Entri terkini 29/12/2012 – > Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G dan cara memohon rebet RM 200
Tentu semua orang dah tahu intipadi bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri hujung minggu lepas. Antara isu yang menjadi perbincangan hangat warga Twitter dan Facebook adalah mengenai rebat RM 200 untuk membeli smartphone 3G untuk rakyat yang berumur 21 – 30 tahun. Seronoknya orang muda. Jadi marilah kita melihat harga smartphone yang berkenan di hati di laman web pricepanda.com.my
Pricepanda.com.my adalah laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat perbandingan harga beberapa jenama terkenal smartphone di antara online store yang mengambil bahagian.
Terdapat berbagai jenama smartphone yang mungkin anda ingin tahun harganya seperti Samsung Galaxy S III.
Samsung S3 menjadi carian paling popular di Pricepanda.
Saya telah menggunakan Samsung Galaxy S III Marble White sejak 2 bulan lepas. Suami saya menggunakan Samsung Galaxy S II , anak yang sulung ( Along ) menggunakan Galaxy S Plus dan anak kedua ( Angah ) Galaxy S . Kami sekeluarga menggunakan Samsung Galaxy dan sebagai ‘queen control’, saya gunakan kuasa veto untuk memiliki produk yang paling terbaru di pasaran. Aci tak?
Memandangkan empat generasi Samsung Galaxy ada di rumah , anak bujang saya telah meneroka keseluruhan generasi Samsung Galaxy S ini . Di bawah ini adalah testimonial yang ditulis sendiri oleh Angah.
Ini dia. Samsung Galaxy S III yang menjadi hiasan ruang-ruang iklan di mana sahaja. Tapi, apa yang menjadikannya begitu menarik, Skrin Super AMOLED HD 4.8 inci yang dilapisi Corning Gorilla glass 2. Gorilla glass yang first tu pun dah tahan calar kerana saya sendiri pernah cuba gunakan pisau dapur dengan menguriskan skrin Galaxy S . tapi tak da effect langsung.
Skrin AMOLED tak sama macam skrin LCD. Untuk hasilkan warna hitam, Skrin AMOLED tak keluarkan cahaya pun. Jadi, hitamnya pekat. Warna pun nampak lebih saturated.
Kamera belakang 8 Mega pixel cukup untuk menghasilkan gambar yang betul-betul tajam, jelas dan terang. 1.4 GHz Quad core processor yang dipasang dalam telefon ini tak boleh dinafikan, sangat OSEM. Boleh tengok video sambil surf internet.. tak sangkut pulak tu.
-tengok video sambil surf blog mama dengan lancar ….
Turut juga dilengkapi dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. banyak benda baru Android isi dalam versi android ni.
Tapi, ada kekurangannya: saiznya agak besar dan tak berapa sesuai dengan tangan chomel mama. kadang-kadang tak sampai bila menaip. tangan angah takpe la… hehehe .
Kalau ingin mendapatkan perbandingan harga Samsung galaxy S III, klik di Harga Samsung Galaxy S 3 di Malaysia . Adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui mengenai harga yang menarik sebelum mendapatkannya.
nak daftar ler mcm nie… 🙂
KEDAI TERDEKAT UNTUK BELI HANPHONE DENGAN TAMBAH RM200 FOR FREE BAJET 2013 KAWASAN BUKIT MERTAJAM DIMANA??
sy nk tnya lh..knp kdai smua main ktor nie..geram tol lh.dh lh kerajaan bgi rebet 200 utk kmudahan remaja…tpi stiap kdai ..ambil k`untungan dgn jual fon shja.brg2 lain..kne byr.lgi 1..klau nk bli fon,kne pkai line diorg plak…cth clcom atau maxis.mna adil bgi rmja mcm nie.kt port dickson,,,byk pjual fon buat mcm 2.pihak bwjib ptut ambil susulan n pantau.mcm nie..kaya lh org jual fon.bkn bgi ksnangan bgi yg tk mampu..lgi myusahkn adalh .kcewa 🙁
leh tau x senarai kedai yang terpilih rebet 200 nie
leh tau x senarai kedai yang terpulih utk rebet ni?
Masalah golongan sasar untuk tambah rebat tersebut, kalau tak cukup duit terjadilah masalah salah guna jual rebat terus kepada peniaga dengan harga yang lebih rendah. Peniaga terpilih juga yang untung atas angin.
Wah banyak juga ya badget yang diberikan untuk keperluan beli gadget ni
dkna pon pakai S jugak…Sony Ericsson je..hahahahaa… tak mampu lagi nak beli SIII 🙁
Kumpul duit lar macam ni, mau beli s3 jugak! hehehe
tengok rebate macam bnyak je RM 200 tu, tapi nak tambah duit untuk cukupkan beli handfone tu pun bnyak gak.
Yang untung kedai hand phone yang terpilih jee….
terkadang teringin nak sambar Samsung SIII..terkadang hati terpaut pada iPhone 5..nasib baik tak sampai bawa dalam mimpi..
kite pun nak beli SIII gak la.. suker featuresnya
galakan nak beli smartphone dah ada dah tu. semuanya hujung jari je, semakin leka la org skrg, cuma sy rasa elok rebat tu dimulakan dgn individu berumur 25-35 thn shj dh matang sikit n tau manfaat sbb kalau muda2 bersmartphone diorg jd leka kdg2 xreti adab pergi rumah orang pun leka main smartphone.
Agak-agak la kan, bila tamat tempoh rebat ni ye? Sampai Bajet 2014 pulak ke, atau ada limit setengah tahun saja? Boleh tanam niat awal-awal ni.. huhu
saya blur apa gambar pada screenshot carian google tu, ingatkan iklan puas dok klik-klik drag sana sini haha
tu screenshot samsung S3, sambil play video boleh buat carian tanpa tersangkut2 pun video tu…boleh drag sana sini, ikut suka
Menarik sekali, semua anggota keluarga menggunakan produk yang sama yaitu Samsung Galaxy
KOmpak sekali ..
Nasib baik masih muda…
Boleh guna rebat rm200 beli hp baru..
ha ha ah..
wah… apa phone idaman?
Rasanya Smartphone jenama Nokia pun boleh dapat didalam lingkungan bajet RM200.
jadi milik angah la nampaknya tu..hehe…sebab tangan mama tak muat nak pegang..kamera 8MP tu memang best la kan..
wow memang satu keluarga pakai android samsung yer kak jie. nice.
tak merasalah kita ni …
nak guna rebat RM 200, beli samsung galaxy note 2 .. =)
Bila la nak start pakai smartphone…
rebat rm200 applicable to satu smartphone sahaja or satu orang sahaja? kalau satu smartphone pakai rebat 2 orang boleh tak? dapat jimat rm400… huhu
Wah sanggup angah cuba hiris skrin ya. Kalau saya tak sanggup tau.
limited utk 1 fon aje ke atau xkisah?