Jimat RM 3, Tukar Jenis Bil Celcom
Isu Semasa

Jimat RM 3, Tukar Jenis Bil Celcom

Saya adalah pengguna Celcom sejak berkurun , tak pernah tukar lain sebab keperluan yang sering bergerak ke utara, selatan , timur dan barat. Lagi satu sebab kerana kawasan tempat tinggal saya di Hulu Selangor ini hanya boleh diakses melalui Celcom. Bagi saya semua syarikat telekomunikasi sama – ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita sebagai pengguna kena pilih satu yang menepati kegunaan kita. Mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi buat pilihan mana yang ada kelebihan mengikut keperluan sendiri.

Syarikat A baik untuk Encik A sebab keperluan dia begini begitu… Syarikat B mungkin baik untuk Encik B kerana memenuhi keperluan dia yang macam tu macam ni… Kalau Encik C cakap syarikat C bagus, belum tentu bagus bagi kita kerana kedudukan liputan yang berbeza atau kegunaan yang tak sama.

Mukadimah macam promoter syarikat komunikasi jee….. hiks!

Sebenarnya saya cuma nak menulis atas keperluan peringatan. Peringatan keatas diri sendiri… rujukan masa akan datang.

Saya baru saja membuat perubahan jenis bil yang akan diterima. Selama ini saya menerima bil terperinci secara bercetak yang dihantar ke alamat rumah. Perkhidmatan ini dikenakan cas sebanyak RM 3.00 . Dah lama bercadang nak tukar tanpa menggunakan bil tetapi selalu terlupa.

Pagi ini saya login ke akaun Celcom dan cuba membuat pertukaran jenis bil. Saya mahu bil ringkasan secara online tanpa perlu dicetak dan dihantar ke rumah. Dapatlah berjimat RM 3.00. Kalau setahun RM 3.00 x 12 bulan = RM 36.00. Saya tak perlu bayar sesuatu yang bukan keperluan. Bil telefon saya bukan rumit dan beratus-ratus ringgit yang perlukan perincian untuk semakan. Bil saya di bawah RM 100 termasuk data plan internet.

akaun celcom oline
Bill Celcom Online

Sistem Celcom pelik sikit. Pada interface akaun ada tercatit bayaran yang perlu dibayar walau pun bayaran tersebut telah dijelaskan. Kalau kita semak Payment History, status bayaran tersebut telah ‘success‘  Tak perlu terkejut… memang dalam satu sistem, ada dua perkara berbeza.

change bill type celcom
Bill Bercetak Berharga RM 3

Login akaun Celcom, pergi ke My Account -> Change Bill Type -> Change

Cubaan saya menukar jenis bil tidak berjaya.  Ada error warna merah.   Saya telefon Celcom Careline 1111 dan mereka yang tukarkan.

Dari bacaan pengalaman orang lain di internet, saya tahu ramai yang mengalami masalah bayaran RM 3 tetap dikenakan walaupun mereka telah menukar perkhidmatan bil tanpa cetak dan bil tidak pernah dihantar ke rumah.  Jadi entri ini adalah sebagai peringatan supaya saya  menyemak bil  bulan akan datang.

Kadang² benda kecil macam ni terlepas pandang…

 

Tolong Ingatkan Aku bak kata Ana Rafalli.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Jimat RM 3, Tukar Jenis Bil Celcom

  1. saya pun pakai bill online jugak skrg ni.. sekali je bill celcom hantar sampai rumah masa bulan pertama bertukar ke postpaid.. tengok dalam akaun rupanya diorang caj RM3 utk kertas bil.. terus tukar.. RM3 bleh buat beli benda lain..

  2. masih lagi pengguna setia celcom prabayar sejak 10 tahun lepas..memang tak pernah guna melebihi RM30 setiap bulan..jimat berabis sampaikan kadang kadang bila baki prabayar tu dibawak ke depan pernah jadi sampai beratus..

  3. ila pun kadangkala mcm akak. nak ingat sesuatu tulis dalm blog. then gali balik dalam blog nak caril detail hihi.. slmt hujung minggu kaka

  4. Nasib baik masa saya daftar Maxis, dia tanya siap-siap nak hantar bill ke rumah atau email sahaja. Saya pilih email, dapat jimat di situ. 🙂

  5. Saya pun batalkan juga bill kertas untuk perkhidmatan telefon saya bersama DiGi, cuma tak ingat jimat berapa RM, tapi sama macam kak jie, saya tidak ada bill yang rumit atau banyak yang sampai perlukan saya untuk teliti senarai bill melalui kertas.

    Selain jimat duit, boleh jimatkan penggunaan kertas juga, bill digital pun okay jer untuk tengok penggunaan kita.

  6. Apa yang ditulis kak Jie betul. Setiap pembekal telekomunikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan antara sebab saya pilih liputan bukan pada jenama.

    Kalau online billing menjimatkan kos caj cetakkan bil dan pada sama mengurangkan kesan global warming. 🙂

  7. maxis punya bill bercetak rm5! memang sejak tukar ke postpaid 5 tahun lepas tak ambil printed bills ni.. wat semak je.. itu pun still korek2 lagi kot2 mana2 cas lagi yang boleh dikurangkan.. hihi

    1. kak jie ni asik tertangguh…. aish… mmg bil tu tak pernah belek pun sbb tak ada sgt benda asing pun… kira terlewat juga nak ubah..hiks

    2. Sejak mengunakan paper less bil lebih mudah dapat menerima notifikasi notis pembayaran bil. Cuma kalau kertas cetakkan beringat sedikit. 🙂

Comments are closed.