Abaikan tarikh yang tak sama – belum setting.
Awal minggu lepas saya terima 2 telefon untuk digunakan sebagai perbandingan sebelum dibuat review. Smartphone yang saya terima adalah Ninetology U9Z1 dan LG Optimus G Pro. Seronok juga sebab saya sudah terlalu biasa dengan Samsung. Bila dapat kedua-dua telefon yang berbeza, penilaian kita tidak tergugat dengan kebiasaan yang selalu kita guna.
Jom tengok spec kedua telefon tersebut:
PERKARA | LG OPTIMUS G PRO | NINETOLOGY U9Z1) |
---|---|---|
Harga | RM 1980 | RM 1199 |
Skrin | 5.5″ | 5.7″ |
Os | Android 4.1 | Android 4.2 |
Dimensions | 150.2 x 76.1 x 9.4 mm | 161 x 82.5 x 9.3 mm |
Weight | 172 g | 191g |
Resolution | 1080 x 1920 pixels | 1280 x 720 HD |
Kapasiti Bateri | 3140 mAh | 2600 mAh |
Kamera | 13 megapixel/ 2.1MP | 12 Megapixel/ 5 MP |
RAM | 32GB + 2GB | 16GB Rom + 1GB RAM |
Processor | Quad core, 1700 MHz, Krait 300 | Quad-core 1.2 GHz |
Screen Color | IPS LCD | IPS HD |
Lain-lain | – | Corning Gorilla Glass 2 |
Kalau dilihat dari specs , sudah tentu LG Optimus G Pro mempunyai kelebihan dari sudut kecekapan dan kelajuan capaian. Tetapi kepada pengguna bukan hardcore seperti wanita berusia seperti saya, U9Z1 sudah cukup memadai.
Keperluan setiap orang berbeza bergantung kepada lingkungan umur.
Power Control Widget U9Z1 menggunakan sistem quick setting panel. Bila buka aje, tiap panel jelas dan tenang untuk kita pilih bagi mengaktifkan sesuatu fungsi kegunaan. User-friendly untuk wanita seusia saya.
Butang ‘back’ LG Optimus G Plus berada di sebelah kiri, sesuatu yang sukar dicapai bagi pengguna kidal.
Skrin yang lebih besar ini memudah saya nak hang-out dengan anak-anak. Puas dapat tengok wajah walau pun duduk berjauhan. Kapasiti kamera depan 5 Megapixel boleh nampak jerawat dengan jelas.
Saya sekarang memang buat video call saja, anak-anak tak boleh nak menyorok.
Hah! tu muka baru bangun tidur, dah pukul berapa ni baru nak bangun? Rambut dah panjang tu, bila nak potong.. bla… bla… bla….. tu jerawat tepi hidung tu , tidur tak cuci muka le tu…. bla..bla…bla… pencuci muka yang mama beli tak guna la tu..bla..bla….” Skrip default mak-mak!
Skrin yang selesa untuk update blog. Makcik blogger macam saya mesti nak selalu buat live blogging melalui telefon. Tak boleh guna alasan jari gemuk lagi kalau dah kerap typo!
Bila surf pun terang. Baca cara memasak selepas mencari resepi sesambil mengoreng sayur pun boleh. Nampak gambar cantik macam tu, boleh datangkan mood untuk memasak.
Senang nak baca news melalui Google Current – cuma perlu slide dari tepi saja untuk buka page baru…tak perlu nak scroll down
Ada satu yang saya tak berapa berkenan. Telefon ini berwarna putih, skrin hitam menyebabkan keluasan skrin nampak kecik. Kalau semua badan telefon berwarna hitam, skrin akan nampak luas. Ilusi optik.
Walaupun harga telefon Ninetology U9Z1 ini dalam lingungan mampu milik, smartphone ini juga mempunyai gaya teknologi masa kini iaitu Near field communication (NFC) dan boleh mengecas telefon melalui wifi.
Kalau nak spec yang tinggi, kenalah bayar lebih. Dengan harga yang ditawarkan oleh U9Z1, smartphone ini sudah cukup memadai untuk kegunaan wanita lingkungan umur seperti saya. Boleh masukkan telefon ini kedalam senarai hadian kepada ibu sempena harijadi atau hari ulangtahun perkahwinan ibubapa.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui maklumat dan informasi terkini mengenai produk Ninetology, kunjungi laman web Ninetology di http://www.ninetology.com
Huhuhu tengok harga hp ninetology u9z1 ni pun ok jugak.
nampak lebih menarik daripada android biasa ..
lebih elegen dan penuh dengan spesifikasi yang masa kini
Harga mampu milik ninetology u9Zi ni. Bagi yg pendapatan sederhana dan ingin merasai menggunakan smartphone kelas pertengahan aku rasa u9zi adalah pilihan bijak.
