Angah tanya ” mama, kita ni boleh dikatakan balik kampung ke bukan ye?”
Entahlah, mama pun tak tahu nak cakap kategori mana. Family kita ni pelik sikit.
Biasanya suami yang bekerja di luar daerah yang balik , tetapi kami yang ke sana. Bukan tempat yang mudah pula tu. Lebih kurang 500 Kilometer jaraknya. Tempatnya di tengah hutan belantara, tanpa talian telefon atau pun internet.
Selepas berbuka puasa nanti, saya dan anak-anak akan bertolak ke Hulu Terengganu ke tempat suami bekerja ( Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu ) Dia tak bercuti , kami yang bercuti. Anak-anak pun tak ada masalah kalau di ajak ke sana.
Segala benda nak kena siapkan termasuk beberapa peralatan memasak dan bahan untuk memasak. Periuk kukus, pemanggang ajaib , beras, gula , minyak , susu, ayam, ikan, sayur, bawang, cili, telur dan segala keperluan yang dalam kepala dah set untuk masak apa.
Seorang isteri dan ibu, bab-bab ‘memikat perut’ ni memang selalu menduduki ranking pertama carta penyediaan.
Doakan keselamatan perjalanan kami anak beranak ye.. moga hajat mengembirakan salah seorang ahli keluarga yang keseorangan di sana tertunai.
Cinta adalah pengorbanan … tu kalau dah kahwin, kalau setakat couple baru seminggu jangan gatai-gatai nak berkorban segala bagailah ye
cinta selepas kahwin memang hebat dan besar nikmatnya
mak oi…jauhnya Kak Jie..bertabah la ye..pengorbanan sekarang akan dapat balasan yang setimpal di masa akan datang…kan?
erti pengorbanan yang tidak ternilai harganya…
As-Salam .. ehemm sebenarnya .. petua memikat suami menerusi perut sudah jadi universal kini .. sekarang ramai isteri sendiri akan terus jatuh cinta dengan suami andai si suami pandai memasak (cam saya .. hahaha)….
Nasib baiklah dia susulan couple dua minggu. Kalau ada, entahlah korban janji apa lagi.
mesti banyak dengar petuah yang sudah lama berkahwin biar berkekalan terimakaih kakjie
Jauh tu, semoga selamat pergi dan pulang
Hulu Terengganu tu kat mana kak jie . Area Tasik kenyir ke.
Hulu Terengganu Hydroelectric Project – Sungai Puah
bila dah pangkat mak-mak ni biasalah tu..pasal makan minum keluarga jadi first priority..teringat kat mak saya.hehehe
Selamat melaksanakan perjalanan jauh untuk bertemu suami tersayang.
semoga semuanya berjalan lancar buat akak sekeluarga…amin…
biasanya mak atau isteri akan ingat akan semua ahli keluarganya , siapa sahaja yang berjauhan mesti terasa kehilangan , mesti cuba sedaya upaya untuk gembirakan mereka.
Hrurmm saya faham kakjie .. cinta bukan sekadar ucapan , ianya di dalam hati.
baiklah. gua nak kahwin la macam ini.
selamat bercuti dan bergembira kak jie
Hulut Terengganu tu kg saya..hehe
Betu tu Kak Jie pengorbanan yang penuh erti buat insan yg kita sayang.
semoga selamat sampai dan pulang…cinta bukan sekadar ungkapan tapi juga pengorbanan..
Mau balik kampung ya Kak Jie…
Semoga sampai tujuan dengan selamat tanpa kendala apapun, jangan lupa hati2 di jalan 🙂
Semoga semuanya selamat dan gembira.
Semua dah siap..
p/s- tetiba teringat iklan, “kicap jalen yang takde…”
at least perjalanan ke sana satu moment yang boleh dinikmati bersama-sama.
selamat bercuti kat hutan kak jie,hehe..
ehhehe….seronok x raya dalam hutan kak jie? nanti cerita yer..mcm best jer sebab lain dari yang lain…nanti pasang lah pelita kak jie dlm hutan tu..baru meriah sikit…
Bkn pergi beraya… cuti 3 hari je. Ahad nnt blk lagi
Semoga dipermudahkan semua urusan.. Hati2 dalam perjalanan.. Nanti amik gambar anak gajah lagi ek..
Hati2 dalam perjalanan nanti..
semoga selamat dalam perjalanan. Menemui sebutir mutiara yang tiada galang gantinya…
ayat yang last tu menarik sekali…..selamat pergi dan kembali dengna selamat….selamat berpuasa gakk….
Kekadang cinta begini yang datang nikmatnya … yang depan mata selalu sahaja tak mengahargai nak dan ambil ringan semua hal hingga hilang kemanisan rumahtangga terutama apabila usia perkahwinan semakin banyak
Harap-harapnya yang dekat makin rapat. Semoga selamat perjalanan kak jie.
cukup ke tu kak..hati2 ye.
Saya doakan semoga akak sekeluarga selamat sampai dan selamat balik. Terubat rindu anak2 pada ayahnya..selamat berbuka juga ya kak.
Semoga selamat sampai Kak Jie…ada gambar gajah sila shoot lagi yer 🙂
charger kamera yang ori dah jumpa… lega sungguh