Selepas 3N4D di Kenyir, kami bergerak ke Langkawi. Tapi bukan terus memandu ke Langkawi. Kami memilih untuk ke Langkawi melalui Lebuhraya Timur Barat). Singgah Rantau Panjang memborong entah apa ( orang lelaki bertiga tu ), saya dengan Intan tunggu dalam kereta saja. Tak sanggup nak berpeluh membahang semata-mata nak cari sehelai baju.
Dari Rantau Panjang kami singgah bermalam di rumah mak di Baling.
- Kenyir – Felda Aring – Kuala Krai – Machang – Tanah Merah – Ayer Lanas – Rantau Panjang = 239 KM
- Rantau Panjang – Gerik – Pengkalan Hulu – Kampung Bandar ( Baling ) = 239 KM
- Baling – Kuala Kedah = 110 KM
Tiket feri ke Langkawi tak boleh buat tempahan, kecuali untuk rombongan. Bila sampai di jeti, beraturlah di kaunter tiket. Tetapi tiket feri dari Langkawi untuk kembali ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah boleh dibeli lebih awal apabila sampai di Langkawi.
- Harga tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi ialah RM 18 sehala ( kanak-kanak RM 13 ).
- Tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi – RM 23 ( kanak-kanak RM 17 )
- Waktu feri beroperasi dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam.
Begitulah panjangnya perjalanan sebelum menjejak kaki ke Langkawi kali ini. Di Pulau Langkawi sudah ada saudara yang menunggu untuk dipinjamkan kereta.
Selepas hantar beg dan berehat seketika di rumah saudara, kami ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) untuk melihat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA). Seperti pameran LIMA 2011, harga tiket masuk adalah RM 10.00 seorang.
Keselamatan untuk memasuki dewan pameran Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition ( LIMA 2013 ) ini dikawal dengan ketat. Beg yang dibawa akan discan terlebih dahulu.
Sampai saja, pertunjukkan udara oleh jet pejuang sedang berlangsung di Padang Matsirat International Airport . Sebanyak 10 pasukan telah beraksi di ruang udara Langkawi sempena LIMA 2013 kali ini
- Extra-300L Kris Skati (1Malaysia Aeornatic Team)
- SU-30 MKM (Royal Malaysia Air Force)
- MiG-29N (Royal Malaysia Air Force)
- Rafale (Dassault)
- Typhoon (Royal Air Force)
- F-18 Super Hornet (Boeing)
- Gripen (Royal Thai Air Force)
- KT-1B (Jupiter Aerobatic Team, TNI AU)
- C-17 (USAF)
- SU-27 (Russian Knights)
* sumber – http://www.lima.com.my
Pesawat pengangkutan tentera C-17 milik US Air .
Pesawat KT-1B milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara ( TNI AU ) yang dikenali dengan nama Jupiter Aerobatic Team. 7 pesawat yang terlibat semasa membuat beberapa formasi menarik pada hari tersebut.
Sukhoi Su-30MKM dari Royal Malaysian Air Force dan yang paling memukau sewaktu melakukan aksi ‘Purgachev Cobra’ yang dipanggil “TVC Spin Roll for High Alpha” . Antara beberapa istilah aksi aerobatik yang dilakukan oleh Sukhoi Su-30MKM ialah Half Loop Tumble Yaw, TVC Flat Spin, Tail Slide Maneuver, TVC Power Wind dan Spin Roll.
MiG-29N sebagai pesawat pemintas dua enjin yang mempunyai keupayaan tempur jarak dekat turut membuat beberapa formasi akrobatik yang menarik. Diterbangkan oleh para juruterbang yang lebih dikenali sebagai “The Smokey Bandits “ adalah satu unit dari No 17/19 SKN (Skuadron) berpusat di Kuantan, Pahang.
Anak-anak saya masih menyimpan poster pasukan ini yang ditandatangani oleh juruterbang “The Smokey Bandits” sewaktu mengunjungi LIMA 2011.
Beberapa formasi yang telah dipertunjukkan oleh The Somkey Bandits dengan MiG-29N seperti Smokey Run In Arrow, Grand Criss Cross, Climbing Cross , John Derry Right, Inverted Fly, Solo Snatch 8G, Solo 4 Point Roll, Solo Victory Roll, Solo 6G Pull Up & Climb Barrel Left , Knife Edge dan lain-lain .
Aksi barrel roll – French Air Force (Rafale)
Hari kedua pameran, kami tidak masuk ke MIEC, tetapi melihat dari kampung di tepi landasan lapangan terbang. Melihat pertunjunkkan udara dari sudut yang berbeza dari semalam juga sangat menarik.
Selain pertunjukkan udara, disekitar lapangan diletakkan beberapa pesawat untuk pameran statik untuk dilihat dengan lebih dekat juga ruang pameran di dalam dewan.
Bukan senjata mainan, betul – betul punya…
Saya juga jumpa blogger. Sebelum pergi Langkawi ada juga bertweet sana sini tanya sesiapa yang akan ke LIMA, Blogger Ujang ( UKM) dan LanBingka ( UPM) bertugas di LIMA 2013 . Mereka tak kenal sebelum ini sebelum saya mentionkan mereka berdua di Twitter.
Seorang lagi Blogger HeyMijie ( Bomba ) balik ke KL pada hati saya sampai ke Langkawi. Tak dapatlah berjumpa.
Nanti share gambar kapal laut pula ye… dan aktiviti mengelilingi pulau.
Cuaca kat Langkawi panas membahang, sampai hidung pun dah menggelupas.
Bisa lihat langsung, pengalaman sangat menarik
Kak, saya teringat akak kata anak akak panggil saya abang Liverpool.. Ada kekeliruan di sini, saya penyokong tegar Newcastle United! 😉
fuuuuuuuh!
tgk gambar saje dah buatkan ambe simpan impian utk bawak2 famili ke sana satu hari nanti…
thanks kak jie berkongsi kemeriahan LIMA.
p/s. ngam sungguh yer 3 org lelaki itu yer =)
wow…seronoknya kak jie….
Bangga dengan “The Smokey Bandits” yang berpengkalan di Kuantan.. 🙂
Smokey dapat jumpa blogger di LIMA. Rakan sekerja persembahan terbaik adalah penerbangan akrobatik dari RAF Eurofighter Typhoon.
tak pernah sampai LIMA… nampak best ja….
wahh..seronoknya..bestnya la kalau dapat pergi..
seronok mengayau ni..
saya suka gambar-gambar kat LIMA nie…fantastic…
Sukhoi Su-30MKM – Perghh……