Saya nak belikan Angah tablet. BIla sebut saja tablet, semua orang bayangkan tablet computer yang ramai orang beli bagi anak main game. Pasaran komputer tablet mula terkenal selepas Apple mengeluarkan peranti iPad pada tahun 2010. Kemudian muncul Dell Streak 5, Samsung Galaxy Tab 7″ yang dikeluarkan pada September 2010 dan Research in Motion dengan BlackBerry Playbook.
Angah minta tablet ni dah lama sebenarnya, sejak tahun 2009. Bila dapat saja result PMR, benda pertama yang dia SMS saya adalah ” Angah nak laptop dengan tablet”
Itulah kali pertama saya dengar perkataan tablet dan terpaksa menggunakan khidmat Google untuk mencari maklumat. Saya pernah tulis dalam entri ini – Patut ke beli benda ni untuk anak-anak? Tablet yang dimaksudkan adalah grafik tablet yang digunakan untuk melukis. Dia memang minat melukis dan boleh melukis berbanding makayah dia ni. Pernah juga lukisan dia keluar kat Majalah Gempak.
Dia lukis ni sewaktu dalam kapal terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur menggunakan sampul beg muntah (puke bag ) dalam pesawat. Sewaktu nak turun dari pesawat, dia bagi lukisan tu kat pramugari. Amboiii…. dah tunjuk ciri-ciri romeo!
Septembr baru ni dia dah mendaftar untuk pengajian peringkat ijazah selama 4 tahun. Saya bercadang belikan hadiah grafik tablet untuk menyokong minat dia. Mungkin dah tiba masa yang sesuai untuk penuhi permintaan anak.
Saya kerap membeli beberapa alat elektronik dan gadget secara online. Beli belah online sekarang ni semakin mudah. Ambil masa beberapa minit saja. Pengalaman membeli belah secara online di Lazada juga menyenangkan.
Saya cari tablet di lazada.com.my . Laman web Lazada usefriendly, mudah untuk membuat carian item yang dihajati. Guna navigation Kategori dan rujukan item yang berkaitan memudahkan kita membuat carian secara lebih spesifik.
Bila dah jumpa yang berkenan, klik Buy Now dan bila berpuashati dengan keterangan item pilihan, klik Proceed to Checkout.
Kalau belum daftar dengan Lazada pun boleh beli. Isi saja email dan klik continue.
Isi maklumat untuk alamat penghantaran.
Kemudian pilih cara untuk membuat bayaran. Boleh bayar menggunakan Credit atau Debit Card, COD , PayPal atau online banking.
Saya membeli belah di Lazada menggunakan Maybank2u. Ambil masa beberapa minit sahaja kalau TAC nombor tu cepat dapat. Selepas berjaya membuat pembelian, notification juga akan dihantar ke email bersama nombor Order Tracking.
Bila-bila masa selepas selesai membuat pembelian, boleh semak status barang yang kita beli tu prosesnya dah sampai ke bahagian mana.
Cara Buat Order Tracking
- Pergi ke page Lazada Order Tracking
- Copy Order Number dari email pengesahan yang diterima : Contoh 300591659
- Paste Order Number kat ruang yang disediakan dan klik “Check Now!”
Bila barang yang dipesan telah dihantar, saya dapat satu email pemberitahuan. Kita tau flow chart perjalanan barang pesanan dengan jelas dan boleh buat anggaran bila akan menerima barang tersebut. Senang nak tunggu di rumah.
3 hari selepas membuat pesanan, saya terima barang yang dibeli secara online dengan selamatnya. Mudahkan membeli belah dengan lazada. Saya lihat banyak juga barangan perkakasan rumah dan sesuai untuk dikirimkan sebagai hadiah perkahwinan rakan-rakan.
Angah dengan Graphic Tablet idamannya. Seronoknya tak tau nak cakap.. maklumlah memang itu barangan yang dia hajati sejak 3 tahun lepas walaupun bukannya berjenama premium. Sesuai untuk pelajar bukan pengguna profesional.
Jangan digunakan skil melukis nak pikat awek sudahlah…. 4 tahun tu habiskan pengajian dulu!
di Indonesia lazada juga ada ni, ntar mau cek kesana siapa tahu ada harga2 promo 😀
Nice sharing Kak Jie 🙂
Menarik ni. Bolehlah saya tgk kot2 ada blender di Lazada…hehe..
