Cuti hujung minggu 3 hari ini, kawan Angah datang. Kawan yang sama-sama belajar di Kolej Mara Kuala Nerang. Kampungnya di Terengganu.
Kami pergi Genting Highlands. Inilah tempat paling dekat dan murah untuk bawa tetamu jika datang ke rumah kami. Bertolak dari rumah jam 3.00 petang , dengan lalu lintas yang sibuk mendaki ke puncak. Sejam memandu, dalam gerimis yang dingin, kami tiba ke puncak Genting Highlands.
Kenangan Terindah Hujung Disember Di Genting Highlands
Kami kurang berminat untuk berada di dalam bangunan yang bising dan riuh dengan orang ramai bermain indoor game.
Luangkan masa di taman yang berdekatan Highlands Hotel sebab waktu Asar tadi dah jumpa surau di lobi Highlands Hotel, terus je lepak di kawasan taman sehingga Maghrib.
Bila dah hampir malam macam ni, cuaca semakin sejuk. Angin yang bertiup kuat juga menambahkan rasa kedinginan di tanah tinggi ini. Kebanyakkan pengunjung berada di bahagian depan atau di kawasan First World Hotel jadi persekiratan taman lebih tenang.
Waktu ini suasana di sekitar rasa syahdu dan tenang. Seluruh ruang angkasa disebalik pemandangan bukit bukau bergema bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang berkumandang dari Masjid Genting Highlands.
Jam 9 malam, kami memandu turun dari Genting. Kalau balik, kejap saja dah sampai ke rumah.
Selamat tinggal kota kosmopolitan …… saya dan Intan akan bercuti 2 minggu.
Tengahari nanti kami akan bertolak balik ke Baling, Kedah dan minggu keduanya akan ke Hulu Terengganu, atau lebih tepat lagi ke Tasik Kenyir. ( Baca catatan terdahulu saya di Kenyir… jumpa gajah! Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenagnan )
Saya balik berdua saja dengan Intan, Jumaat depan Along dan Angah balik dengan bas. Mereka masih belum cuti.
Di Baling, capaian internet masih boleh diakses walau pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tetapi di Tasik Kenyir , saya tidak boleh dihubungi melalui telefon apalagi capaian internet. Hilang 100% dari dunia maya!
- Saya tak tahu pun ada konsert k-pop kat Genting malam tadi, sebelum dimention oleh beberapa rakan Facebook. patutlah….ramai amoi lenglui seksi meksi!
- Monthly Bandwidth Transfer dah nazak, pleaselah bertahan untuk beberapa hari saja lagi.
- Intan – please jangan tidur, temankan mama memandu 380KM
Informasi terbaik ni… Tengah cari tempat santai untuk nak jalan2 sambil makan angin..
Resort yang indah, bagus tuk diabadikan…
saya kalau gi sane kalau tiba2 tengah jalan-jalan terasa nak gi baru gi sana terus. sweater memang takde ler. menggigil sampai atas huhu
Wahai intan..jngn dipenyek abang yang hensem lagi kacak tuh..hehe
bagus kak jie, bawak tetamu jauh jalan2 ni.. hehe.. kami ni kurang jalan, kalau tetamu dtg, jamu makan jer.. haha
mailah rumah kak jie… kak jie bawa pi jejalan 🙂
sampai genting ye.. rasanya taman tu pernah jejakkan kaki.. hehe..
de konsert k-pop, pun tahu bila buka fb orang.. haha..
biasanya jalan kembalik mmg lagi cepat kan.. mungkin sbb dah lalu jalan tu sebelum tu.
Kalau saudara mara kujung ke rumah pasti akan bawa mereka naik Genting. Lagi pun dekat sahaja. 🙂
Suasana dan pemandangan di Genting Highlands dalam foto diatas bikin saya kepengen kesana juga …
selamat bercuti kakjie. suka tengok intan buat tangan mcm tu nampak cantik gambarnya.
wa, seronoknya jalan2 pusing malaysia..
selamat bercuti kak jie.. 🙂
akak dh banyak kali sampai nampaknya.saya tak pernah lagi walaupun duk melawati je..hoho..kene gi skali ni
Selamat bercuti..In Syaa Allah kalau ada rezeki, kita berjumpa di Baling.. 🙂
* Seronok tengok gambar suasana menjelang malam di Genting..(gambar ke-5)..
bestnya..tempat tu memang menarik ditambah lagi dgn keadaan sejuk disana…:)
Cantik pemandangan senja yang gelap dari atas sana.
Ingat bermalam kat genting =)
Selamat bercuti yer kak jie…moga selamat semuanya…
p/s-intan kena segar sepanjang pemanduan =)
Huhuhu,dah lama tak terjah genting highlands…
cantik pemandangan kt sana kan.. hehe..
salam kak, ila mmg suka sangat pg genting sbb sejuk.. cameron n kundasang., kalau pantai ila cuba elakkan sbb bila tak tahan panas ila mudah pitam
tempatnya bagus ya. melihat pemandangan kota di malam hari..
budak tu mesti tidur kan? haha..
tak tahu bila lepas nak p genting tu..hari2 duk tengok dari bawah ni..dari rumah kakjie ada nampak tak genting tu?… kat sini sayup2 aje…
~selamat bercuti buat kak jie dan keluarga… moga selamat sampai ke destinasi… cayalah! kakjie…dengan gagahnya memandu 380km… 🙂
dulu sewaktu belajar di Jengka, ini lah tempat hilangkan stress.
suka tengok suasana masuk maghrib..memang syahdu sangat..
itu la ingat kakjie pergi kpop. tak percaya je.. he he
selamat bercuti kak jie dan intan…
kak jie kalau pergi tak duduk dalam bangunan yang ramai orang … memang cari taman ni.
sama la kita kak jie.. tak suka duk dalam bangunan.. bising lagi lagi masa roller coaster lalu tu..
Semua budak UiTM pegi tempat nie kat DT… Hehehe…
selalunya la.. lagi lagi masa dapat duit PTPTN.. he he.. kalau takde duit, mandi air terjun je
Selamat bercuti Kak Jie….lama dah tak naik Genting :)…
Datanglah rumah kak jie…. kak jie bawa pi Genting.
Makan kenyang² kat rumah.. pergi sana jalan-jalan saja… 🙂
bestnyaaa…. tapi tang pergi lama, balik cepat tu memang magic.
pergi mendaki…tapi semalam memang kereta banyak dari arah Genting. Ramai pemandu dari Kuantan ( timur ) yang akan ke utara akan ikut jalan Genting Sempah – Gohtong Jaya – Batang Kali ke utara berbanding ikut lalulan Highway Karak hingga ke Gombak.