Angah balik dari majlis open house kawan dan tunjukkan seluar jeans yang terkoyak di lutut.
“Jatuh? ”
“Langgar orang?”
“Kena Langgar?”
“Teruk?”
Mak-mak…ok. Semua dia nak tanya dalam satu nafas.
Dia hilang kawalan dan tergelinncir kerana pasir-pasir di tepi jalan. Sesiapa yang kerapa melalui Jalan Batu Arang ke Rawang akan faham keadaan jalan di kawasan ini.
Syukurlah dia tak apa-apa. Jeans saja terkoyak dan dia pakai jaket tebal.
Selepas terjatuh, dia cepat-cepat gulingkan diri ke arah tepi jalan. Nasib baik tak ada kenderaan rapat di belakang.
Kebetulan juga dia jatuh berdekatan bengkel motor, terus baiki kerosakan di situ. Tak rosak teruk, cuma cermin pandang belakang dan pemegang brek. Kos kerosakan berjumlah RM 33.00 tetapi dapat harga diskaun RM 29 sebab itu saja duit yang ada dalam dompet dia.
“Mama nak suruh abah beli kereta”
“Sikit saja ma… relex lah..”
“Semua mak-mak akan risau macam mama juga tau… kalau Angah jadi mak pun akan rasa macam mana mama rasa…”
“Tak mungkinlah Angah nak jadi mak…”
Ha ha ha… terbabas! Berleter pun boleh tergelincir.
Tahun pertama Along di universiti dan berulang alik dari Kajang setiap minggu pun pernah sekali terlibat dengan kemalangan di MRR2. Tak sanggup melihat setiap hujung minggu saya berdebar tidur tak lena tunggu anak baluk dari kolej, suami belikan kereta. Bukan kereta baru pun, kereta terpakai keluaran negara.
Dulu anak-anak di bawah ketiak, dari tadika sampailah ke sekolah menengah hari-hari saya hantar dan ambil Sekarang bila anak-anak mula keluar untuk tempuh kehidupan dan pengalaman hidup mereka sendiri, suka tak suka kita kenalah lepaskan.
Semua mak akan selalu rasa macam ni… tak kiralah anak tu tapak kaki sebesar dua jari maupun anak dah dewasa dan berkerluarga sendiri.
Jadi anak-anak yang di luar sana janganlah rasa terkongkong atau rimas apabila mak jadi busy body nak tau apa yang anak buat atau di mana anaknya berada sekarang. Mak ada deria ke-6 , detik hatinya dapat kesan sesuatu yang menimpa anak-anak.
Nota : Ustaz Azhar Idrus pun katanya kemalangan juga pagi tadi.
saya baru eksiden semalam 30/12/13.salah sy jg sbb tak bagi lampu signal ke kiri apa lagi kena langgar dari bahagian kiri.nasib yang putus dia punya kabel meter,klu urat putus mmg inalillah la jawabnye nasib badan,motor baru beli lak tu tp syukur sbb tak apa2 nasib la jatuh kiri jalan klu tgh jalan dah arwah kot.gara2 mengidam nak makan keropok lekor terus kena langgar terus hilang semangat
mak-mak mana pun memang akan risau…
sebagai rider kental itu dah makan pakai…hehehe…jangan marah mak
syukur takde apa2, mmg anak cenggitu takmo mak2 risau lebih 😉
mak gua dulu..bawa moto pun tak bagi. Lagi sedih..waa..
saya pon pernah jatuh motosikal, teruk juga
dulu masa bujang PM ada juga jatuh motor kerana pasir di tepi jalan juga, masa tuh nak ambik cornar…
Sejak ada anak ni memang faham sangat apa di dalam hari sorang ibu/ayah.Kalau ayah,luar nampak cool tapi dalam tuhan saja tahu betapa risau nyer 🙂
*pernah eksiden tapi berjaya suruk dari mak,sebab tak nak dia susah hati dan risau.
