Peribadi

Relaku pujuk

merajuk

Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran , amati suaranya
Teliti dengan hati yang berseni
Rasional atau emosi?


Andainya emosi, belailah secara rasional
Kerana si dia tidak akan terdaya
Mengunyah hujah,

Berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik
Atau dokuman saintifik
Berserta beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu

Dalam situasi ini
Fikiran telah ditawan oleh perasaan
Sebaiknya perhaluskan kata
Perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri
Bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang, buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air di cawan akan kita minum jua

Tapi awas,
Kalau ternyata rajuknya berfakta
Masamnya berdata
Geramnya berilmiah
Marahnya ada prima facie
Ini rajuk berprofilΒ  tinggi namanya
Perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar
‘Sayang abang tak ulang lagi’
Katakan ‘ sayang abang alpa
Bisikkan ‘ darling i lupa ‘
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
Pendekatan kasanova tapi hati suci

Β©Kujie – saya terjumpa keratan akhbar lama tersimpan dalam diari 2003, tak pasti siapa penulisnya.

Marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, jadi alihkan marah kepada merajuk walaupun sekadar mendiamkan diri sahaja

Kalau masih gagal, cuba pula tips berdamai suami isteri

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Relaku pujuk

  1. Jie, tolong translate ke Hindi!

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  2. Kawan sy cite,dia yg sll merajuk n awek dia yg akn pujuk dia ckp sbb ank last,sy rase mcm nk hehe bila dia ckp mcm 2…Tp betl ke lelaki ni ego?

    1. @Furqan al-faqeer,

      mula2 tu oklah…kalau dah selalu bosan juga nnt

      lelaki tak ego tak cukup macho, lelaki perlu ada ego tapi yg keterlaluan
      nnt makan diri sendiri

  3. Bini saya kalau merajuk alamat perut aku nyanyi lagu hindi la hehe πŸ˜†

    haritzs last blog post..Mat Speed Baik Upgrade Kereta Ngko!

    1. @izzah, yg tak faham tu yg lagi bengkak tu… πŸ˜†
      nak merajuk pun kena kaji ramalan cuaca juga πŸ˜†

    1. @Nazz, kalau kita faham sikap dan kerenah perempuan, kita tahu nak buat mcm mana…kalau kita suka diri kita difahami, tentu kita pun kena memahami org juga kan… :mrgreen:

    1. @Kak Long, lelaki merajuk hanya hal2 penting
      kena bagi perhatian lebih kalau lelaki merajuk

      hati2….. πŸ˜†

  4. Jie… belalangdewa merajuk sebab dikatakan usia remaj hampir ke penghujung. Sebenarnya, sekarang ni sedang menunggu penghujung dunia….

    1. @chekguBH, hehehe..org nak majuk pun kena le juga tau
      jgn main redah je….baru berjaya trik meajuk tu πŸ˜†

    1. @mrs azmi, lor..ciannya…

      patut suami kena pujuk isteri…itulah seni rumahtangganya
      lepas hilang majuknya…mesti tau mcm mana habagia nya

    1. @zool, ala..ciannya…
      tu la kak jie dah pesan
      jgn nk merajuk dgn apek jual ikan ka…nyonya jual suratkhabar ka
      dia mmg tak prihatin..

      hehehehe πŸ˜†

  5. Daku majuk takdak sape nak pujuk.
    Sedeh. πŸ™

    Eriyzas last blog post..Memasang Mesej Selamat Datang

  6. Sesiapa Yang Dah Kahwen Tu, Ingatlah Selalu…hehe

    mrozaidis last blog post..Pesta Hot Air Belloon

    1. @mrozaidi,

      Yang tak kawen pun kena beringat jugak….

      kita kena sediakan platform yg baik, calon yg soleh/ah..untuk lahirkan insan berperibadi mulia, berperawakkan yg agung…..huhuhu

      so, apa lagi…jom mainkan peranan masing2…..

      hehehhe

      :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

      mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  7. “Merajuk!

    Merajuk lah! tak kuasa aku nak layan lah…… hahahahah

    selalunya maza akan berlengang kangkung. Lalu pergi ke pintu memakai kasut dan mengusung raket badminton,…. kemudian menonong berlalu pergi tanpa sebarang perasaan tertinggal utk si pemerajuk itu!

    wakakaka….”

    Itu ubat org yg suka merajuk…..hehehhehe

    paling menyayat hati bila dijawab, “Lah! Awak merajuk ke tadi? Sorry ler, tak perasan pun!” – sambil kening terjingkit naik menandakan seolah-olah terperanjat besar!!

    wakakak

    maza: lelaki zalim?! …

    mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  8. Biasa kalau merajuk, Tie diam je. Hubby dah tahu, senang je nak dipujuk… Pergi jenjalan dan shopping…he he…

    Tapi kalau hubby yang merajuk (biasa salah org lain) Tie malas nak pujuk. Sebab dia akan reda dengan sendiri terutama kalau kita layan dgn masak sedap2 utknya….. :mrgreen:

    Ties last blog post..Gam Belon

  9. alang2 memujuk..nyanyi kan lagu spider-rela di pujuk..heheheh…

    arins last blog post..Selling Novels at RM25 Including Postage

  10. huhu..merajuk pon kena bertempat.
    kalau tidak, sampai la tak dipujuk..
    lastΒ² sendiri datang dekat suami..
    “abang,..sayang merajuk ni.. pujuk la…”
    hahaha..boleh macam tu..? πŸ˜†

    fiezabaiduris last blog post..Earth hour

  11. Jika mereka berdua tidak duduk di sofa, contohnya di waktu tidor, agaknya mesti so far di hadang bantal peluk besar?

  12. cmna klau si suami lak yg kuat merajuk? :mrgreen:

    zariels last blog post..Tema WordPress – Zarif

Comments are closed.