Isu Semasa

Kaitan wanita separuh bogel dan ayam

mayat-digantung
Semalam saya keluar ke Rawang , dalam pukul 11 pagi. Lalu kawasan ini dan memang dah agak ada kes jenayah sebab ramai polis dan pegawai penyiasat dikerumuni orang ramai. Tempat kejadian sangat dekat dengan jalanraya sebelah Stesen Petronas Sg Choh.

Saya sedang  memandu, jadi teruskan perjalanan.  Takut sebenarnya .

Malam tadi saya mencari berita dari Metro Online ( zaman sekarang tak perlu tunggu tv untuk tahu berita terkini ).

Seorang wanita ditemui mati tergantung pada dahan sebatang pokok durian, dipercayai dibunuh berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Choh.

Ketika ditemui pukul 7.45 pagi, mayat wanita itu digantung mengguna tali dan hanya memakai coli serta seluar dalam.

Polis juga menemui kesan pergelutan di tempat kejadian dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang suspek.

Rujukan : myMetro & Kosmo

Kemudian baca pula kisah ayam cucuk di akhbar Metro.

HARAM... ayam yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
HARAM... ayam yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Saya teringat anak saya yang baru berusia 14 tahun waktu itu memberi pendapat :

” Mama tau kenapa skrg ni selalu ada kes bunuh….orang senang² jer bunuh, cincang orang macam yang kita selalu tgok kat tv…selalu baca kat paper? Mama tau….sebab makanan yg kita makan…”

” Ye ke Ngah ? ”

” Macam ayam, kat pasar tu orang potong ayam main hentam² tak der belas kasihan …tak macam dulu², kita porong ayam cermat² ikut sendi² .”

” Mana Angah tau , macam la Angah pernah tengok Tok dengan TokWan sembelih ayam kat kampung”

” Cikgu Angah cerita…”

©Kujie – terimakasih cikgu Angah!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Kaitan wanita separuh bogel dan ayam

  1. He he he he… ha ha ha ha (tak ada kaitan dengan kes pembunuhan dan juga kes ayam tu tapi membalas komen Tie [Tie, apa payah sangat nak masuk blog Tie?] dan Maza dan Jie)
    Anyway, apa yang angah kata tu memang betul rasanya. Sebab itu kita sebagai umat Islam wajib berhati-hati memilih makanan kerana makanan yang kita telan akan menjadi darah daging kita. Menjadi kita. Kalau rosak makanan tu, maka rosaklah diri kita. Setuju tak Jie?

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  2. Kes wanita mati bogel kena bunuh… Nauzubillah… kes jenayah makin menjadi-jadi. Kemana hilangnya perikemanusiaan?

    Kes ayam, sembelih tak ikut syarak… kenapa boleh jadi macam ni? Yang patut disalahkan ditempat pertama (at 1st place) adalah tukang sembelih. Dah semestinya dia seorang Islam. Kenapa dia tak jalankan amanah? Berat tanggungjawab dia sebenarnya. Kerja yang dilakukannya cincai boncai, yang terima akibat : pembeli. Yang kena tempias : anak bininya sebab makan sumber rezeki yang tak bersih, halal dan toyyibah…

    samdaddycools last blog post..Pesta Seks : gejala baru remaja bawah umur

  3. geram je denga kes ayam tu kan…zaman skrg ni ssh betul nk percaya..takkan nak kena bela ayam sendiri lak…huhuhu…

    p/s:sy kena belajar mkn ikan ari2..sbb tak bape suka mkn ikan..in process suka..

  4. sadis btol dgn keadaan skang.

    Sweet Thinkers last blog post..Awek Social Site, Errr Beloger?

