Impian Seorang Makcik Kopite Ulu Yam di Liverpool
Peribadi

Impian Seorang Makcik Kopite Ulu Yam di Liverpool

ulu yam di liverpool

Saya pergi pasar pagi Batang Kali hari ni, seperti biasa.

Dalam perjalanan balik, lalu tepi kedai baju, belakang carwash untuk ke tempat letak kereta di belakang Petronas. Lalu tepi kedai jahit, ternampak beberapa buah buku Ulu Yam di Liverpool diatas meja. Mesti jualan istimewa ni sebab buku dijual di kedai jahit.

Saya biasa beli buku online dan kerap membelek rak buku di MPH Online. Minggu lepas buku ini berada ditempat ke 4 bestsellers untuk kategori tempatan non- fiction.

Kebetulan yang manis kerana sepanjang perjalanan ke pasar tadi, saya mendengar penulis buku Ulu Yam di Liverpool ini , Nazali Noor sedang ditemui bual di Suria FM.  Tiba-tiba ternampak buku beliau di kedai jahit.

Ulang siaran, kedai jahit!

Awek juru jual agak terpinga-pinga atau tak menduga seorang makcik lewat 40’an akan membeli buku ini. Mungkin sasaran kepada kaki bola penyokong tegar Liverpool.

14 Julai 2011 saya dam keluarga antara ribuan penyokong Liverpool yang berada di Stadium Bukit Jalil sempena Liverpool Asia Tour 2011 – Training Session dan Perlawanan Liverpool – Malaysia sewaktu Liverpool Asia Tour 2011

penyokong liverpool

Awek comel cakap ” Penulis ni pakcik saya… semalam dia ada di sini.  Hari ni dah nak balik UK”

Saya senyum saja… sambil terima baki 10 sen.

Balik rumah, on komputer dan saya follow Facebook dan Twitter penulis buku Ulu Yam di Liverpool seorang Pensyarah Kanan John Moores University.

Salam kenal Liverpudlian dari makcik Kopite Serendah!

Nota : Buku ini bukan berkisar tengan bola. Buku ini adalah cerita kehidupan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Impian Seorang Makcik Kopite Ulu Yam di Liverpool

  1. minggu lepas ada buat lawatan ke karangkraf di shah alam, buku yang sama juga di beli semasa lawatan tersebut. sebuah buku yang boleh memotivasikan diri bagi orang yang biasa-biasa aje 🙂

    1. kan.. tak berapa suka nak baca kisah yang dicipta…pengalaman orang kekadang ada bersamaan dgn kita..kadang2 kita pun tersenyum sendiri bila kena batang hidung

  2. Wah.. dah dapat buku ni.
    Saya terbaca tentang buku ini dalam fb Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau melancarkannya di MPH.

    Nanti kak jie review lah ye…

    1. ada juga nampak kat facebook
      kebetulan dalam perjalan ke pasar pagi tu ada kat radio
      terjumpa pula kat kedai jahit..mmg berjodoh kami ni

  3. antara naskah yang ingin dimiliki… tak sangka pula, buku ini ada di kedai jahit.. macam-macam ada, dekat batang kali tu ye kak jie… 🙂

  4. tak sangka makcik ni peminat liverpool.
    kalau saya maaf ler memang tak ambil tahu hal2 bola ni…hehe

    ada ambil nombor telefon awek comel tu tak? hehe

    1. rahsia bahagian rumahtanggan juga ni ejam

      ikut serta minat suami selagi tdak bercanggah dengan agama dan adat

      ikut suami pergi stadium dgn anak2..salah satu cara membina hubungan yang kukuh bersandarkan minat bersama keluarga.

      1. Bismillah.. Liverpool mmg terkenal dgn bolasepak sejak dulu.. Tapi buku ni lebih berkisar impian orang biasa2 spt anda semua mengejar impian dgn pelbagai rintangan.. Dlm masa yg sama terus cipta satu demi satu impian disamping meMASYURkan kampung Ulu Yam, negeri Selangor & negara Malaysia di sana.. Pasti nya bawa jua ciri2 insan Muslim sebenar agar ‘non Muslim’ tertarik dgn agama yg Allah SWT redhai ini, In Shaa ALLAH – Toklang

Comments are closed.