Pisang Kaki Atau Persimmon Fruit
Pengetahuan Am

Pisang Kaki Atau Persimmon Fruit

pisang kaki

Namanya Pisang Kaki tapi langsung tak ada iras atau rasa seperti pisang. Along cakap macam buah tomato. Mungkin sebab itu pada mulanya dia hanya pandang², tak usik pun. Saya pun baru setahun dua ni saja pandai makan Pisang Kaki atau persimmon fruit. Dulu selalu nampak buah jingga kemerah-merahan ini  di supermarket tetapi macam takut² nak mencuba. Sekali mencuba terus jatuh cinta.

Pisang Kaki ini sebiji berharga dalam RM 1.50. Tak tentu bergantung pada musim dan bekalan.  Dekat Giant, saya nampak buah ini diimport dari Korea. Bila beli bajet k-pop tegar aje!

Hari ini saya beli di pasar, sebiji RM 1.00.  Katanya dari China.  Beli RM 10.00 dapat 11 biji. Banyaknya……… tapi tak sampai satu hari dah tinggal 2 biji.

buah pisang kaki

Cara nak makan buah pisang kaki ni tak perlu dikupas. Belah saja dan makan. Tetapi kalau nak buang kulit pun tak ada salahnya, kulitnya tak adalah keras macam kulit manggis.  Hati-hati dengan biji yang seperti biji buah ciku, takut tercekik.

Rasa Pisang Kaki ini seperti buah pear atau epal, manis dan rangup. Pisang Kaki juga boleh didapati dalam bentuk kering.

Namanya Pisang Kaki, tapi rupa dan rasa tak seperti pisang.  Kenapa?  Cari di wikipedia mengenai Persimmon menyatakan bahawa nama “pisang kaki” berasal dari perkataan ‘kaki’ dalam bahasa Jepun. Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.

Saya jarang nak ambil tahu khasiat buah-buahan secara khusus, selagi ianya buah-buahan, tentu bagus untuk kesihatan. Selagi kita makan dengan kadar yang berpatutan, ianya sudah tentu baik. Maklumat ini sudah cukup untuk saya.

©kujie –  Cuti² sekolah macam ni, saya agak kurang beronline, jadi kadang² email yang lama saya terlupa nak balas.  Sila hubungi semula jika ianya penting.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Pisang Kaki Atau Persimmon Fruit

  1. nak makan buah nie fresh2 g la medan dekat berastagi tak payah susah nk g jepun ke china ke korea, besepah2 buah nie kat situ..

  2. susah nak dapat pisang kaki nih. saya dulu orang bagi mula-mula tengok ingatkan buah untuk digulai lepas tu baru diberitahu itu pisang kaki namanya.

  3. Pernah sekali jer rasanya makan pisang kaki ni, itupun bukan saya yang beli… bila terjumpa kat mana-mana kedai, tak pernah terdetik nak beli sendiri.

  4. melihat dari bentuknya persis buah tomat, namun pada bagian dalam seperti apel .. saya baru tahu tentang buah ini 🙂

  5. First time tahu mengenai Pisang Kaki, selalunya makan yang cavendish warna kuning jer. Haha.

    Tapi pelik, kenapalah namanya pisang. Iras-iras pisang pun langsung takde.

  6. sekali tengok macam tomato. bila dah belah nampak macam ciku. tak pernah jumpa pula kat sini, atau…tertukar buah ni dengan tomato

  7. kenapa ia di namakan pisang kaki…padahal ianya adalah rupa seperti tomato…kalo kaki takder kaki lak…rupanya…org jepun bagi nama buah ni yerk….1st time tgk ni huhu

  8. bagi saya dan keluarga makan pisang kaki perut kembong susah nak buang agin dan susah buang air besar, sebab tulah orang jepun dan orang luar negara minum jus pagi2,dia banyak makan pisang kaki. saya minta izin dgn iklas dari kak ge nak salin resepi

    1. oooo…. pulak. tak serasi ye

      kita ni makan sekali setahun, dua kali setahun mungkin tak rasa kesan ketara, kot.

      p/s resepi apa yang nak disalin tu…

    1. tau juga sikit² bab khasiatnya, baca beberapa info tetapi tak adalah nak hafal sangat… kak jie ni kan jenis hidup yg simple..yg senang² je…

  9. memang dah lama nampak buah ni terjual kat pasar raya dan penjual buah (terutamanya bangsa cina)..

    seumur hidup baru pertama kali makan buah ni minggu lepas..tu pun baru sy tau minggu lepas sy makan buah pisang kaki sebab tengok gambar yg kak jie pos ni (sebab yg sy makan tu sudah dipotong2)..

      1. memang macam tak patut lansung nak dipanggil pisang..

        tapi macam sedap jugak pertama kali makan tu..tak pasti la memang rasa dia camtu..tak terlalu manis dan tak pulak ada masam2 ke..

    1. waalaikumsalam niza

      yup, kak jie pun ada baca pasal kandungan gula..tapi mcm kak jie cakap, jangan berlebihan, cukuplah.

      semua benda pun, kan… 🙂

  10. Salam. Selalu perasan pisang kaki ni kat pasaraya. tengok jer selama ini. ingat sejenis sayur2an. Rupe2nya Buah yea.

  11. salam kak jie.. saya baru rasa pisang kaki ni jumaat lepas. Mak beli di kedai buah. Mula-mula takut-takut nak makan. (takut kelat/masam) Skali rasa sedap dan manis terus dua biji saya makan non-stop..

    1. w’salam… kak jie pun baru kenal setahun dua ni
      nampak kat Tesco, lepas tu adalah beli dua tiga kali
      bila diluar musim, mahal sikit….skrg ni mcm musim dia kot

    1. oooo… agaknya sekarang memang musim buah ni kot sebab tu boleh nampak banyak kat pasar tadi. kalau diluar musim, memang mahal sikit

  12. Makan buah memang best. Besar nikmatnya berbanding makan benda lain. Tapi, tidak ramai yang suka dan menghabiskan duitnya untuk membeli buah-buahan.

Comments are closed.