Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi.
Benda ni saya dengar sebulan lepas, tetiba menjadi fenomena rakyat di Youtube. Korea sangat berjaya dalam marketing, contoh Kpop. Cara mereka menguasai dunia alaf baru dan terus menjadi virus sensasi.
Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute tapi bukan gedik!
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB . Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”
Antara lirik Kiyomi Song yang yang dialihbahasa dalam Bahasa Inggeris
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi
Kita pun sebenarnya dah ada lagu-lagu comel macam tu, contoh lagu ni yang kita sering nyanyikan waktu di tadika.
Satu-satu saya sayang ibu,
Dua-dua saya sayang ayah,
Tiga-tiga sayang adik kakak,
Satu-dua-tiga sayang semuanya…
Ini contoh Kiyomi Song yang betul-betul cute dan comel oleh Gail Sophicha dengan Ukulele . Kebanyakkan yang diupload di Youtube terlebih gedik.
Nota : Gedik -gedik Kiyomi Song pun berkali ganda lebih baik dari video PSY terbaru, Gentleman. Tengok sekali imbas dan itulah yang terakhir.
creative betul orang korea ni ek. pandai memanfaatkan jaringan internet, al maklum la korea mempunyai pengguna internet paling ramai…
Saat ini korea jadi pusatnya ya, apa2 selalu jadi trend
semoga akar budaya negeri kita tidak akan tergerus oleh arus seperti ini nantinya, bahaya ..
ni adaptasi dari anak itik tok wi…hehe
saya tak tau sgt psl nih sbb line lmbt xdan nk buka video tp kt fb heboh dok cerita gwiyomi
baru tahu nie dah popular…
benar-benar cute ini anak, sepertinya bisa dicoba bikin seperti ini hehehe
memang fenomena sekarang..Korea..pakat-pakat nak comey..orang kita tiru..last-last jadi gedik..haha
huhuu..sy belum tengok lagi gwiyomi nie.. hehe
Setakat ni anak-anak tak tahu lagi pasal gwiyomi ni..diaorang layan otomen je..hehe
Dulu gangnam style, sekarang Gwiyomi, lepasni entah apa. Mudah sangat kita terpesona dengan fad macam ni 🙁
tak minat benda2 mcmni
Memang jadi viral. Masakan anak sendiri pun suka. 🙂
Petanda jiwa kita kosong. Pantang ada budaya luar masuk, masing2 nak ikut.
saya layan juga gwiyomi ni..sebab comel..tapi kalau sendiri yang buat, rasanya orang tengok pun boleh muntah..hehe..
yang lagu baru Psy tu tak tengok lagi..
Anak2 suka dengan gwiyomi nih,sebab kiut n sopan,lagi pun muzik nyer dapat diterima oleh halwa telinga.
dh jadi ikutan sampai ayam goreng kfc pn ala korea, tapi sedap…..hehe
mmg tak tahu benda ni namanya gwiyomi…
adalah jugak tgk comedian korea kat KBS channel buat lawak ngn aksi cute ni…rupa2nya inilah bendanya
assalamualaikum kujie….betul tu mula2 mmg x tahu juga tapi bila dah semuanya sibuk2 skg ni teringin gak nak melihat videonya…bila dah tengok baru la tahu apa tu gwiyomi ni….:)
akhirnya, masuk blog K.Jie baru lah tertengok video tu. hi hi hi…
ha ha … ni edisi betul betul comel…yang anak-anak dara belasan tahun dok buat tu tak sanggup nak share, tak berkenanan,
budak 7 tahun buat , comel dan cute!
terbaik! suka ngn prinsip kak jie menulis artikel =)
Kalu kak ton buat Kiyomi song tuh mana lg comel? 😉
he he he…. tak dapat nak bayangkan
Tah apa yang menarik sangat dengan psy tak tau le…terginja ginja…
kiyomi song ni pun sama… bukan semua sesuai nak ikut
harap tarian baru psy xjai viraal pulak ..tu lagi teruk..lari tajuk sikit..hehe
Jadi fenomena betul segala benda dari korea pun sampaikan KFC pun buat ayam korea jugak..
Gwiyomi the best! biarlah video lagu ini lebih popular dari video Psy-Gentleman tuh… saya pun tak suka…
kak jie tgok gentleman tu sekali imbas je..itulah yg terakhir
tak sanggup nak tgok….
cumil
agak² kalau saya buat comel tak?
kak ton belum try lagi tu..hihi
kalau cikgu yg buat, kak jie akan share dan like banyak kali :p
erm… mula-mula tengok kat facebook video ni memang tak faham..apa lah yang dorang buat.. yang video budak kecil tu…cute…
ada yang entahapa-apa orang tua yang dah bermisai, pakai rambut palsu tu langsung out… lawak pun tidak…
sebelum ni kami anak beranak adalah sesekali dok kiyomi kiyomi
tak sangka pula ada org kita yg sanggup share kt utube tu
budak2 7 tahun ni buat comellah… santun tanpa gedik