Pasir Kucing Terbaik Dan Murah
Kucing

Pasir Kucing Terbaik Dan Murah

pasir kucing tidy cats

Kalau orang bandar bela kucing, pasir kucing ( cat litter ) memang termasuk dalam senarai barang yang diperlukan. Mula-mula saya buat keputusan untuk bela kucing, mula terfikir macam mana nak uruskan hal ini. Maklum rumah kita tertutup rapat, tak ada jalan atau lubang untuk dia keluar waktu diperlukan.

Kalau kat kampung, ayah buatkan satu lubang kat pintu dapur untuk kucing keluar masuk.

Ada berbagai jenis pasir untuk kucing yang dijual   Bagi yang baru nak bela kucing, agak pening juga nak beli pasir kucing yang terbaik dari pelbagai  jenis  yang terdapat dipasaran.

Pasir kucing yang saya gunakan adalah jenama Purina, Tidy Cats warba merah. Kat Tesco ada jual  2 jenis pasir kucing dari jenama ini.

  • Warna merah – Purina Tidy Cats 24/7 performance
  • Warna hijau – Purina Tidy Cats Breathe Easy

Saya bukan jenis nak pening-pening kepala nak fikirkan bab pasir kucing si Julie.  Beli saya yang dah rasa sesuai, pengalaman orang berbeza, kan.

Saya pernah guna pasir kucing jenis kristal, saya tak suka jenis ni. Bila kena air dia melekat bergumpal.  Ada orang gunakan  jenis wood litter.

Harga pasir kucing Tidy Cats ini RM 12.90 ( 4.54kg ) lebih murah dari jenis kristal yang saya beli masa kali pertama bela kucing.  Belajar dari pengalaman, namanya.

Saya biasa bawa kucing balik kampung atau bercuti, jadi pasir kucing tu perlu dibawa bersama untuk mengelak dia ‘blur’ dan ‘stress’ di tempat baru.

Untuk saya yang ada di rumah 24 jam dan rumah ada ruang tanah dan taman yang pintu setiasa terbuka dengan sistem pengudaraan yang elok, masalah pasir kucing ini bukanlah perlu sangat.   Boleh saja gunakan pasir biasa dan diganti tiap hari atau letak saja kertas cincang ( shredded paper ).

Guna surat khabar lama pun boleh… tapi masalahnya, dah bertahun tak beli suratkhabar. 🙂

Nota :  Saya dah jumpa , kedai runcit dekat rumah jual Tidy Cats ni dengan harga lebih murah – RM 10.80 !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Pasir Kucing Terbaik Dan Murah

  1. sy dlu penah pakai ni then tukar pada jenis wood sbb kurang bau..tp stress la sbb asyik kna sapu n mop..
    apa saje untuk meow2 ku syg..~~

  2. Kak boleh nak tau mana akak dpt harga psir kucing rm10.80 tu? saya nak beli banyak utk di sumbangkan kepada rumah perlindungan kucing.. terima kasih… boleh email kan jwpn pertanyaan saya nie.. thanks

    1. Bantu la saya jugak…saya ada 8ekor kucing,,,tiap2 bulan mmg xckup duit…sampai tgh bulan msti kne pnjam duit nk survive hidup..hampir rm200 kne spend untuk kucing.mkanan n pasir sahaje..tu pun bli makanan jenama tesco je yang saya boleh bli.klau nak g vet untuk cek ksihatan depa mmg x la..

      1. Klau sesapa nak bantu saya,saya terima…ada la jugak pikir nak bagi dekat org,,,tp ada orang nak kucing yang baby sahaje…kesian pulak dekat dorang kne berpisah…

  3. Saya pakai brand Catsan. Dulu pernah pakai brand Purina ni. Tapi lepas jumpa Catsan dah tak berpatah balik, kecuali terpaksa (bila takde stok). Harga lebih kurang je.

  4. dulu sy pakai wood litter tapi bila dah ramai kat umah ni… bersepah habuk kayu tu… memang takde bau tapi jenuh nak bersihkan bila bersepah. baru2 ni saya jumpa litter dari kertas. bentuk sama macam wood pallet tapi lagi bagus sebab takde habuk bersepah… harga n kapasiti lebih kurang wood litter.. mmg terus tukarla.. sebenarnya bela kucing ni mmg pening pikir pasal pasir.. T_T

Comments are closed.