Keropok Keping Sedap Di Terengganu
Panduan

Keropok Keping Sedap Di Terengganu

Kalau ke Pantai Timur, mesti nak beli keropok. Tak kisahlah keropok keping, keropok lekor, keropok losong atau keropok pedas.  Kalau ada kawan-kawan dari Pantai Timur pun, keropok adalah buah tangan yang tak berbuah sering dijadikan ole-ole.  Macamlah kita pergi Langkawi, mesti nak beli cokelat.

Sebenarnya Losong adalah nama tempat di Terengganu iaitu Kampung Losong Haji Su.  Kalau nak beli keropok losong, carilah di Kampung Losong Haji Su.  Keropok losong bentuknya lebih kecil berbanding keropok lekor.

Antara tempat keropok lekor sedap di Terengganu yang popular ialah BTB ( Bukit Tok Beng ) yang terletak di Seberang Takir berdekaran ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Itu cerita kalau nak beli keropok losong atau keropok lekor. Mana tempat popular nak beli keropok keping yang sedap?

keropok sedap

Saya ada pengalaman beli keropok keping yang tak menjadi. Bila goreng keropok keping tu tak mengembang pun. Beli sekilo, nak makan pun tak bernafsu. Rasa kecewa sangat sebab sesuatu yang istimewa sepatutnya menjadi buah tangan menjadi sebaliknya.

Nak pergi tukar semula, bukannya dekat. Ini pengalaman yang saya lalui sendiri dan kerana pengalaman itu saya agak  serik nak beli keropok keping. Nama saja keropok keping tetapi dihasilkan oleh orang berbeza, bahan berbeza dan cara berbeza tentu menghasilkan rasa berbeza.  Orang yang berniaga juga ada pelbagai jenis, ada yang hanya mengambil kesempatan atas pelancong dan menjual barang yang tidak berkualiti.

Awal bulan lepas, anak-anak angkat suami ( rakan sekerja ) datang ke rumah. Mereka bawa keropok  keping yang sangat sedap. Bukan saya saja yang rasa sedap, malah anak-anak pun secara spontan boleh memberi komen itulah keropok dari Terengganu yang paling sedap pernah mereka rasa.

Apabila keropoknya digoreng , naik mengembang elok bentuknya dan tak ‘makan’ minyak.  Saya percaya, ketelitian dan campuran adunan yang tepat telah menghasilkan keropok yang betul-betul sedap.

keropok keping sedap

Saya pun beleklah jenama pembuat keropok keping yang sedap ini.  Tengok saja alamat Keropok Keping Aziz Satar, Kedai Kuning, Kanpung Geliga, Kemaman, saya dah tahu kerana pernah ke sini.

Sewaktu bercuti ke Cherating akhir tahun lepas, saya  pernah beberapa kali singgah makan di sini. Baca entrinya di sini – Warung Aziz Satar Kampung Geliga Kemaman.  Tiba-tiba teringat satar dan otak-otak yang sedap di Warung Aziz Satar.

Sekarang saya dah jumpa tempat nak beli keropok keping yang sedap.  Adalah tempat nak tuju kalau nak beli keropok keping nanti.  Sesiapa yang tau tempat mana lagi yang jual keropok keping yang sedap, boleh berkongsi untuk rujukan lain kali kalau ke sana lagi,

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Keropok Keping Sedap Di Terengganu

  1. Assalamualaikum……mmg keropok lekor BTB2209 cukup best dikalangan org luar dr Tganu.Saya aderlah pemborong dan pengedar keropok lekor BTB2209 di Melaka.Keropok keping biasanya Kuala Ibai yg terbaik….Lebih isi ikan…kalu kak berminat bole hubungi saya 0149124690

  2. Kak Jie,
    Kalau dari Bandar Chukai, Kemaman, menghala ke Kuantan, area Chendor tu, sebelum Kilang Roti Cempaka, ada satu kedai keropok Cap Bunga Teratai, sebelah kiri jalan. Beli keropok keping ikan tambang. Boleh tahan sedap. Keropok lekornya pun ok gak 🙂

  3. Keropok terengganu ni memang best! Kalau puan ke kuantan, memang terasa pula beza keropok dia sebab kandungan kanji..
    Apa2 pon blog ini memang mantaplah!

  4. Kalau kerepok lekor pendek2 tu, kedai 007 selepas lampu isyarat Kuala Ibai (dekat dgn masjid terapung – arah menghala ke KT)

    kalau keropok keping, saya layan yang jiran saya buat..memang marbeles.. =)

    p/s- terus terbayang kerepok keping…stok dah habis…huhu

  5. Serius nampak cantik keropok tu… takut kalau beli keropok keping kat KL ni… wajib lah terkena yang tak berape nak sedap.
    Kene ingat ni keropok aziz satar… hehe
    tq 4 the info k jie 🙂

  6. Pernah terkena beli keropok lekor kat Kemaman( konon sebab jenama Losong).Bila balik rumah,goreng punyalah masin.Menyesal beli.

Comments are closed.