Dodol atau dikenali juga dengan nama kelamai adalah sejenis manisan tradisi yang melalui proses memasak yang lama iaitu lebih kurang 3 hingga 4 jam. Dodol menggunakan bahan-bahan seperti santan kelapa, tepung pulut, gula pasir, gula melaka atau gula enau dan garam.
Dodol menjadi salah satu hidangan istimewa pada hari hari raya atau majlis perkahwinan.
Saya bukanlah peminat dodol kerana mungkin sering mendapat dodol yang tidak memenuhi citarasa. Tetapi dodol melaka yang saya terima minggu lepas cukup sesedap rasa memenuhi selera. Testur yang lembut dan pembungkusan segi tiga yang kemas merangsang tetamu untuk menjamah dan memudahkan proses penyimpanan.
Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, strategi pengedaran produk termasuk dodol juga semakin mudah dan efektif. Sekarang kita boleh dapatkan dodol melaka terus ke muka pintu dengan pembelian dalam talian.
Saya baru saja menerima penghantaran Dodol Melaka dari www.dodolmelaka.com . Senior blogger Cik Faizah Chokilala yang menjual secara online.
Perkhidmatan COD (Cash On Delivery) sekitar Putrajaya & Cyberjaya juga disediakan. Hubungi Dodol Melaka di Facebook Dodol Melaka atau call/sms: 017-6671248
Peribahasa Dodol
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit – Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu.
sumber – Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
jajanan tradisioanl yang selalu diminati walau banyak berbagai jajanan modern.
Salah satu jajanan khas yang patut dicoba… nyammiii..
amboi. dodol pun online. maju kak jie
wahh..kalau dapat dodol yang baru lepas masak..lagi sedappp..
Kak Long pun bukan penggemar tegar dodol. Cuma makan sikit bila baru lepas angkat dari kawah. Kalau dah simpan, memang jarang makan lagi.
suka dodol , tapi saya pun tak beli sangat dodol , balik kampung dan mintak nenek angkat buatkan , setakat ni dia sorang je yang buat dodol dan kena dengan citrarasa saya ..
suka jenis liat2 , lembik2 dari yang keras2 tu ..
teringat nenk ila buat dodol dulu2.. tiap2 raya mmg buat..
saya memang peminat dodol
yaaa dodol antara menu kegemaran aku…hehe…kecik ni sekali ngapp je…fuuhh layan habis..haha
dodol Melaka memang bestt! dulu masa dok kat Segamat,tiap kali nak balik kampung,mesti singgah RNR Ayer Kroh nak beli dodol semata2. hihi.
kegemaran saya..dan anak saudara jugak
balik Kelantan mesti beli, tak tahu ada beza tak dodol melaka dan dodol kelantan
kalau tak tau, kena ambil tau cikgu hihihi
apa lagi..orderlah sekilo…COD area Putrajaya tu
saya seorang je penggemarnya dalam rumah ni kak jie..hehe..
nak ushar² page dia tengok harga 😉
Saya tanya isteri yang juga orang Melaka. Menurut beliau tidak pernah dengar nama Kelamai selain dipanggil Dodol.
Ingin tahu Kelamai berasal dari kawasan mana di Melaka?
kelamai bukan bahasa Melaka tetapi info yang dijumpai dalam Kamus Dewan DBP
Patutlah. Terima kasih kerana info tersebut.
ahh kalau kak jie yang review sat g kene balik seminggu dua kali la si chukis
confirm punyo. tak menang tangan si chukis nak handle dodol. hehe.
tak pa..dodol tu bungkus dgn plastik..tak melekit kat tangan dia…:P
haha tak menang tangan nak bungkus masuk dalam plastik besar.
nak tolong orang muda kumpul duit nak upgade status katanya… :p
ada bau² briyani dah kot…:p