Beli Shell Sekilo RM 10
Pengetahuan Am

Beli Shell Sekilo RM 10

kerang

Kalau semalam saya cerita tentang lokan, hari ni pergi pasar pagi di Batang Kali saya beli sejenis karangan laut.

Bukan selalu nampak orang jual benda ni di pasar.

coral

Saya beli sekilo dengan harga RM 10.

shell
Cantikkan cengkerang berwarna coral ni. Exotic!  Selalu nampak hasil kraftangan di kawasan perlancongan tepi pantai.  Rupa-rupanya inilah binatangnya.

Saya tanya penjual apa nama karangan ni, dia cakap shell. Syarikat petrolium Shell dapat logo dari binatang inilah.

Encik Azman Ismail kata, ini dipanggil scallop.  Kalau scallop , maksudnya ini adalah kekapis.

shell seafood
Shell ni hidup di permukaan laut dalam bukan pesisir pantai seperti kepah atau kerang.

kerang laut dalam

Saya masak tomyam. Rebus dengan serai pun sedap. Masalahnya satu saja, anak-anak tak berapa nak mencuba makanan ni…. Kulit cengkerang tu dah dibasuh bersih dan Intan nak buat kraftangan.  Entah jadi ke tidak tu tak tau lah.

Bukan selalu dapat jumpa makanan exotik seperti ini.. selalunya nampak isi tanpa cengkerang saja

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Beli Shell Sekilo RM 10

  1. selain cantik juga enak tu rasanya apalagi jika diolah dengan cara yang baik pasti lebih nikmat lagi
    nice share Kak Jie 🙂

  2. Oh ini lah scallop yang disebut- sebut dalam MasterChef US tu. Kadang dalam program Hell’s Kitchen pun diorang selalu guna. Dok pelik ape tu scallop, terjemahan nya pulak kekapis, macam tak pernah jumpa. Thanks for sharing. Sungguh ni pertama kali tahu pasal Shell yang ini

Comments are closed.