Budak sekolah 14 tahun sedang menyiapkan shooting Kelab Fotografi Sekolah. Ini adalah tugasan saya bersama Tudung Terbaik Dari Ladang. Β Model tu baru sambut ulangtahun kelahiran, jadi lepas siap projek kami akan ke Marry Brown.
Walau sekeping dua saja saya gunakan gambar mereka, tetapi perlu hargai hasil kerja yang mengorbankan masa. Kenalah bayar upah, kan.. hihihi Samalah juga kalau kita meminta khidmata blogger, mereka korbankan masa dan tenaga.
Minggu depan kita tengok hasil projek ini, berjaya atau tidak.
Pada hari Selasaa jam 10:38 waktu Malaysia, sebuah roket Russia “Proton-M” yang membawa 3 satelit navigasi yang dipanggil GLONASS telah terhempas sebaik sahaja berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Ini adalah contoh projek yang tidak berjaya.
Kalau projek bernilai juta-juta ni yang gagal, patut meraung…
Lain zaman, lain projek sekolah yang kita dapat π
Masuk universiti baru berkesempatan ambil modul fotografi.
wah…dasat betullah projek budak2 sekolah sekarang..dolu2, projek kumpul barang terbuang…gunting2 kertas…hihi
paksa adik buat projek ni .. hahah
zaman saya sekolah dulu,tak ada lagi kelab2 berkaitan fotografi dan seangkatan dengannya… beruntung budak2 sekarang ye….
dulu2…projek gunting majalah dan tampal ada ler…hehehe
Saya ada banyak projek tahun ini… Diharap semuanya menjadi…
betull.. kalau kita projek mahal tak jadi, mesti meraung..
gila bnyak duit di korban kan.. ehe
Dulu sekolah xlarat dengan projek itu ini.. sekarang rindu plak.. π
Saya nak buat projek tahun akhir bulan 7 hingga 9 semoga dipermudahkan. Takut pun ada. Pasti banyak dugaan.
Macam2 projek budak sekolah sekarang ye? Haaihh..tajuk bahaya ni..
tajuk tak menahan… hikss… untung mama ada anak dara jadi fotografer π
tajuk sangat tak boleh blah..ehehe..projek yang best bagi budak sekolah..saya sekolah dulu..tengok je la orang pegang kamera besar-besar..oho..sekarang dah ada sampai dua bijik..hahaa
dulu-dulu zaman sekolah mana ada projek gempak macam nie…sekarang pelbagai projek ikut arus pemodenan global….
tu gmbr kak jie ambik kan..?
bukan intan kan..
(hehehe….tolong ingat letak kredit hikhik)
Macam-macam tugasan yang diberikan kepada murid-murid. Zaman saya mana ada. π
uish….gagal project…hancur lebur..setuju la..tudung tu cantik…
Cantik tudung yg dipakai tu kak. Kaler blok gitu.
Sebab tu saya takut nak ambik risiko buat projek…:)
setiap usaha, jika diberi reward, sangat gembira rasanya π
Projek juta2 bila gagal memang patut meraung..
Rasa rindu pulak buat projek masa zaman sekolah dulu..