Perjalanan Balik Makan Durian Dengan Senandung Langkawi
Peribadi

Perjalanan Balik Makan Durian Dengan Senandung Langkawi

Saya sekarang sedang bergerak bersama keretapi Senandung Langkawi ke Butterworth.  Tren 20 Senandung Langkawi adalah tren perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke Hatyai, Thailand.  Kalau nak ke Langkawi, boleh naik Tren Senandung Langkawi ni dan turun di Alor Setar atau Arau.

Keretapi bertolak dari Rawang tepat jam 10:25 malam dan InsyaAllah kami akan tiba di Butterworth jam 5.30 pagi.

image
Keadaan di dalam koc tempat tidur bukan kabin.  Semua penumpang dah baring dan tidur.

image
Kami dapat katil tingkat atas… balik tak dirancang awal-awal, katil pun jauh-jauh.  Tiap katil ada langsir masing-masing jadi kita rasa selesa dan privasi.

Harga tiket keretapi dengan katil dari Rawang ke Butterworth ialah RM 38.

image
Ok… saya pun dah nak tarik langsir.  Selamat malam.. moga selamat sampai ke destinasi esok pagi.  Mak dah dua kali telefon bagitau durian dah gugur…. oi kome deroyan udah luruh!
image
Katil yang belum bersepah… hiks!

Nota: saya pun tatau lokasi sekarang di mana… gelap gelemat di luar

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Perjalanan Balik Makan Durian Dengan Senandung Langkawi

  1. Nampak gayanya, ambe kena jugak merasa naik keretapi utk balik ke Butterworth nanti…tunggu anak2 besar sikit…hehee

  2. Wah best balik kampung untuk merasa durian. Kebun orang tua kali ini tidak menjadi buah durian kalau tidak memang kami sudah kenduri beramai-ramai. 🙂

  3. Dah lama tak naik keretapi jalan jauh.. Last naik masa kecik dulu, yg ada tempat tidur macam ni jugak..

  4. Dulu selalu juga balik kelantan naik keretapi..Plan raya ni pun nak balik naik keretapi…Apakan daya, tiket semua dah habis..terpaksalah bersesak3 di jalanraya raya nanti

  5. mata kalau dah ngantuk sure tak ingat kat mana…tapi saya tak pernah tidur kat kabin tidur nie……

  6. Saya pernah balik dengan keretapi waktu malam. Berbanding harga dan keselesaannya memang saya akan naiknya di masa depan. Selesa dan hanya sedar bila dan sampai ke destinasi. 🙂

  7. Memang seronok travel dengan public transport jadi ada masa rehat dan boleh beraktiviti lain sambil cari idea utk next projek.

  8. Saya selalu naik tren ke Penang berbanding naik bas. Lagi best kalau dapat katil. Tapi kena booking awal kalau cuti hujung minggu atau cuti sekolah..

  9. Penggalaman macam ni lah yang syok sangat kan! Mesti anak-anak teruja. Pernah naik kat overseas dulu tapi berbilik, kat Malaysia belum pernah. Tengok gambar ni memang nak cuba jugak sekali..

  10. Seumur hidup pernah dua kali je naik keretapi..kali pertama dengan mak masa kecik2 dulu..masa tu pi Butterworth dan Kedah..
    Kali terakhir kalau tak silap masa tahun 2011..masa tu ada kursus induksi di Penang..naik keretapi dari Butterworth ke Taiping (rumah kawan)..
    Naik keretapi yang jenis boleh tidur macam ni tak pernah lagi..
    Selamat kenduri deriyan ye Cik Intan dan Kak Kujie.. 😀

Comments are closed.