Secara rasminya saya telah upgrade Samsung Galaxy S3 Jelly Bean ( Android 4.1.1 ) semalam. Selamat tinggal ais krim dan sandwich, menu sekarang ialah jeli kacang.
Senang saja nak update official Jelly Bean sebenarnya. Saya tak gunakan Samsung KIES pun. Semua proses menaiktaraf tersebut selesai dalam masa tak sampai pun sejam bergantung kepada kelajuan capaian internet.
Cara upgrade Samsung Galaxy S3 Jelly Bean.
Setting -> About Device -> Software Update -> check for update.
Pastikan ada talian internet yang stabil.
Bila dah upgrade ke Andoroid 4.1.1 Jelly Bean , apa beza Android 4.0.1 Ice Cream Sandwich ( ICS ) sebelum ni?
1. Perkara pertama yang saya perasan adalah untuk delete email, message atau image. Kalau dulu akan ditanya YES or NO, sekarang kalau klik Delete, terus hilang. Tak tanya-tanya lagi.
2. Dengan Android 4.1.1 Jelly Bean , email akan memaparkan ringkasan (summary) dan boleh melihat image MMS pada notifications display .
3. . Satu perubahan dalam Jelly Bean adalah Quick Message. Kalau ada panggilan yang tidak dapat dijawap, kita boleh pilih untuk membalas panggilan tidak berjawap itu dengan menghantar pesanan segera dengan sekali sentuh. Boleh create pesanan baru selain dari default yang sedia ada.
Boleh pilih nak hantar pesanan ‘reject call ‘ melalui WhatsApp atau SMS.
4. Boleh tick spam messages yang tidak dikehendaki.
5. Display home screen mode yang mudah. Pilih yang basic atau yang easy
6. Blocking Mode – Boleh sekat panggilan yang tidak dikehendaki.
7. Semua akaun yang ada berada pada primary setting.
8. . Untuk keluarkan aplikasi atau widget dari skrin cuma perlu flinging / swipe atau kuis keluar di mana-mana penjuru skrin.
9. Icon akan bergerak ke tempat lain secara automatik sekiranya bertindih pada homescreen.
10. Lebih laju, ringan dan menarik. Pergerakkan pada UI ( User Interface ) sangat licin dan ringan sewaktu men-drag sesuatu widget atau aplikasi
Cukuplah 10 perubahan mudah saya temui untuk hari pertama menaiktaraf S3 Jelly Bean. Ada banyak lagi fungsi lain yang perlu diterokai. Bab-bab teknikal tu kena tunggu Angah yang terangkan. Dia lebih advance dari saya dalam sudut ini.
Saya dah mencuba Google Now , search dengan bantuan suara tetapi dia macam tak berapa nak faham bahasa inggeris kampung saya…hiks!
Wah… Samsung S-Voice dah bertukar jantina. Dulu lelaki sekarang suara awek!
salam kak..saya nak tnye macam mane saya nak tukar aplikasi messaging?
yang sekarang saya perlu menulis pada skirn utuk taip msg kepada aplikasi penggunaan keyboard..
masalah nye tk tahu mcm mane ank kecik saya main phone nie…
saya guna samsung galaxy s3
as salam..sya ada soalan..sape2 yg blh jwb mohon pertolongan..sya guna samsung note 2..baru2 ni ada upgrade software ke android 3..lps upgrade je bateri sya cepat je abis..sblm ni x mcm tu pun..apa puncanya dan cara nk setelkan mslh ini
macamane nak block panggilan dpd unwanted person tu..kurang fahamlah.huhu
Seblm jawap, nak tau awak guna handset apa… berbeza hp berbeza cara.
macamane nak block panggilan dpd unwanted person 2..kurang fahamlah.huhu
Sepertinya perubahan ini malah makin membuat Samsung Galaxy jadi lebih simple penyetingannya dn lagi makin mempermudah kita
nice share
saya nak ty..kalo s3 tu dah upgrade ke jelly bean tp bila dah root..kenapa logo samsung x keluar bila kita on yer?plzz help me..
sebenarnya root tiada kaitan dengan logo samsung… root cuma memberikan kita kuasa terhadap phone.
samsung galaxy ni masih lg ketinggalan zaman la, version 4.0.4 dan 4.1.1 dh lama aku tgglkan, aku pakai samsung nexus skrg ni version yg aku guna 4.1.2….terbaeeeikkk
menarik tapi belum ada duit nak beli 😉
memang terasa perbezaan Samsung Galaxy S3 lepas upgrade ke Jelly Bean
Rasa nak pakai samsung la pulak. Hohoho!
