Wakil  Rakyat Dan ADUN Saya Di PRU 13
Isu Semasa

Wakil Rakyat Dan ADUN Saya Di PRU 13

edit 6/5/2013 – Keputusan Rasmi PRU13 – klik – Keputusan Terkini PRU13

PRU 13

Hari ni Hari Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Umum ( PRU) ke 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013.  Tentu  ramai dah tahu calon yang akan menjadi  wakil kawasan kita nanti.

Saya akan membuang undi di Parlimen Sabak Bernam ( P 092) dan Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar ( N 01 )

Calon Ahli Parlimen yang bertanding di P 092 Sabak Bernam

  • Dr Abdul Aziz Bin Bari ( PKR)
  • Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh ( BN)

Abdul Aziz Bari  bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Fasiah  bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri N 01 Sungai Air Tawar

  • Abdul Wahid Bin  Rais ( PAS )
  • Kamarol Zaki Malik ( BN )

Abdul Wahid seorang pesara guru yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sabak Bernam

Itu saja maklumat yang saya dapat dari carian internet.  Tetapi maklumat yang diterima dari mulut ke mulut dari penduduk tempatan  ada banyak.

Saya dah buat keputusan untuk memilih siapa… tetapi undi adalah rahsia.    Jangan gatal- gatal tangan nak instagram kertas undi  pula nanti.

Siapa calon Wakil Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) anda?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Wakil Rakyat Dan ADUN Saya Di PRU 13

  1. Saya mengundi di parlimen Kuala Terengganu dan Dun Batu Buruk =)

    Selamat mengundi buat kak jie dan rakan2 blogger.

    p.s. jgn2, ada yg betul2 buat intagram kertas undi nanti..hoho

  2. sama calon dengan isteri lah nasib baik dewan beza kalau tak mesti jumpa … bagus juga idea instagram kertas undi tu heeee

  3. Menarik calon lawan satu sama satu baru best. Kalau ada calon bebas tentu akan pecah undi. Ada sesetengah negeri calon bebas yang ramai.

Comments are closed.