Gaya romeo? hehehe…tergelak saya baca yg ni… =)
bagus beri sokongan padu kepada minta anak…ada bakat besar tu
memang berlambak barang jual kat lazada..rambang mata nak pilih..
tak pernah shopping di lazada lagi , nanti la bila2 kita cuba shopping sana … periuk nasi i dah buruk tu ..
terus kak jie klik nak pi tengok periuk nasi kat lazada tu
saya pun ada beli tablet untuk anak lepas raya hari tu, murah jer made in taiwan….
grafik tablet ke computer tablet?
Murah juga… Sebab biasa kalau ada yang nak beli wacom nie suggest beli Bamboo… Harga Bamboo pn dalam RM2**++… Kalau mcm tu, sy pn nak beli satu untuk adik pulak…
bolehlah..agak berpatutan untuk pengguna spt dia
wah..kiranya murah jugak tu..
untuk budak umur macam tu, student lagi berpatutanlah guna range harga mcm ni
kalau dah kerja atau utk kerja2 profesional, mungkin boleh guna yang premium
Boleh la Angah buat blog macam saharil conteng. Dia update blog guna tablet macam gini lah….
Kadang kala jenama premium tak kena gaya membazir jer….sama jer fungsi dengan yang biasa.
oooo… ada beli buku saharil conteng – Kentang dan Tentang
anak2 pun ada baca buku tu
tapi…tak berapa galakkan anak2 aktif kat blog masa dia org study
sikit2 je….
Zaman terlebih moden ini banyak gajet yang boleh membantu kemahiran dan kreativiti anak-anak cuma kita kena selalu ingatkan dengan berhemah supaya guna utk kebaikan
mak bapa kena pandai pilih yang mana perlu untuk anak2 mengikut umur. Tiap ada ada had dan sempadan berbeza bergantung kepada karektor individu
ada juga tablet yang boleh melukis ingatkan samsung note je yang boleh melukis..
sebelum 2010, sebelum tablet komputer tu muncul… inilah tablet sebenar
kalau sebut tablet saja, memang merujuk kepada grafik tablet yang orang guna utk melukis…cuma skrg je kalau sebut tablet, dalam kepala terus bayangkan tablet samsung dh sebagainya yang ada android atau ipad
owhh…baru tahu..thanks for da info..
Nampak macam murah je barang kat lazada…
kena pandai cari apa yang kita perlukan
setakat ni kak jie puas hati
Sebagai ibu kita memberi galakkan dan sokongan terhadap minat dan cita2 mereka.
Belum pernah try membeli-belah di Lazada lagi mungkin patut cuba.
bersesuain dengan umur anak juga
kadang2 hobi pun kalau tak perpatutan, kena tapis juga
keutamaan dia yang mana…
kira ok dah beli kat lazada ni, senang nak isi form dan penghantaran pun ok dlm 3 hari
Cerah masa depan anak kak jie ni..cantik pulak lukisan dia tu…
tapi itu bkn subjek utama dia..dia ambil Data Communication
itu hobi saja
bagusnya akak.. saya jadi mak yang tak sanggup kadang2 nak tolak permintaan anak.. boleh kongsikan tips bagaimana akak handle permintaan anak?
payah nak bagi tips kat ibu zaman moden ni
kak jie ni masih konservatif dalam beberapa perkara
cuma satu saja T&C yang perlu diamalkan betul2
jangan beli sesuatu kerana ADA DUIT tetapi beli kerana PERLU
kalau sebab ada duit, kita akan beli saja apa yg lalu depan mata
terima kasih atas tips tu kak.. inshaAllah sedang dan akan terus amalkan..
alah…mama ni.
kalau dah kacak..tak yah pikat awek pun awek yang datang kejar..hehe
ha h aha…. yang mentah mentah je nampak bab kacak ni
Wah grafik tablet. Nice. Solehah pun suka barang2 komputer/laptop ni. Tapi kadang2 tu xberapa suka beli semua ni secara online sebab nak tengok kualiti sesuatu barang. Btw, solehah xpenah pun shopping kat Lazada ni. Nampak menarik saje laman ni 🙂
biasanya benda nak beli tu dah kaji dan tengok kat mana-mana cuma belum mampu beli masa tu
satu lagi sebab lokasi. kalau nak beli barang rm 100, kena pi KL yg jaraknya 40-50km, tempuh sesak…. nak menapak satu2…duit minyak, parking…duit diluar jangka mcm makan minum…. tolak camput lebih baik beli online kalau sekadar satu barang saja.