  5. Tahu kah kita syarat kita Islam? Mgkn ramai tak tau

    1. Besih lidah
    2. Bersih mulut
    3. Bersih perut

    Sbb tu ramai yang jadi bukan2. Kalau kita jaga 3 benda ni Insyallah kita terpelihara zahir batin.

    ps:makna kena jumpa Tok Guru, saya tak pandai.

    haritzs last blog post..Ular Pelahap

    1. @|1f34|-|1r3, kes2 mcm ni mmg menarik minat apalagi berlaku di kawasan spt tempat kak jie..

      apa yg kita makan…darah daging kita

      1. @Kujie,

        Kata Nabi lagi (Lebih kurang ler – ingat2 lupa gitew…inginkan kepastian? kena lah semak kitab2 hadis), “Di hari kemudian Islam kembali menjadi begitu asing kepada manusia.

        Lalu ditanyai oleh seorang lelaki: Kenapa pula Ya Rasulullah

        Sabda Nabi SAW: “Islam dulu ganjil di tengah-tengah Jahiliah. Kemudian di akhir zaman ia kembali menjadi ganjil semula setelah ramai manusia kembali menjadi Jahilliah…” (h.r. Bokhari dan Muslim)

        mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

          1. @edame,

            … Juga diri kita, kaum keluarga dan jiran tetangga…

            Bab jiran tetangga lak, jangan jadi kes di Kuantan itu….

            “Keluarga nekad murtad disebbkan kemiskinan dan gangguan jiran tetangga!”
            -(psst. walhal cerita yg di akhbar itu masih ada banyak persoalan yg perlu dirungkai. sekurang2nya ia memberikan kita satu peringatan!)

            mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  6. banyak yang kita kena hati-hati sekarang ni jie… beli ayam kat pasar takut terkena ayam tak sembelih. macam tu juga makan ayam di McD atau KFC. Nasib tak baik termakan ayam cocok macam dalam gambar tu… begitu juga, kena hati-hati semasa keluar rumah. takut kena gantung macam kat pokok tu… namun, duduk dalam rumah sendiripun kena hati-hati….

    1. @belalangdewa, itulah… statistik menunjukkan mangsa biasanya mengenali penyerangnya..takutkan..org yg tidak kita sangka²

      terimakasih ye Pak Belalang

  7. Salam hormat wahai Kujie.

    Dalam kedua – dua kejadian. Sewajarnya hukuman berat dikenakan. Hari ini semua perkara itu seperti sudah menjadi perkara biasa.

    Abang Longs last blog post..KISAH SEKS (1)

  8. hish..seramner…zaman sekarang mcm2 benda pelik berlaku..takut nye..mcmane la dizaman anak-anak kite nanti..surely banyak sgt benda yg bukan2 terjadi…

    aishahs last blog post..@tag

  9. Tapi kan…….kesian kat mangsa bunuh tu…..

    Tie selalu berdoa…..harap2 bila mati nanti, tidaklah dalam keaiban, atau menyusahkan sesiapa…. Pendek kata….harap2 mati dalam iman dan aman…..Insap betul…!

    1. @Tie, sama-sama kita berdoa Tie, takut sgt sampai tak boleh buat apa pun tak boleh juga..hidup mesti diteruskan..berdoa saja pada Allah

    2. @Tie,

      Mati dibunuh, mesti ada sebab musababnya…. ada awalan punca dan ada akibatnya….

      Tetapi yg pasti, mungkin ia sebagai kifarah kepada si mati!

      Namun apa yang penting ialah, “Jenayah Mesti Dicegah! Jenayah Membawa Padah!”

      huhuhuhu

      mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  10. tapi kan bila ada penjual yang tak bertimbang rasa ni susah juga kita… dah la kita banyak bergantung pada diaorang… 🙁

    shays last blog post..EMOTICON ku yang PERTAMA.

  11. org jahat makin ganas skrg. dh le bunuh, gantung lg. ada yg bakar2, simen bagai.. rasanya mmg ada kaitan dgn apa yg kita makan.

    patut le dulu atuk pesan, jgn makan kt kedai sebarangan. ntah sapa yg masak. ntah ayam mana dia semelih. huhu

    1. @cikgu jawe, yg hairanya…byk pula idea dia nak buat mcm gitu….syaitan tolong.

      skrg ni makan kt rumah pun ayam beli kt kedai juga….

