Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013
Motivasi

Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Hari ini , InsyaAllah kita akan menyelesaikan ibadah puasa pada hari kedua. Mungkin ada yang sedang cuba menyesuaikan sistem perut dari kebiasan-kebiasan harian di bulan-bulan lepas. Semoga kita sama-sama dapat melalui Ramadan kali ini dengan lebih baik dan menjadi individu yang lebih beriman dan bertakwa sepanjang masa.

Sedar atau tidak, bulan Ramadan sebenarnya banyak mendidik dan membentuk jiwa dan mentaliti kita ke arah tingkahlaku yang lebih baik dan positif. Kita lebih berhati-hati dalam beribadah dan berdisiplin mengamalkan segala rukun dan meninggalkan segala perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa. Pelbagai hikmah dan rahmat dengan ganjaran yang besar di dalam bulan ini telah dijanjikan oleh Allah berdasarkan kepada nas dan dalil.

Antara amalan yang sangat dituntut sepanjang bulan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat atau sembahyang tarawih juga sedekah. Disiplin agama yang kukuh telah mengajar kita untuk banyak memberi, banyak bersedekah dan banyak berehsan kepada fakir miskin untuk melipatgandakan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, barangkali kita mempunyai sedikit sebanyak kemewahan harta, tenaga, masa atau mampu menyumbangkan khidmat tertentu kepada golongan-golongan yang memerlukan seperti bantuan dan sokongan di rumah-rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan atau badan-badan amal yang banyak di negara ini,

Kesemuanya amat mengharapkan bantuan, derma sumbangan atau sedekah daripada kita yang berkemampuan.

Kalau kita tidak mampu bersedekah secara banyak, mungkin kita boleh menyumbang atau beramal jariah secara berkongsi.  Inilah cara yang ingin saya kongsikan bersama iaitu melalui Projek Iqra’ – Shopping Raya 2013.

projek iqra shopping raya 2013

Projek Iqra’ menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.

Rumah yang akan terlibat tahun ini ialah:

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013

Terdapat 3 cara bagaimana kita semua boleh menjayakan projek ini:

  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Seorang anak yatim boleh ditaja dengan nilai tajaan sebanyak RM188.   Kita boleh saja berkongsi bersama adik beradik, anak beranak , rakan blogger atau rakan sepejabat.  Kalau berkongsi 4 orang , seorang perlu menyediakan RM47/seorang atau jika berkongsi 10 orang bersamaan RM18.80/seorang.

Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan anda ke:

AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 564810504003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Selepas membuat bayaran, sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 atau  SMS/MMS ke nombor telefon diatas ikuti maklumat di Facebook Projek Iqra.

Salah satu antara amalan yang berkekalan selepas kita meninggal dunia adalah sedekah jariah.  Marilah kita sama-sama mengambil bahagian di dalam projek ini mengikut kemampuan yang kita ada.  Moga

Saya telah mendaftar sebagai sukarelawan di Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Tmn Maluri, Kuala Lumpur bersama anak-anak. Angah dan Intan.

Jomlah sesama….. !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013

  1. Tidak akan sempurna ibadah kita jika tidak diimbangi dengan sedekah pula pada yang membutuhkan uluran tangan
    Terima kasih Kak Jie atas infonya

  2. kat masjid kota damansara sahaja sekurang2nya ada 5 tabung sedia untuk buat collection..

    apa lagi, “mai ka masjid naaa…”
    hehehe

  3. alhamdulillah…satu projek yang menarik ni…sambil menderma, boleh juga menceriakan hati orang yang menerimanya..

  4. Salam Kak Jie…

    Insyaallah saya akan buat satu entri khusus untuk program ini. Akan diusahakan jugak kalau ada kawan2 yang nak syer untuk menaja anak2 yatim/ibu tunggal ini.

    Hati saya sentiasa tersentuh bila berkisar tentang anak yatim, mudah menangis kerana mereka. Kesusahan yang mereka lalui seolah-olah bayang-bayang kesusahan yang telah saya lalui berpuluh tahun lepas. Menjadi yatim sejak umur 2 tahun.

  5. sebenarnya sangat mudah melakukan ibadah terutamanya bersedekah. Semoga dipermudahkan insha Allah 🙂

Comments are closed.