Harga Sepasang Angsa
Pengetahuan Am

Harga Sepasang Angsa

harga anak angsa

Saya suka pergi pasar pagi. Kadang-kadang tak ada tujuan nak beli apa, tengok-tengok dulu, katanya. Alib-alih barang kiri kanan tangan juga dijinjing.

MInggu yang saya beli ikan puyu ( baca di sini – Beli Ikan Puyu ) saya jalan tiap simpang. Tengok orang jual bunga, jual buah, jual ikan sungai selain barangan biasa lain.

Kemudian terjumpa orang jual anak itik dan anak angsa.

Saja-saja tanya bukan nak beli pun… harga sepasang angsa kelabu RM 180.

Wah….! mahal juga , kan.  Serius saya tak tahu pun pasaran harga angsa.

dikejar angsa

Biasanya kes orang yang kena kejar dengan itik angsa… ini angsa pun lari dikejar Intan. Gambar beberapa tahun dulu.

harga petai

Petai pun mahal sekarang.  Seikat 6 keping petai berharga RM 10.00.

Siapa ada bela angsa?

Mesti meriahkan… kalau ada orang datang, alarm bunyi sekampung tu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Harga Sepasang Angsa

  1. sapa2 lalu kuala pilah boleh la singgah area tanjong ipoh sampai ke ulu bendul.petai kat sini ada yang murah ada yang mahal.pandai2 la memilih tp jgn sampai kena tipu dengan penjual sudah la.bukan setakat petai je benda lain pun ada.klu ada yang masuk kg talang dkt masjid tuan tulis boleh la singgah rumah saya kat sana (sy ajak singgah rumah je ni takde promote jualan apekendapun)

  2. Dulu Jiran sekampung ada bela..nak lalu ke laman rumah arwah atuk memang kena lalu depan rumah dia….terussssss….x cukup kaki lari bila kena kejar….muahahahahaha

  3. dulu-dulu pernah bela angsa di kampung….then masa buat kenduri terus kendurikan sekali angsa-angsa tu…meriah kalau kena kejar dengan angsa……
    nasib baik kat kampung saya ada tanam pokok petai….harga petai tu sememangnya mahal……

    1. tanam pokok petai pun tak dpt hasil.tinggi melanggit tp tak berbuah.atuk sedara tanam org lain sapu

    1. telur angsa ni hanyir sgt sbb dulu ada jgk mkn telur angsa ni.mmg hanyir sgt2 tp tekak org aku tak tahu la tp mmg aku muntah lepas makan telur tu.

  4. mungkin ada pembaca yg mencari harga angsa tersesat di blog ni sebelum ini .. ni hanya firasat sahaja tapi pasti selepas ini yg cari harga petai pun akan datang sini.

      1. minat jgk nak bela itik angsa tp mahal sgt2 la.sudah2 bela itik putih biasa dpt jgk telur tp tak larat sbb asyik nak melantak je kerjanye

  5. Petai ni, di Kota Bharu pun mahal. Kecuali kalau beli di pasar borong RTC di Tunjong. Pagi-pagi boleh dapat RM10 untuk 10 papan. Kena dgn waktu yg baik, boleh dapat harga borong terus dari tokey besar. Boleh buat petai jeruk jugak hahaa

  6. Mak saya ada bela angsa sepasang. Sekarang nie dah ada anak pulak. Angsa memang meriah kalau ada orang datang. Tapi angsa mak saya nie garang. Tuan dia nak kasi makan pun dia gigit sampai lebam-lebam.

    1. angsa ni macam guard kat rumah , kan…. tetiba rindu nak dengar bunyi angsa
      kalau angsa tu dah rendahkan kepala…mmg jenis nak lari laju lah tu…hahaha

    2. Pernah kena skali tah sapa2 punya itik angsa terlepas kat ulu bendul k.pilah.aku ingatkan manja ke apa angsa ni hulur2 la tangan skali dia pintal tangan aku kat situ2 jgk,lebam seminggu tp sempat jgk aku flying kick angsa tu

Comments are closed.