  12. semuanya ada kaitan dengan makanan. apa yang kita makan jadi darah kita.
    tak cukup makan ada yang sanggup membunuh dan sebagainya. makan pun ada macam-macam makanankan. makanan santapan jiwa, kalau ke arah agama, baiklah jadinya dan sebagainya.

    apa-apa pun kenyataannya ialah jenayah hari ni sungguh pelik-pelik dan mengerikan. paling banyak kes dilakukan oleh rakyat asing. pagi tadi pun ada satu kes yang sepatutnya jatuh hukum hari ni, abang aged 19 kerjakan adik-adik perempuan aged 8 dan 11. Ini lagi satu masalah negara. Apa sebabnya?

    Nauzubillah.

    1. @zany, org yg hari2 kat mahkamah mesti jumpa mcm2 kes pelik2…ngeri kan..kalau kita tahu kes tersebut secara peribadi…

  13. gud boy angah… 😉

    skarang ni mmg susah nak tahu ape yg kita makan tu halal ke haram ke..sbb ade makanan yg ada tanda halal, padahal belum pasti lagi tahap halal dia..hurm…
    Sy ni mmg cerewet skit pilih tempat makan. terutama tempat2 yg ekslusif ..was2 memanjang aje … :mrgreen:

    seram ye tgk mayat tu..even tak nampak rupa..tapi tgk dari luar dah seram..sapela punya angkara..takde ati perut..hmm…zalim!

    roses last blog post..Lenggang Perut

    1. @rose, kak jie jarang sgt makan kat luar..t.tapi dlm kes ni..ayam yg kita beli balik masak di rumah pun dah was2…nak makan ikan je hari2

  14. bijak sungguh anak kak jie…
    manusia skang mmg makin zalim…
    dulu ada terbaca artikel pasal pemakanan,dia cakap salah 1 sebab kenapa org skang lebey brutal is sebab banyak minum susu lembu waktu kecik2…sikit sebyk jiwa binatang tu tersemat dlm benak manusia…x tau la btol ke x..huhu..dulu pun ada kes bunuh tp x sekejam skang… 🙁

    aloqmalais last blog post..lelaki mengandung????..oh tidak…

    1. @aloqmalai, bijak sbb anak2 kak jie bukan minum susu lembu…hehehe..gurau je lah tapi mmg anak2 kak jie bf sampai 2 thn.

      kes2 jenayah skrg ni ngeri, kadang2 kita tak terfikir boleh jadi begitu kejam

  15. saya setuju dgn jawapan angah.
    Apa yg kita makan membentuk peribadi kita.

    Kalau tenguk berita mcmmana depa semeleh ayam, dgn terendam,berkubang dlm air merah berdarah, geli geleman nak termuntah..

    sallys last blog post..Sejuuukkknya hari ni…

    1. @sally, ngeri tu
      kalau kt pasar mlm tu tak sanggup nk tgok..pergi pasar kat gerai ayam tu tgok dia baling2…sepah2kan ayam2 tu merata2….

    1. @Mak Su, mcm mana kita nak elak maksu….susah kan…zaman semakin maju manusia makin hilang rasa tanggungjawap pada makhluk lain

  16. bagi maza, ada benarnya kata2 si angah itu…

    Kekadang kita tidak perasan bahawa Allah SWT menyalurkan hidayahnya melalui jalan yang tidak disangka2 seperti si angah yg baru berusia 14 thn, lantas mampu memberi jawapan yang cukup bernas!

    Apa yg penting ialah kita perlu fikir dan cari hidayah itu….kekadang hidayah tersembunyi disebalik keegoan kita juga….

