Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya nak berkongsi maklumat mengenai caruman KWSP ( Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ) bagi orang yang bekerja sendiri . Antara contoh pekerjaan sendiri ialah nelayan, pemandu teksi, pengasuh bayi, peniaga pasar malam, peniaga online , doktor , peguam , suri rumah dan banyak lagi.
Blogger juga termasuk di dalam kategori ini. Saya kenal beberapa blogger yang tidak bekerja tetapi mampu mendapat hasil dari blog mereka. Blogger yang mempunyai blogshop menjual tudung, biskut raya, telekung dan berbagai lagi perkhidmatan seperti web designer juga termasuk di dalam kategori ini.
Saya adalah suri rumah yang membuat caruman KWSP dan 100% caruman bahagian pekerja dan majikan adalah daripada suami. Di atas kertas, saya adalah suri rumah yang bergaji dan mempunyai caruman tetap setiap bulan.
Antara kebaikan apabila mempunyai caruman sendiri ialah saya boleh membeli rumah dan kereta atas nama sendiri selain daripada mempunyai jaminan kewangan di masa tua. Saya sangat-sangat berterimakasih kepada suami yang memikirkan kepentingan masa tua kami bersama.
Saya pernah membuat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan . Untuk mengetahui caranya, klik link tersebut.
Pada pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Kita boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan dengan bayaran minimum caruman sebanyak RM50. Tiada had maksimum , boleh mencarum seberapa yang dikehendaki.
- Kelayakkan untuk mencarum skim ini ialah warganegara Malaysia, bekerja sendiri dan menjadi ahli KWSP.
- Untuk memohon, isikan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web KWSP – www.kwsp.gov.my
- Hantar borang yang siap diisi ke pejabar KWSP atau melalui pengeposan.
Setelah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, buatlah caruman menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia – KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP.
Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau cek melalui ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.
Salah satu keistimewaan skim ini berbanding caruman biasa ialah kerajaan akan menyumbang sebanyak 5% dari jumlah caruman atau maksimum RM60 setahun dikreditkan ke akaun ahli dengan syarat berumur kurang 55 tahun. Sumbangan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014 sahaja.
Saya berharap kawan-kawan blogger memperuntukkan pendapatan online mereka di tempat yang betul sebagai sebahagian daripada persediaan kewangan menghadapi hari tua mereka .
Pencarum tak perlu risau kerana skim ini tidak disyaratkan menyimpan secara bulanan seperti pekerja di bawah Skim Simpanan Wajib KWSP. Kita boleh mencarum bila-bila masa dan digalakkan secara berterusan dengan berdisiplin untuk membantu di segi kewangan dengan selesa di masa tua.
saya nak mencuba lah..saya dah ada akaun KWSP..nak masuk jer skim caruman ni..hehe
mmg dah termakan hasutan ni… laju2 nak buka web kwsp 😉
tq kakjie
Tahniah kak kujie, surirumah yang berjaya. Kalau wife xnak kerja, boleh buat untuk dia..
berapa minimum umur nak apply?
saya sudah membookmark ini post!! hehe.. nanti saya pun nak mencarum jugak
terbaiklah…lepas ni takde alasan dah tak tau nak simpan kat mana…
pelaburan yg berdisiplin…best terma ni…hehehe =)
Tak tahu pula blogger juga boleh mencarum
Blogger boleh mencarum kwsp ke? pembayaran yang satu lagi tu macamana?
Ini adalah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bukan macam caruman bulanan biasa bagi pekerja yang bermajikan. Ada caruman bahagian pekerja dan majikan.
Skim ini bayar sekali , contoh minimum RM 50 , tak ada bahagian lagi satu. Kita bayar satu bahagian saja. Sebab pekerja dan majikan adalah kita sendiri, bukan bekerja dengan orang lain.
Blogger itu contoh saja… sebab kebanyakkan rakan pembaca saya seorang blogger. Tukang jahit, makcik kedai makan, pemotong rumput, peniaga pasar malam, pemandu teksi sendiri , penjual air tepi stesen bas, nelayan, penoreh getah,……….. dalam dunia ini ada banyak lagi pekerjaan yang melibatkan ‘kerja sendiri’
wah langkah yang bagus…
inilah langkah terbaik untuk diri sendiri dan keluarga….
owh bagus ni.untuk masa depan simpan sikit minimum mencarumr m50.
🙂
yup, saya dengan adik pun dah mencarum utk kwsp nih. kalau bukan utk diri sendiri dpt juga kebaikan utk mereka2 yg ada nanti
Hmm… peh ni kena pergi KWSP ah tengok proses dia macam mana 🙂
Saya tk mencarum lagi , insyallah nak sambung mencarun , dulu kerja bertahun2 juga
kwsp memang best
Saya pekerja swasta dan memang diwajibkan mencarum ke dalam KWSP. Sebagai pencarum kita perlu bijak merencanakan perancangan hari tua dengan simpanan KWSP.
Kalau dulu pihak KWSP ada skim pencen insuran saya sempat sertai walaupun ia telah sudah tiada lagi sekarang ini. Begitu juga dengan akaun 1 boleh digunakan untuk melaburkan unit-unit amanah. Ia boleh dilaburkan setiap 3 bulan. Bayangkan setahun 4 kali duit simpanan dilaburkan didalam unit tentu ia menguntungkan kerana tidak bergantung kepada 1 simpanan sahaja.
