Menurut Kamus Online DBP, lokan bermaksud kerang besar ( Polymesoda placans ) dan kepah merujuk kepada binatang laut seperti kijing ( kepah air tawar – freshwater clam ) atau nama lain sebagai kima. Apa pun nama yang dipanggil mengikut daerah masing-masing, ini adalah lokan merujuk kepada tempatnya di Besut, Terengganu.
Minggu lepas, saya ke Felda Tenang, Besut dan kami dihidangkan dengan 20 kilo lokan yang baru dikutip.
Antara beberapa panduan mengenai cara memasak dan memakan lokan.
- Biarkan lokan ini di dalama bekas tanpa diisi air. Kalau diisi air, lokan akan keluarkan air yang berada di dalam cengkerangnya dan mengantikan air yang baru diisi tersebut. Maksudnya air di dalam cengkerang bukanlah air asal habitat lokan. Lokan tak mudah mati kerana ia mengandungi simpanan air di dalam cengkerangnya.
- Apabila membakar lokan, biarkan diatas api dengan satu arah sahaja, tak perlu diterbalikkan kerana air yang berada di dalam cengkerang akan mengalir keluar.
- Antara tanda lokan dah masak, cengkerangnya akan terbuka dengan sendirinya. Di dalam cengkerang terdapat isi lokan dan air. Lokan dimakan bersama dengan air yang terdapat didalam cengkerang tersebut.
Rasanya… kena rasa sendirilah baru tau sedap ke tidak!
Biasanya korang masak lokan macam mana? Masak lemak cili api ke? Masak pedas ke?
Nota : sila abaikan ayam BBQ tersebut..hiks!
Bukan saja lokan, ayam BBQ malah sebelum balik, tuan rumah siap sediakan durian, rambutan, dokong dan salak untuk dibawa balik. Terima kasih Akma…. itu pun katanya cempedak belum masak. Suruh datang semula 2-3 minggu lagi.
tak pernah masak lokan… info yang boleh dijadikan panduan nih.
Lokan ni buat rendang sedap. Serius..
Memang sedap…Alhamdulillah
buah-buahan tu…nampak sedapnyeeee~~~
Macam mana membersihkan pasir didalam Lokan?
owh..lamanya tak pekena lokan..dulu2 masa kecik, arwah mak selalu masakkan..lokan masak pedas..sedap makan panas2 dengan nasi putih… owh..(sambil mengelat air liur yg sedang meleleh)
Baru2 ani ada adik gi mencari lokan..bnyk jugak dptnya! Kita wat msk lemak cili api campur ngan rebus madu je..
Sedap!! Rasa kenyal2 gitu..
sama sama
banyaknya dapat buah…itu baru betul punya buah tangan…;)
Kerang ternyata ada bermacam-macam..direbus dan dimakan dengan sambal saja sudah lezatttttttttt
terliur pulak nengok nyer.. hehhe
tak pernah masak lokan ni..
kalau nak makan, ada gerai lokan panggang dan kelapa muda/kelapa bakar dekat rumah..
baru tau kerang tu dipanggil lokan
teringin pula nak makan..
eehhee
saya tak pernah makan lokan….uhhh..
suka lokan..selalu bakar dqn makan macam tu aje..banyak jual kat Muar..if pi muar memang beli…
Adik beradik kerang ya? Menarik. Kena cari ni
Lokan memang sedap ya.. namun sayangnya di daerah saya cukup sulit untuk mendapatkan makanan yang berasal dari hasil laut nie
kijing tu dkt pahang popular…kt tempat xtau la ada ke taj ek
tak tau pun datang kat sini (Felda Tenang) ….. kalau tidak boleh jumpa
tak rancang pun… pi KT pun cari tiket bas last minute, nasi baik ada
tapi mgkn lain kali pergi lagi,
Lokan sedap.. Buah-buah tu pun nampak sedap..
Murah rezeki. banyak buah-buahan dapat. Teringin sangat nak makan buah dari kebun kampung…Lokan tu nampak macam sedap tapi tak pernah rasa lagi.
bakar sedap..rebus pun sedap..
sangat sedap.. kalau balik kampung family sue memang akan buat aktiviti gi cari lokan.. besar-besar.. syok cari and makan..
kawasan sana mmg top dgn lokan ye…. besar2 lokannya
ha’ah.. walaupun ramai yg gi cari kt tempat tu lokan tak pernah abis, sentiasa ada.. memang tak menghampakan orang yang gi cari.. cepat betol dia membiak.
Slurrpppp….memang sodap,kalau isi nya besar sikit lagi best kot..