Skrin IPS HD dan Gorilla Screen sudah tentu memberikan paparan gambar yang tajam dan jelas. Tidak perlu bimbang skrin calar kerana Gorilla Screen sudah semesti kalis calar sederhana.
wah… terpikatlah sy tengok ninetology tu… best baca review dari kak Ku Jie ni. Saya belajar dari sini juga. Sy mak budak baru nak belajar review produk… haha
Kalau amanz.my punya review ni 😆
Lawa jugak ye design dia. Ni kira brand Malaysia ke
Konsep blog berbeza… tak boleh review mcm dia. Tak original dah kalau ubah cara.
Audience kak jie mcm ni… audience amanz golongan lain… org hi tech depa tu.
Nampaknya Ninetology ni giat pasarkan telefon baru dia. Cuma satu je, namanya susah sikit nak sebut dan kurang catchy. Kalaulah namanya lebih senang disebut, senang sikit orang ingat, apapun satu perkembangan yang baik terutamanya bagi pengeluar tempatan. Harap ada tablet yg power-power pula lepas ni dari syarikat tempatan.
erm..macam nak kena amek je minggu depan ni..ehem..tergoda ngan Alcatel baru tu..ape namanya tah..nk comparekan dengan yang ni..kena pegang dulu tengok..
Kena pegang sendiri baru tau sesuai ikut keperluan masing2
Dah siap lah kak ji punya n3. Heeeee….
Saya semua gambar file nine n sony hilang terdelete.. tgh usha google punya gambat jer.. adehhhh
Lor… payah tu nak cari gambar… kena lebih fokus kt isi content lah kalau gambar tak ada
Berat tuuu
nampak gaya berbaloi kalau beli telephone u9 ni….
tak kisah lah apa brand, tapi kalau skrin besar mcm ni mmg ramai suka. Lagi murah lagi bagus. Cuma brand nine ni perlu lebih promo kat tv, baru orang nampak.
Bukan orang lain… dlm keluarga sendiri pun tak tau ada brand ni
Harga dibawah rm 1200 dengan teknologi smartphone ni dah ok.
nampak menarik pada smartphone ninetology U9….saya suka yang ini….
macam s3 yang saya punya… cuma skrin lebih besar
bila biasa guna yang kecik, dapat yang besar macam ni rasa puas nak online
maklum dah tua ni, rabun sikit… hihi
Aina pun sedang pertimbangkan antara Ninetology dan Samsung bagi menggantikan hp Samsung sedia ada suami almaklumlah dia juga kategori org lama jadi nak beli yg sesuai dgn umur dan kegunaan dia.
Pada saya kelajuan pun penting gak, tapi kira oklah smartphone U9 ni
review ni dari makcik umur 40’an
laju tera mana lah makcik nak surf internet tu, biasanya nak hang out dengan anak-anak atau sekarang ni main facebook.
kalau untuk remaja atau lelaki yang main game, tengok movie, youtube, dia kena cari spec yang berbeza.
sudah tentu harga pun berbeza
hahaha..kak jie..tang jari gemok tu yg penting.. 😛
korang muda remaja, slim lagi tak apa lah.. hahaha
selalu kena bahan kalau typo
tengok semalam tu.. sunway jadi sunday…membahan je keje dia orang tu 🙂
hahaha..meme la kak jie…rindu nak sembang2 dgn kak jie lagi 🙁
kaiju? as in 怪獣 dalam cerita ultraman ke? hahaha…
ha ha ha Pacific Rim
wah murah hp tu. buatan malaysia, mcm CSL dulu.
kalau 2 sim lagi bagus
memang ada 2 sim, lupa kak jie nak mention
makcik makcik pun kira A la sebab tau gak pasal gadjet ni daripada saya..tau pakai jer..huhu
Nampaknya, produk Ninetology tak mengecewakan =)
Default skrip…hehehe
semua smartphone berguna bergantung kepada untuk apa kita gunakan dia
ada org beli yang spec tinggi tapi tak guna pun..bayar mahal² saja
Setuju tu…
Beli mahal2 tp tak guna sepenuhnya, mmg rugi…hehe
Jadi, belilah ikut keperluan, bukan ikut org….hoho
p.s – terima kasih kak jie buka peluang yg sama pd saya
Dyh belajar sesuatu dari entry nih..
🙂
dayah nampak ada…eee… seram pula
cara review yang baik.
penyampaian santai. pengisian sampai
dayah jenis benci baca entry maklumat *dasar malas menuntut ilmu haha
tapi entry akak berjaya buat dayah baca.
nak dengki lah dengan akak.. hekhek..
(harap one day dayah dapat menulis sebaik ini)
hah dayah ni, suspen aje..apalah yang dia ‘sesuatu’ tu
bila buat review..kak jie tulis berdasarkan diri sendiri…blog sendiri, kefahaman sendiri…orang lain mungkin akan tulis sesuatu yang berbentuk teknikal kalau itu kepakaran dia…
tapi kak jie mmg blogger mak mak..so kehidupan mak mak lah yang kak jie tulis.
itu juga satu kelebihan kerana selalu smartphone disasarkan kepada orang muda sedangkan ramai golongan mak mak ni juga nak guna smartphone.
Antara dua2 ni saya lagi minat LG..hehe
anak kak jie pun sama… budak muda lebih tech
Saya setuju dengan kak jie sebab sebelum ni pun pakai nine memang tak ada problem.