Kita tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP semata-mata tetapi ia adalah pilihan-pilihan yang boleh digunakan pakai selain simpanan ASB, ASN, Tabung Haji dan sebagainya.
memang terbaiklah kak jie dapat caruman selaku suri rumah..
nampak cam boleh dijadikan tempat simpanan ni
simpanan yang berdisiplin – tak ada peluang nak keluarkan sampailah waktunya
satu lagi kelebihan… dengan penyata kwsp ini kita boleh mohon pinjaman perumahan dan kereta. sebab penyata kwsp membuktikan kita mempunyai pendapatan tetap.
saya pun mencarum sendiri je.. untuk kegunaan masa depan.. tapi dah 2 bulan tak masuk duit sebab duit nak guna untuk kawin.. lepas kawin sambung balik mencarum.. hehe..
wahhh….. baguslah
dulu² yang kerja bermajikan saja boleh mencarum dan ada kwsp
skrg ni, kita yang kerja sendiri pun boleh mencarum
wah….
dah macam satu pekerjaan pula blogger ni..
ehehehee
yup… ramai blogger yang mendapat bayaran dari blogging
bolehlah mendisipkan diri untuk mencarum
sekarang ada skim , dapat rm 60 dari kerajaan lagi
selalunya kan kak kujie,, setiap kali untuk menyimpan ada ditetapkan berapa setiap kali simpan x?
Saya bkn skim ni tp skim bulanan , mmg jumlah dia tetap
Oh, nanti satu masa nak buat macam ni juga lah… heeee ^_^
minimum rm 50, boleh mencarum bila bila masa
bukan ikut bulanan mcm biasa
dua minggu sekali pun boleh
kalau ada sempit sikit, tangguh dulu utk masa tu
Oh, boleh bila-bila masa? Rasa macam nak je update akaun KWSP tu semula sekarang.. Sejak dah belajar ni, dah tak ambil tahu tentang akaun KWSP.. Kalau mulakan dari sekarang pun, bagus juga rasanya, kan? heeeeeee ^_^
Memang betul.. Suri rumah juga boleh mencarum KWSP utk masa depan..
ehemmm……….. entri ini untuk para suami
buat caruman untuk isteri, rm 50 saja sebulan 🙂
nak buat lah , 50 tu mampu la .. byk2 tk mampu , kelebihan nya sbb tk blh ambil sesuka hati kan
bagus sangatlah tu!
harap-harap………… ramai lagi suri rumah yang mempunyai simpanan di kwsp
syukurr alhamdulilah….
maza pakat tempat kerja mencarumkan aje. hehehhe
untunglah…….. ada majikan
kami isteri yang tak bekerja, majikannya adalah suami
berapa kerat suami yang ada rasa nak mencarum utk isterinya
yang boleh dikatakan bekerja tanpa had masa?
itu bahasa kasarlah…. kalau cerita lebih dalam lagi, ganjaran dari Allah lagi besar
kita cerita hal dunia.
kak jie,
kalau kita transfer akaun kwsp masuk ke MAA Takaful contohnya, lagi untung ke rugi? tapi tak la semua sekali. sekadar amaun tertentu je. KWSP akaun 1 boleh keluarkan lepas umur bersara je kan. jadi kalau masuk takaful ni adakah lebih berbaloi utk kegunaan hari tua nanti? saya carum utk diri sendiri juga walaupun tak banyak.
terima kasih atas pandangan.
Minta maaf sebab kak jie tak ada pengetahuna dan pengalama mengenai hal ini.
Elok juga beringat-ingat untuk masa depan. Semakin menarik dunia kewangan Malaysia 🙂
Pendapatan saya tak cukup untuk mencarum, untuk menyimpan insya-Allah.
caruman kwsp ni cuma salah satu cara simpanan
ada berbagai jenis lagi simpanan yg boleh dibuat, bergantung kepada kesesuaian seseorang
Bagus ni, boleh buat untuk isteri nanti..
alhamdulillah………… sebulan rm 50 sahaja mininum
Bagus ada Isteri cam kak jie..sentiasa merancang utk masa hadapan…
aish……….. isteri orang lain pun bagus juga
masing² dalam bidang berbeza
betul tu..dulu masa tak tau boleh mencarum sendiri agak leceh jugak sebab fikir takde simpanan (nak simpan sendiri memang tak berdisplin lansung simpanan tu).. tapi masa kemaskini maklumat, diberitahu pulak pasal boleh carum sendiri walaupun kerja sendiri, memang dah tetapkan caruman setiap bulan..bila dah mula kerja bawah majikan ni, masih jugak lagi menambah caruman dari pendapatan sendiri..
p/s : paling suka dengan perkhidmatan kaunter KWSP yang cepat dan mesra
bab kaunter kwsp tu memang betul.
pernah ke kwsp shah alam, jln raja laut dan biasanya ke selayang
kalau ada masalah, pegawai kwsp akan contact dan dia pun bagi no handphone utk dihubungi
senang sgt….
sekarang ni ada mesin utk buat bayaran…. mcm mesin CDM bank
untunglah jadi suri rumah yang ada caruman kwsp.. hohoho
sebab tu tengah menghasut isteri-isteri lain untuk dapatkan caruman kwsp dari suami masing²
hehehehe.
bukan utk berfoye foye berjoli katak – utk simpanan masa depan