Iphone macam tak best je…huhu.. Nak tukar la. Haha.
saya dah lama pakai JB since Samsung keluarkan beta firmware untuk negara UK. Rasanya dah 2 bulan.
mmg banyak terasa perbezaannya.
Kak Jie tak ROOTED S3 ke? …
S3 saya dah kira bukan ‘ORI’ lagi. Rooted, CustomROM.
kamera+gallery ambil dari Note2.
smart rotation juga dari Note2.
keyboard ambil android 4.2.
touchwiz juga upgrade sikit. notis board ada 15 toogle berbanding 10 utk yg normal.
dah terbiasa iPhone nak kena study utk upgrade S3 wife ni.
Kalau nggak dibahas dalam postingan ini akunya nggak bakalan tahu
nice info
Bagaiman dgn jangkahayat bateri. Saya dah update juga kepada jelly bean. Tapi bateri handphone cepat habis. Ke bateri s3 saya yang dah kong
bab bateri tak reti nak beza sebab kegunaan tiap hari berbeza.
kalau dok rumah…. biasa je. tak guna sgt sbb lebih suka online kt pc
kalau keluar , baru guna hp
jadi tak pandai nak guna garis pengukur bab ni. orang yang rutin dia tetap, keguaan dia tetap.. surf internet secara rutin yg tetap dpt kot nak bagi data lengkap dan penuh.
kalau kak jie ckp agak2 je..mcm tak best nak buat perbandingan.
Huuu.. takde ke cara nak upgrade samsung ACE…. T_T
yeay! dah tau caranya~
ninjaromeo.com/update-samsung-galaxy-ace-jelly-bean-official-cm10-rom/
huhu… hs terus crash.. tak pandai upgrade. huhu.. last2, hantar kedai.. nasib la kena bayar RM30 je.. 🙂 ngeh..
saya dah nak masuk seminggu rasanya update ke Jelly Bean ni, lebih smooth lah 🙂
bila Galaxy note nak upgrade ke Jelly ni.. nak rasa juga perubahan ni..
kalau dh lama guna ICS, kita nampak dan perasa perubahan, kalau baru je guna ICS tak terasa sgt..
Note 2 sudah tersedia dengan 4.1.1.
tu note yang baru… note yg lama kena upgrade sendiri
saya pun dah cuba Google Now.. lain yang cakap, lain yang dia dengar.. hehe
Mungkin sebutan belum tahap standard.
baru cuba sekali dua… tunggu nanti nak main-main lagi dengan Google Now tu, seronok pula bersembang dgn gadjet
nak kena betul tajwidnya tu… baru dia faham :p
Google Now pun pandai tajwid?? 😮
sensitif juga yer…hehe
1. Kalah reviu Amanz.my 😆
2. AJK KIA PROPA 😉
3. Comelnya wallpaper 😀
4. Masih guna 4.0.3.
1. Tak boleh lawan revie Amanz.my yang guna Bahasa Malaysia berprofil tinggi
2. Jgn terkejut kalau Pengerusi AJK KIAH PROPA tu encik Azman Ishak ( harap dia tak baca komen ni…tgh sibuk bini nak bersalin tuuuu )
3. Suka wall paper ni sebab bunga dandelion betul² berada pada kotak search
4. Berdebar juga nak upgrade 4.1.1 ni sebab kalau gagal tak tau nak rujuk kat sapa.. :p
perghh mama ni rajin , walau bz mcm mana pung ..
kak jie bab teknikal mcm ni suka… senang tak payah nak mengayat
canggih…memang canggih….
berdebar nak upgrade tu.. sebab pertama kali 🙂