Kenapa Kucing Makan Rumput
Kucing

Kenapa Kucing Makan Rumput

petua kucing muntah
Rutin harian saya bersama Julie sejak 4 bulan dibela.

Kalau saya lewat buka pintu bilik, dia akan mengetuk sambil melompat melanggar dirinya ke pintu. Bila di buka, Julie biasanya akan duduk di hujung sejadah sehingga saya selesai solat. Kalau saya tak keluar, baring semula atau membelek telefon, dia akan kuis dan usik sehinggalah saya buka pintu dah keluar.

Rutin kami setiap pagi, keluar rumah dan duduk di taman sambil beri ikan makan. Waktu ini Julie akan melompat dari satu batu ke satu batu sambil menjilat air embun dan makan beberapa helai rumput.

petua kucing

Walaupun rumput di halaman basah dan taman masih lembab, Julie pun tak kisah. Julie bukan kucing bandar yang perlu grooming jaga penampilan..hehehe

Hari ini saya nampak Julie muntah selepas makan beberapa helai rumput.  Orang-orang tua kata, kucing makan rumput untuk dimuntahkan semula bagi mengeluarkan bulu-bulu yang tertelan sewaktu dia menjilat dirinya. Kucing kan suka membersihkan diri. Lidah kucing ada sisir halus seperti sikat.

Pandainya kucing. Tak perlu Google atau diajar makbapa pun dah boleh tahu cara dan petua untuk kesihatan diri.

Kalau kucing yang tak berpeluang menjejak tanah dan makan rumput, gumpalan rambut yang terkumpul di dalam perut yang dipanggil ‘hairball’ boleh menganggu sistem penghadaman. Kalau tak salah, ada rumput untuk ditanam yang dipanggil Pet Grass dijual dipasaran. Rumput organik yang ditanam dari biji benih tanpa perlukan tanah.

Saya tak gunakan racun untuk taman, jadi tak risau kalau Julie makan rumput untuk kebersihan perutnya.  Lagi pun Julie bukan jenis kucing berbulu panjang dan lebat, bukan kucing high maintenance.

Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Kenapa Kucing Makan Rumput

  1. Ya betul Kak Jie, kucing saya (comel) pun bila buka pintu terus ke luar pergi ke rumput di depan rumah. Terus memakan rumput di situ. Sekarang baru saya tahu kenapa kucing makan rumput.

  2. Baru je borak ngan member pasal kucing makan rumput ni.. hehe..
    Dulu saya ada tgk/baca recana pasal kucing makan rumput ni.. lupa dah kat mana.. depa kata sebab nak memuntahkan lah.. kucing2 saya kat kampung pun macam ni.. dahla muntah merata.. tsk3..
    tapi kekadang kucing ni pandai juga cari ubat.. makan daun2 pelik kalau diorang sakit.. dulu ada sekor kucing saya suka makan petai.. huhu..

  3. assalam..
    kdg2 kucing makan daun2 terpilih, bukan jer rumput..
    kebanyakn haiwan karnivor tidak laa 100% pemakan daging..
    hanya spesis ular jer yg 100% karnivor..

    *off topik* istilah zaman dolu2:
    • karnivor = ‘maging’
    • herbivor = ‘maun’
    #LOL

Comments are closed.