alamak,banyak nya soalan angah nak kena jawab..hehe
jatuh motor ye. takpe.. baru la anak jantan jatuh moto kan
Betul tu Kak Jie, mak2 dengan kerisauan pada anak2 tak dapat nak lari. Kadang2 saya jadi stress dek kerana terlalu memikirkan anak2 sebab saya selalu sahaj fikir benda2 buruk.
nice post and great blog,nice to meet you
Myparent pun sama jugak…hingga sekarang SA dah x berani bawak kereta dah..asyik jadik mem duk kat belakang
Alhamdulillah anak akak tak pape..seorang ibu memang camtu..pantang dengar anak ade luka sket risaunya macam dah teruk sangat..dulu saya pun selalu gelakkan mak saya sebab panik tak tentu pasal..tapi sekarang bila dah jadi seorang ibu saya pulak yang jadi macam mak saya dulu..hehe
Kalau kes jatuh motor biasanya anak lelaki tidak mengdu nanti jatuh ego. Simpan esok baru beritahu ibu apabila mula kesakitan’ bongkar’.
Masih teringatkan tergelincir disebabkan minyak lori bocor diatas jalan raya di depan lampu isyarat.
kita….mak-mak nie memang risau kalau anak accident, macam anak lelaki saya banyak kali accident, paling teruk kena hentam dengan keter melambung then peronda POLIS bawa gi hospital, x-ray, nasib baik luka sikit….takut call maknya pesan dgn kawan jer…..now my son dah masuk army…nasib baik accident tu tak teruk kalau tak army tak lepas kalau ada patah-patah………huhu
Isk, risau seorang ibu ni memang lain kan kak. Macam kecut aje perut kalau dengar apa-apa berlaku dekat anak. Tapi anak akak bijak sebab dia cepat2 ke tepi jalan. Bahaya bila dah terjatuh motor di tengah jalan ni.
Alhamdulillah dia tak cedera teruk. Memang kerisauan ibu tiada batasnya…bebelan seorang ibu kerana prihatin. Anak saya pun ada cakap “nasib baik” tak berlanggar…perkataan “nasib baik” tu pun dah buat kita susah hati..
Syukurlah anak Kak Jie tk apa2 nie, semoga bisa menjadi pelajaran yang berharga baginya..
memang begitu lah yg namanya mak … faham apa yg kak jie rasa bcoz saya juga mak yg ada anak bakal tempuh jalannnya sendiri 2,3 tahun lg. Heii risau Tuhan yg tahu
nasib baik takde pape..beli je kereta, sekurang2xnya selamat. naik motor kat bandar2x ni risiko bahaya tu tinggi..
Sekarang nie macam dah kurang selamat kalau naik motor,,,naik kancil lebih selamat sikit. Mujurlah tak ada kecederaan teruk.
jatuh bangun dalam kehidupan, memang ibu dengan bebelan tidak dapat dipisahkan.
jangan rindu pada bebelan itu saat ianya sudah tidak lagi boleh didengari..
apa susah mak bebel kita dengar, kalau rasa tak tahan kita peluk jer mak tu tanda kasih dan sayang kompom senyap kejap…kejap jer pun…haha
sangat sweet comment ni…i like.
Lagi sweet kalau abahnya belikan kereta…
Itu lagi sangat sweet lor hehehe…
Alhamdulillah tidak teruk..naik motor ni memang mencabar lagi2 jalan atau cuaca tak elok
tengok gambar teruk juga kemalangan Ustaz Azhar Idrus
Saya baru tahu malam tadi…moga2 tiada apa2 yang teruk
Alaaaa siannya anak Kak Jie
nasib baik semuanya selamat kan..kalau sy mesti dah panik mase tu >.<
Nasib si Angah tak cepat panik, masih ingat nak gulingkan badannya ke tepi jalan..Alhamdulillah. Kalau saya memang jenis cpt panik..
mula-mula: takziah pada si angah
lepas tu: saya dah cakap pada penghulu rawang hari tu, rawang ni jalan tak cantik. lampu jalan pun banyak tak de. tak tahu la kalau ada budjet lepas raya ni.