Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Ke Separuh Akhir , Heidi Gan 10km Akhir
Pengetahuan Am

Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Ke Separuh Akhir , Heidi Gan 10km Akhir

Pandelela Rinong layak ke separuh akhir acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik 2012 malam tadi. Dia menduduki tempat ke dua  di peringkat kelayakan dengan mengumpul 349.35 mata. Hanya 18 peserta yang layak ke pusingan separuh akhir.

Gambar Pandelela Rinong

Entri sebelum ini  – Pandelela Rinong – pembawa bendera Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012

Seorang lagi penerjun negara Traisy Vivien Tukiet menduduki tempat ke 22 daripada 26 peserta.

Ada dua atlet Malaysia yang akan berlumba hari ke-13 Sukan Olimpik 2012 hari ini (Khamis )

Heidi Gan dalam acara renang 10km Marathon Wanita (Akhir)

  • 12 tengah hari waktu London, 7 malam waktu Malaysia

Pandelela Rinong untuk acara 10m Platform Wanita Individu (Separuh Akhir hingga Akhir)

  • Separuh Akhir – 10 pagi waktu London, 5 petang waktu Malaysia
  • Akhir – 7 malam waktu London, 2 pagi  10 Ogos waktu Malaysia

Edit :  Pandelela Rinong layak ke Final 10m Platform Wanita Individu setelah menduduki tempat ke 5 peringkat Separuh Akhir.

Edit 10/8/2012 –  Pandelela Rinong Pamg berjaya memenangi Pingat Gangsa dalam acara  10m Platform Wanita Individu dengan catatan mata 359.20.  Tahniah!  Lihat youtube Official Olympic Channel di Diving Women’s 10m Platform Final Highlights

 

pandelela rinong pamg menang gangsa olimpik 2012

Gambar majlis penyampaian pingat bagi 10m Platform Wanita Individu .  Pingat Emas untuk Ruolin Chen ( China ) , Perak Brittany Broben dan Gangsa Pandelela Rinong Pamg.

 

Biodata Pandelela Rinong Pamg

biodata Pandelela Rinong Pamg

 

Trivia Heidi Gan

Heidi GanPerenang jarak jauh Malaysia, Heidi Gan bersama jurulatihnya Matthew Magee

  • Lahir di Kuala Lumpur pada 8/10/1988 dan sekarang berlatih di Australia.
  • Heidi Gan muncul perenang sukan renang laut terbuka pertama Malaysia menempah tiket ke Olimpik menerusi pertandingan kelayakan di Teluk Setubal, Portugal.
  • Meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, dalam acara renang laut terbuka 10,000 meter dan 5,000 meter

Edit :  Heidi Gan memulakan perlumbaan pada ranking ke 24 dan menamatkan perlumbaan pada ranking ke 16.  Tahniah!

Biodata Heidi Gan

biodata heidi gan malaysia

sumber : london2012.com

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Ke Separuh Akhir , Heidi Gan 10km Akhir

  1. kita doa kan kejayaan mereka. sebenarnya saya baru tahu malaysia ada wakil dalam acara renang terbuka tu. selama ini tahu renang dalam pusat akuatik je

Comments are closed.