg bgs….tp sy mmg x tau tukar tayar.tq kak atas perkongsian pic tu.
Info yang menarik.. Hari tu pernah sekali kena macam ni.. tapi tak tau nak buat.. so, call pomen jer la.. huhuuhu
terbaiklah kak jie!
hilang kejap fokus sbb kagum tgk gambar jelas camni…nak2 gambar last tuh…cantiklah!
Gambar bawah sekali tu nampak pro kak.. hihihi keluar topik.. =)
Sepanjang 7 tahun dok berulang balik Perlis dengan anak2 alhamdulillah belum pernah lagi tayar pancit di highway. Sekali dulu kereta tengah parking kat rumah tengok2 kempis disebabkan suami tengah sakit lutut jadi Aina terpaksa tukar tayar sendiri dan suami jadi mandur. Sekurang-kurangnya Aina ada pengetahuan cara2 tukar tayar utk masa2 kecemasan.
tips bagus ni kak…nanti boleh suh ayah buat camni jugak 😉
kalau kena sorang2 time malam pulak..agak seram jugak tu..hahahaha
Di Langkawi saya selalu tukar tayar. Lebih2 lg pada musim cuti sekolah. sbbnyar ramai org masuk langkawi.
kene belaja dulu cara nak tukar tayar
hebat
kalau denagn suami sama..Alhamdulillah.. 🙂
Kalau sensorang..mau nangis tepi jalan tu jugak…
hehe berjaya akhirnya 🙂
Amboi.. besonye tayar kete kak jie.. nsib i pakai kancil je.. huhu.. anyway thanks for the tips, klu payah pnggil peronde je.. huhu
Pernah mengamali tayar flat siang hari, kalau malam tak tau lah.. tapi for lady drivers di kl ni rasanya .. tukar tayar tepi jalan takut pulak betul ke org nak tolong. saya hanya duduk lam kereta and called mechanic.. Kalau malam takut nya akan lebih lah..
Terima kasih di atas tips di atas.
gambar nampak cantik guna kamera ni….
wah bagus ni..utk anak isteri dan org tersayang..hati hati wktu mlm…bnyk perkara mkin kerap berlaku tanpa diduga skrg…
kalau tayar pancit kat lebuhraya PLUS. boleh call PLUS helpline. nanti dia akan datang bantu.
terima kasih atas info yang amat berguna ini 🙂 semoga kita sentiasa bersedia di manakita berada
wah,terima kasih atas tips ini,susah juga kalau malam2 tayar pancit kan,lain laaa kalau ada abg hensem nak tolong kan…huhu…
Waduh. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Masa malam memang susah sedikit sebab kurang cahaya. Itu yg penting makcik tunjuk penggunaan cahaya untuk buat benda ni.
Salam Kak Kujie, post yang bagus. Dapat ingatkan kita semua perlunya check tyre spare juga sebelum jalan jauh. 🙂
Thanks yea kak jie atas nasihat dan peringatan.
hoho..bahaya jugak ye kalau jalan malam tak prepare.. ni kene prepare sebelum kena ni..thanks kak jie atas nasihat dan peringatan berguna ni
x pernah tukar seumur hidup huhuhu
Setakat ni kalau jalan jauh belum pernah lagi terjadi apa2 masalah pada tayar..harap2 rekod ni akan terus kekal..
Dan lepas baca artikel ni dan komennya, rasanya dah boleh jadi panduan kalau jadi apa2 nanti..kalau di kawasan yang kita tak yakin akan tahap keselamatan, baik call mintak bantuan..
** Untung Kak Jie dapat peluang test kamera baru.. 🙂
Kalau jalan sempit, saya tak berani nak tukar tayar.
Sebelum jadi apa-apa, baik call peronda ja. 🙂
Tidak berani tukar di tepi lebuh raya kecuali kalau terpaksa. Sebelum pernah berlaku minta bantuan dari Plus Ronda.
Kena berhati2 tukar pada waktu malam ni
tak boleh cari makan dah kaki foto pro macam ni …tu lah teknologi boleh mengalahkan kepakaran ..hebattt
yaaa, baru saya perasan yang gambar ni diambil didalam keadaan gelap, tp gambar still nampak jelas, memang terbaiklah kamera ni
jeles betei tengok gambar acik ni kan…