Rezeki Instagram Obor-obor Sarawak Sedap
Pengetahuan Am

Rezeki Instagram Obor-obor Sarawak Sedap

Obor-obor boleh dimakan ke?  Obor- obor halal ke?

Inilah soalan yang ramai orang akan fikir bila saya cakap, saya baru makan obor-obor.   Saya makan berpandukan dalil  seperti  ayat al-Quran seperti di bawah , cuma saya tak makan sate obor-obor yang selalu orang jual di pulau² perlancongan kerana was-was.

“Dihalalkan bagi kalian binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut”. (Al-Qur’an Surat Al-Ma`idah: 96)

Semua haiwan laut  hukumnya halal dimakan, kecuali jika ianya berbisa dan memudaratkan kesihatan manusia. bukan semua obor-obor berbisa yang boleh membunuh dan ada bahagian yang boleh dibuang bisanya.

Lagi satu cara,  kita lihat adakah obor-obor hidup dua alam? Kalau bukan hidup dua alam, boleh dimakan. Filem Dua Alam saya tak tau… hikhik

rasa obor-obor sedap

Petang Sabtu sambil melayan Instagram ( Id saya : kujieins – klik sini Instagram ) nampak Tasneem post gambar dia makan obor-obor.  Katanya obor-obor dari Sarawak.  Saya pergi Sarawak bulan Ogos lepas pun tak terfikir nak cari benda ni.

Beberapa minit selepas sesi membalas message di Instagram, obor-obor pun melentuk liuk muncul di depan pintu rumah.  Tasneem ini kawan Angah, anak guru Angah, jiran kami yang saya kenal keluarganya yang sedang bercuti.  Kami adalah jiran instagrammer.  Insya Allah dia akan kembali ke Alexandria University, Mesir pada 24 Oktober nanti.

Terima kasih Tasneem, moga selamat kembali menyambut pelajaran di Mesir . Sama-samalah kita mendoakan semoga dia terpelihara dan selamat di Mesir nanti.

Maklumat dari laman web Institute Penyelidikan Perikanan (Fisheries Research Institute http://www.fri.gov.my/ )

Musim pendaratan obor-obor putih  di antara bulan Mac dan Jun, manakala obor-obor merah ialah antara bulan Oktober dan Disember. Terdapat 3 spesis obor-obor dominan di Sarawak, antaranya ialah :-

  1. Lobonema smithii (spesis obor-obor putih) – merupakan obor-obor yang terbesar di Malaysia dengan berat purata 10 -15 kg/ekor.
  2. Rhopilema esculenta (spesis obor-obor merah)
  3. Mastigias papua
obor-obor buat umai
Gambar : Borneopost.com

Kebanyakan obor-obor yang didapati terdampar di pesisiran pantai adalah dari jenis obor-obor putih, manakala  obor-obor yang berwarna kemerah-merahan pula hanya  didapati di persekitaran perairan yang agak dalam.

Bahagian kaki obor-obor akan diambil kerana lebih tahan lama jika disimpan  manakala bahagian kepala yang berbentuk bulat atau seperti payung akan dibuang.  Untuk mengelakkan dari sengatan bisa obor-obor, pengutip  tak ambil obor-obor yang masih hidup kecuali menggunakan sarung tangan.

Bila dah dikumpulkan, obor-obor akan dicuci menggunakan air laut itu sendiri bagi membersihkannya dari kotoran seperti pasir. Tak boleh dicuci menggunakan air biasa kerana air laut akan membuatkan obor-obor lebih tahan dan tidak mencair sebelum ia matang untuk dimakan.

obor-obor sarawak
Gambar : Borneo Post

Selepas obor-obor  dicuci, ia disimpan selepas dicampur dengan garam  tawas. Obor-obor yang telah siap diberikan garam tawas  akan dibiarkan semalaman dalam bekas,  kemudian ia dicuci semula dengan lebihan air garam yang terdapat pada bekas menyimpan tadi dan dicampur garam yang baru sebelum disimpan didalam bekas yang lain.

Kemudian barulah obor-obor terbabit boleh dihidangkan.

Maklumat dan gambar di atas dari rencana Borneo Post , mari tengok obor-obor Sarawak saya pula.

obor-obor sarawak sedap
Satu set obor-obor bersama sambal dan kacang tanah ini berharga RM 4.  Saya diberikan percuma…. rezeki dari Allah melalui Instagram …hihi

obor-obor sarawak sedap Cara nak makan obor-obor.

Rendan sekejap di dalam air mendidih dan toskan. Cicah sos yang disediakan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Rasa obor-obor?

Kenyal macam sotong dan masin air laut.  Kata orang obor-obor juga boleh dibuat umai.

Nota :  Saya tak suka tunjukkan makanan di Instagram atas faktor agama dan adat tetapi ianya boleh diterima sekiranya gambar makanan exotic  yang jarang ditemui dengan tujuan pemberitahuan dan menambahkan ilmu pengetahuan am.  Kalau sekadar nak tunjuk hidangan apa yang dimakan hari-hari, pendapat saya itu tak berapa manis dari sudut adat.  Agak berlebihan disitu bukan bersederhana.  Sebenarnya agama pun tak bagi kan… kan…. tapi kerana kebebasan dunia tanpa sempadan, tiap orang akan rasa dia bebas untuk buat apa saja.

Ini pendapat peribadi saya, kita ada T&C memasing² .  Saya berpegang dengan kepercayaan saya dan orang lain ikutlah berpandukan dalil kepercayaan masing-masing.  Jangan sentap pula dengan kepercayaan saya.  Saya tak usik wall orang, instagram orang atau blog orang… ini blog saya, saya luah saja di sini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Rezeki Instagram Obor-obor Sarawak Sedap

  1. Terima kasih krn membeli umai cecah obor2 merah…umai dlm gambar d atas saya yg buat.mungkin rasa sambal kurang sedap wkt anda merasanya.sekarang sy dah ubah sedikit rasa sambal itu atas pelanggan yg meminati umai cecah.

  2. obor2 ni bermusim. dulu, tahun 70an 80an, di pantai sebelah penang byk nelayan tangkap, guna galah pjg hujung besi bercakuk mata dua. kalau di laut lagi, airnya bisa, kena kulit blh gatal2.

  3. umbut pisang pun dayah tak dapat carik lagi..
    la nih diperkenalkan dengan obor bor pulak..
    sobsobsob..

    nak pi stalk ig kak jie..
    nak pi stalk jiran ig kak jie..

  4. Rasanya pernah makan obor2 sebelum ni tapi x ingat. hehehe

    cuma x pernah tau la plak ada hukum yang katakan Haram makan Obor2 ni.. first time dengar. lepas ni g sarawak nk cari la obor2. hehehe

  5. kelihatan sgt menyelerakan…..tgk warna dan cara pembuatan nmpaknya akan membuatkan obor2 akan menjadi salah satu makanan istimewa di sarawak….klu seseorang ingin dptkan makanan in, mcm mn cara nya?

  6. tak ingat dah…pernah makan masa kecik2 dulu…ada jiran buat macam sate..jemur kering…pastu jual…

    eksotik…kenalah cuba sekali…hihi

  7. waduh, first time dengar obor2 boleh dimakan…
    kalau sekadar berkongsi gambar makanan x langgar adat kan..
    nawaietu je..
    hehehhee

Comments are closed.