    Adakalanya Hidayah bersembunyi dibalik kabinet dapur, atau di balik daun pintu tandas…..

    hohohoho…

    mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  17. mcm msuk akal gak tu, k.kujie…

    pe’el perangai org zaman skrg sebhgiannye dipengaruhi oleh mknn yg dimkn. byk mknn skrg yg b’status halal, tp sbnrnye xhalal…bile mkn mknn yg xhalal, hati pn jd kotor…btol kn. itu laa sbbnye ank2 yg blaja tahfiz dijaga pemknn mereka, spya hati bersih & terang nk terima ilmu hafaz ayat2 suci. secara xlangsung tingkah laku pn elok kn…

    bagus ank k.kujie…ingt ape yg cikgu ajar & share skali ngn mak dia… 🙂

    edames last blog post..Kemaruk Basikal

    1. @edame, mmg dari makanan…kita skrg ni mmg byk sgt yg meragui…ada pilihan?
      kadang2 org kita sendiri pun pandang mudah bab ini

      anak2 kak jie mmg selalu share gossip2 kt sekolah…

  18. Eh…..OD pergi mana, ekk ?

    Harap2 dia tak merajuk…. Maza tu dah jauh ke depan…

    OD…!!

    Cepat2 lah rempit lawan Maza tu….. Nanti dia besor kepala….!! :mrgreen:

    Ties last blog post..Geram……

      1. @maza, OD ada masalah lain..biasalah penulis…perlukan ketenangan..hehehe
        sesekali dia muncul..abis diselak semua entri lama2..

      1. @Kujie,

        Oooo ye ke ?

        Nampak gayanya Tie terpaksa bekerja keras….Pokcik tu makin mengganas..!!

        Pokcik ooii..!! Ni mokcik datang merempit kat sini…. jaga2 tau….!! :mrgreen:

        Ties last blog post..Pulau Redang

        1. @Tie,

          Uiks! Tersalah tepek tadi…..kat sini baru betul tempat eh!

          wakakaka

          “WAH! Betul2 ekau merompit yo…..

          wakakakkaa

          Ayuh! Ayuh Re’…kita kayuh2an..
          Ayuh! Ayuh Re’ … kita lomba2an……(kena sebut dlm bahasa Jawa Ponorogo)

          hehehehhe”

          mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  19. Wah……angah bijak..! :mrgreen:

    Makcik ni baru sedar, kih kih………! 😳

    Salah satu untung nya dok kat ganu dan klate ni ialah pemakanan…..rasanya tak ragu2 bila nak beli ayam… dah tentu disembelih dengan sempurna.

    Cuma tak berani nak beli daging kat gerai2 tepi jalan yang tak dikenali. Sebabnya, ada lembu2 yang dicuri dan dijual… takut termakan yang dicuri…tentu jadi haram pulak…hu hu… 😯

    Ties last blog post..Geram……

    1. @Tie, betu tu Tie..kt sana semua org kita yg masak…rasa lebih selamat.

      bab curi tu…betul juga
      selalu dengar binatang ternakan dicuri kat sana
      tapi…….lepas kt dunia saja..kat akhirat merasalah semua org tuntut dari dia

    2. @Tie,

      WAH! Betul2 ekau merompit yo…..

      wakakakkaa

      Ayuh! Ayuh Re’…kita kayuh2an..
      Ayuh! Ayuh Re’ … kita lomba2an……(kena sebut dlm bahasa Jawa Ponorogo)

      hehehehhe

      mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  20. wah bijak sungguh anak kak kujie tu… memang semua perlakuan kita ni bermula dari makan, kalau tak jaga apa yang kita makan maka perangai masing2 memang pelik2…

    😕

    shays last blog post..EMOTICON ku yang PERTAMA.

    1. @kruel74, budak2 zaman skrg ni ….byk yg dia kenal secara instant saja…sedia depan mata
      pokok beras pun baru kenal

      dulu ada bela ayam..susah arr…kt kampung bolehlah

Comments are closed.