Tengok gaya macam nak pikat pramugari je.. Kak Jie dapat menantu pramugari lah nanti.. Hehe..
ha ha ha…pramugari tu dah baya makcik2 pun..opsss! sori air asia
wah canggih jugak grafik tablet tuh yer…makin seronok la Angah melukis nanti…
kak jie dulu pun tatau tablet tu apa… lepas dia mintan masa thn 2009 tu baru lah tau ada tablet
Grafik tablet best tu….pelukis memang suka…
dia ckp senang nak lukis dan warna part2 rumit
dulu guna mouse
Pernah beli tablet AigoPad dari Lazada baru-baru ini. Penghantaran tidak sampai 24jam. Nampak sudah ada perubahan perkhidmatan yang ditawarkan.
betul tu
kak jie order malam, esok dah dapat notification shipped
lusa dah sampai
cantik lukisan rimau tuh.. jeles dengan orang pandai lukis ni…
lukis2 dlm kapalterbang…luangkan masa tu
ramai cakap macam-macam tentang Lazada. Ada yang kata menipu, barang tak sampai dari diberi, banyak lagi.
tapi cakap mulut manusia memang camtu, tu tak puas hati, ni tak puas hati.
semua tempat ada sisi tak eloknya , kedai biasa, kedai makan pasaraya besar pasaraya kecik.
company dah susun atur flow chart pekerja elok dah, yang nak ikut tak ikut tu individu.
dah ada pengalaman, cuma share pengalaman yg tempuh saja.
Ada bakat anak kak jie nih..seronok la dia dpt apa yg dah lama dia hajati tu.
bagi hadian ni pun selepas tengok kesungguhan dia
bukan murah nak bagi saja-saja
nak kena belajar melukis balik ni, tak sangka idea bg hasil karya pd pramugari tu telah diaplikasikan oleh angah…memang ilmu ke-romeo-an dia dah berada pada level yg cukup stabil..hehe
semoga angah jgn cari awek dulu waktu belajar yer, igt pesan mak tu.
nanti dah kerja baru boleh…kan.. 🙂
ha ha ha…dia tu mmg ada gaya romeo pun
memang menarik hasil seni yang dibuat.. bukan semua orang ada bakat melukis seperti itu.
semua buku nota ada ruang kosong ,adalah benda yang dilukisnya
bagus ni..minat melukis tu..bakat dan anugerah yang dikurniakan jangan disia-siakan..buat apa yang kita minat lagi bagus..:D
itu pun kak jie ambil masa 3 tahun untuk belikan untuk dia… masa dia minta tu masih sekolah..kena habiskan study kat sekolah dulu.
p/s – You already have too many comments in moderation. Please wait until your existing comments have been approved before attempting to leave more comments < msg ni keluar bila komen...too many katanya
hehe..oho..gitu rupanya..lama sikit beli la tablet Bamboo..biasakan dia ngan Adobe Illustrator plak..:D Illustration artist ni memang laris..:D
dia ambil Data Communication
erk..jauh larinya..ok, takpe..dah minat..;D
kak jie..warranty dia camana? cam best je..dulu minat jugak melukis..siap wakil sekolah ke pertandingan melukis..sekarang dah kaku dah tangan
cikgu ni dah bekerja, belilah yang premiun…jenama baik sikit. ini untuk pelajar sekolah yang ditanggung mak bapa…hehehe
kak jie tak pasti yang tu…bila dah serah kat dia, dia tau mcm mana
Kerajaan suruh berjimat cermat..so tak boleh beli yang premium² ni..hehe
kenapa tak letak no phone sekali..hahaha
amboi…ketua romeo datang curah ilmu
hahahaha….komen ni paling menarik perhatian ambe…keh3